Zinnirah melihat susuk tubuh lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan pak longnya. Pak long Faizal baru tiba sewaktu jenazah Han hendak dikebumikan. Pak long sudah 2 hari tinggal di Malaysia. Disebelahnya berdiri sang isteri bersama anak perempuannya, Sumaiyyah. Mak long Fazlina hanya beriak biasa. Zinnirah sudah masak dengan perangai mak longnya yang tidak menyukai dirinya. Sewaktu arwah Han bercinta dengan Sumaiyyah memang ditentang keras oleh mak longnya kerana diri keluarga mereka yang miskin.
“Kita nak pergi rumah pak long ke?”
“Habistu kau nak pak long kau hantar kau ke rumah anak yatim?”celah Mak long Fazlina.
“Lina, kenapa cakap macam tu?Irah ni anak saudara abang. Dia masih muda untuk uruskan diri sendiri. Dia bawah tanggungjawab abang sekarang.”
“Kami berdua pun abang selalu tinggalkan apatah lagi nak bela si Irah ni pula. Abang dengan Kri sedap-sedap tinggal kat Arab Saudi. Menyusahkan Lina saja.”
Zinnirah malas mendengar kata-kata kesat mak longnya. Kalau tak ikhlas tak paayh menyusahkan diri. Zinnirah boleh jaga diri sendiri.
“Tak apalah pak long. Hantar saja Irah ke rumah anak yatim.”
“Dah tak payah nak mengarut. Jom ikut pak long,”kata Pak long Faizal sambil menarik tangan Zinnirah untuk masuk ke dalam kereta.
Zinnirah terpaksa juga kerana dia terfikir siapa mahu menjaganya. Air matanya tumpah apabila kereta pak longnya berlalu meninggalkan kawasan perkuburan.
“Selamat tinggal Han dan ayah. Semoga tenang disana…”bisik hati Zinniah.
YOU ARE READING
ZINNIRAH
EspiritualCerita ini bukan kisah sejarah srikandi syurga iaitu Zinnirah...cuma seorang gadis biasa yang bernama Zinnirah yang diuji hebat hampir setaraf dengan dugaan yang menimpa Zinnirah... Seorang gadis yang masih muda sehingga dewasa diuji begitu hebat. N...