Sewaktu kapal terbang berlepas, Ikrimah menyeluk poketnya lali mengeluarkan sepucuk surat yang dijumpainya dalam laci meja milik Zinnirah. Pada hari ini dia akan pulang ke Malaysia dan menetap disana. Dia tidak mahu tinggal di situ lagi. Rumah itu mengingatkannya kepada satu-satunya isteri yang dia miliki. Setipa ruang dan sudut rumah itu hanya kelihatan bayangan Zinnirah. Setipa kali pulang daripada mengajar dari sekolah pasti dia seakan-akan mendengar suara Zinnirah yang mesra menyambut kepulangannya.
Anaknya yang berada di sebelah sudah lama terlelap. Ikrimah mula membaca satu persatu isi surat tersebut.
Bismillahirahmanirrahim...
Assalamuaikum, ya zaujku sayang. Tujuan Irah tulis surat ini untuk memberi pesanan terakhir. Abang, walaupun kita baru 2 tahun berumah tangga namun Irah jujur katakana bahawa Irah bahagia menjadi isteri abang. Abanglah penyelamat Irah. Abanglah pembakar cinta Zinnirah. Abanglah penegak panji cinta yang hakiki. Abanglah pemimpin agama Zinnirah. Ampunkan Irah ya abang. Irah banyak dosa dengan abang. Irah mahu ke syurga. Tolonglah permudahkan urusan Zinnirah dengan meredhai pemergian Zinnirah.
Abang, Irah buat semua ini bukan kerana kepentingan Irah semata-mata. Irah lakukan ini kerana Irah mahu setabah 'Zinnirah'. Zinnirah seorang yang buta dan Alllah kembalikan penglihatannya setimpal dengan pengorbanannya. Kalau boleh Irah mahu buta selamanya kerana Irah tahu mata ini banyak membawa dosa namun berkat doa abang di setipa kali solat hajat setipa malam, akhirnya Allah makbulkan. Irah dengar semua doa abang. Irah boleh melihat berkat doa abang. Buta yang Irah alami ini hanya sementara. Serbuk itu bukannya memberi buta yang kekal. Abang perlu tahu sebab apa Irah tak nak buat rawatan di hospital.
Abang, andai Irah pergi dulu, abang pulanglah ke Malaysia berjumpa dengan mama dan Sumaiyyah. Beritahu mereka yang Irah dah ampunkan segala dosa mereka. Sedikit pun Irah tak pernah berdendam. Irah dah tunaikan impian abang untuk berjumpa mama selepas Irah dah celik semula. Irah sayang mama dan Maiyya. Kita tetap satu keluarga walaupun dahulunyan kami miskin, hina dan dina. Air yang dicincang tak akan putus. Terima kasih atas jasa mama kerana menjaga Irah selama ini.
Ini pesanan Irah yang terakhir, tolong jagakan Ain ya abang. Hanya Ain hadiah yang mampu Irah hadiahkan buat abang. Ain satu-satinya zuriat kita berdua. Toling dididknya dengan sebaiknya. Jadikan dia seperti Ainul Mardhia. Itu impian Irah selama ini. Abang terus tabah ya harungi semua rintangan yang akan datang. Irah cintakan abang. Irah...
Surat itu tidak mampu dia habiskan. Ya Allah hati Ikrimah sebak saat itu. Mulia sungguh hati isterinya. Benar, isterinya seperti 'Zinnirah'. Walaupun dia buat dengan cara yang berbeza namun sikap dan peribadi itu membuatkan semua orang menyayangi Zinnirah. Surat itu disambung semula. Ikrimah tersenyum bahagia saat itu.
Mak long Fazlina duduk di kerusi batu itu. Hidupnya sunyi selepas satu persatu ahli keluarganya pergi. Mula-mula anaknya Ikrimah, suaminya sekarang Maiyya sedang meringkuk dalam penjara kerana terlibat dalam kes dadah. Tiada jaminan yang dia boleh buat untuk lepaskan Sumaiyyah. Sumaiyyah pun mahu duduk di situ untuk memberi pengajaran buatnya. Dia gagal mendidik anak sendiri. Anak itu ditatang bagai minyak yang penuh sehingga dia sanggup biarkan Maiyya mencederakan Zinnirah. Ya Allah, rindunya pada Zinnirah saat itu mebuak-buak.
"Kri, Irah baliklah melawat mama. mama dah taka da sesiapa lagi di sini. Semuanya dah hilang..."
"Assalaualaikum."
"Waalaikumussalam. Kri! Ya Allah anak mama." Terus Mak long Fazlina berlari memeluk Ikrimah. Ainul Mardhiah merengek kerana tersepit di tengah-tengah.
"Ini siapa?" tanya Mak long Fazlina setelah pelukan dileraikan.
"Ma, ini cucu mama. Namanya Ainul Mardhiah."
Terus Mak long Fazlina mencium pipi tembam cucunya itu. Dia berasa seronok kerana sudah mempunyai cucu tetapi seperti ada sesuatu yang kurang.
"Irah mana Kri? Mama nak jumpa Irah,"rayu Mak long Fazlina.
"Ma, Irah dah seminggu meninggal dunia. Kri minta maaf sebab tak sempat ketemukan mama dengan Irah. Irah cuma pesan dia maafkan segala dosa mama dan dia ucapkan terima kasih kerana tumpangkannya di rumah ini dulu,"kata Ikrimah penuh sebak.
"Irah sakit apa Kri?"
"SLE ma. Dah lama dia menghidap penyakit tu. Selepas beberapa bulan dia lahirkan Ain. Dia pun baru tahu tentang penyakit tu sewaktu dia kandungkan anak kami yang kedua ma."
"Ya Allah, Irah! Maafkan mama nak. Mama bersalah. Ya Allah berdosanya aku pada dia."
Mak long Fazlina terjelopok jatuh di halaman rumah itu. Dia menangis teresak-esak. Menangis pun tiada guna. Zinnirah sudah pergi. Mak long Fazlina redha dengan takdir Allah. Hanya doa akan dia kirimkan buat Zinnirah di sana.
YOU ARE READING
ZINNIRAH
SpiritualCerita ini bukan kisah sejarah srikandi syurga iaitu Zinnirah...cuma seorang gadis biasa yang bernama Zinnirah yang diuji hebat hampir setaraf dengan dugaan yang menimpa Zinnirah... Seorang gadis yang masih muda sehingga dewasa diuji begitu hebat. N...