Suasana malam itu di salah satu bandar Arab Saudi sangat cantik. Panoramanya memang lain benar dari Malaysia. Arab Saudi dah maju dari dulu. Kini mereka bertiga sedang menikmati keunikan waktu malam di salah satu menara di situ.
"Subhanallah cantiknya suasana di sini. Selama Irah duduk sini tak pernah lagilah lihat suasana yang cantik macam ni. Sebelum ni abang dah bawa tapikan Irah belum celik lagi masa tu. Sekarang Irah rasa seronok sangat bila boleh tengok dengan kedua-dua mata kepala Irah ni," kata Zinnirah penuh teruja sambil mendepakan tangan dan menghayun-hayun tangannya di udara.
Ikrimah hanya memerhati kelaku Zinnirah. Sudah lama dia tidak melihat Zinnirah gembira seperti itu. Selama ini dia hanya melihat Zinnirah berteman air mata dengan sikap dan kata-kata kasarnya. Hari ini dia bawa Zinnirah keluar untuk menghirup udara segar setelah hampir 3 bulan terperuk di dalam rumah. Dia mahu meluangkan masa bersama keluarganya sekaligus menunaikan permintaan Zinnirah.
"Kenapa bila aku ajak kau keluar waktu pagi kau tak nak?"
Zinnirah tidak menjawab. Dia masih menikmati udara malam di disitu.Ikrimah menukar soalan lain memandangkan Zinnirah tidak mahu menjawab soalannya.
"Boleh tak aku nak tahu rahsia yang kau simpan selama ni? Dan kenapa kau gugurkan kandungan tempoh hari"
Senyuman Zinnirah tadi mula kendur. Inikah masa yang sesuai untuk dia beritahu Ikrimah.
"Permintaan Irah yang kelima dah abang tunaikan ke belum?"
Ikrimah hanya mengangguk. Dia sudah tunaikan perkara itu beberapa hari yang lalu.Zinnirah menghela nafas gelisah. Dia sudah bersedia saat itu. Dia mahu berterus terang. Terus tangannya mengambil surat doktor dari handbag dan dihulurkan kepada Ikrimah. Ain yang berada dalam dukungan Ikrimah,Zinnirah ambil. Dia ingin memudahkan urusan Ikrimah untuk membaca surat itu.
Selepas habis membaca tangan Ikrimah menggigil. Dia memandang Zinnirah dengan pandangan sayu. Setitis air matanya tumpah ke pipi. Ikrimah tidak dapat membendung lagi air matanya.
"Kenapa Irah tak bagitahu abang tentang perkara ini. Irah nak tipu abang untuk kali yang keberapa lagi Irah. Irah nak abang rasa bersalah yang menggunung ke?
" Irah mengidap Sistemik Lupus Eritotous (SLE).Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung."
"Pesakit-pesakit SLE hendaklah berusaha mengelakkan diri dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultralembayung matahari akan menyebabkan terjadinya ruam pada kulit. Ia juga berkemungkinan akan mencetuskan aktiviti penyakit yang lebih serius lagi. Sebab tulah bila abang ajak Irah keluar waktu pagi Irah cuba elak," kata Zinnirah.
"Irah tahu perbuatan Irah sangat kejam pada mata abang. Irah sayangkan anak kita sebab itulah Irah buat semua ni. Irah takut abang akan bersedih macam ni sebab tu Irah cuba berahsia. Irah akan tinggalkan abang bila-bila masa sahaja. Irah sekarang hanya bergantung pada ubat untuk sihat semula. Abang jangan risau Irah akan kuat demi abang dan Ain."
Ikrimah tidak dapat membendung lagi perasaan ini terus dia mahu turun daripada menara itu membiarkan Irah bersama Ain berdiri kaku di situ. Dia mahu menangis sepuas-puasnya. Dia rasa bersalah kerana terlalu awal menghukum Zinnirah. Apa yang Zinnirah lakukan adalah wajar. Bukan sengaja mahu menggugurkan zuriatnya. Allah! Ikrimah istighfar berkali-kali supaya Allah ampunkan dosanya terhadap perbuatan kejamnya pada Zinnirah.
YOU ARE READING
ZINNIRAH
SpiritualCerita ini bukan kisah sejarah srikandi syurga iaitu Zinnirah...cuma seorang gadis biasa yang bernama Zinnirah yang diuji hebat hampir setaraf dengan dugaan yang menimpa Zinnirah... Seorang gadis yang masih muda sehingga dewasa diuji begitu hebat. N...