3 tahun kemudian…“Papa minta kamu jagakan Irah. Dia memerlukan sokongan dalam kehidupannya.”
“Kami sepupu. Kri akan jaga dia macam adik sendiri.”
Encik Faizal gembira mendengar kata-kata anak lelakinya. Dia bergantung harap kepada anaknya itu. Zinnirah memerlukan orang untuk mengadu nasib. Jika bukan dirinya dia mahu mengadu pada siapa. Fazlina sikit pun Faizal tidak harap.
Ikrimah bersalaman dengan ayahnya. Sudah tiba masa untuk dia pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di Arab Saudi.
Zinnirah sibuk memasak di dapur. Semenjak 3 tahun ini dia menjadi orang gaji dalam rumah itu. Wayar dalam otak mak longnya sudah putus agaknya kerana memecat orang gaji yang sudah lama berkhidmat dengannya. Sekarang dirinya pula perlu berbakti dalam rumah ini.
“Mana pergi semua orang dalam rumah ini?”Zinnirah tersentak. Suara siapakah itu? Tak pernah dengar pula. Cepat sahaja Zinnirah berpusing ke belakang sambil memegang pinggan.
Prakkkk!!!
Pinggan tadi pecah. Jantung Zinnirah berdegup kencang saat itu.
“Han?” Terpacul nama itu daripada mulut Zinnirah. Wajah lelaki itu mirip Hanzalah cuma lesung pipit di pipi kanan yang membezakan mereka berdua. Hanzalah tidak mempunyai lesung pipit.
“Kri. Nama aku Ikrimah. Irah dah lupa ke?” kata lelaki tadi yang berdiri sambil menyandar di muka pintu dapur.
Di tangannya ada kain tuala bersih. Terus dia berjalan menghampiri Zinnirah. Kain tuala tadi dibuka lalu diletakkan elok di atas kepala Zinnirah. Zinnirah jadi tidak keruan.
“Kau, abang Maiyya dan anak pak long kan?”
“Yup. Lebih tepat sepupu kau. Nak lagi efisien aku ni wali kau. Hahaha.”Ikrimah ketawa. Entah rasa sebu perutnya selepas ketawakan Zinnirah.
“Ingat lawak ke?” Zinnirah sudah buat muka meluat.
"Kalau pak long meninggal aku boleh jadi wali kau. Sebab kita kena ikut susunan wali kan?”
“Yelah pak ustaz. Kau belajar sampai Arab Saudi jadi aku tak boleh lawanlah.”
“Kau pergi naik atas pakai tudung. Biar aku kemaskan kaca ini,” arah Ikrimah.
“Tak apa ke susahkan kau.”
“Pergi saja.”
Zinnirah beredar jua akhirnya. Ya Allah biar betul itu sepupunya. Wajah itu mengingatkan dia pada Hanzalah. Ya Allah adakah lelaki itu kau utuskan untukku selama ini. Yang akan menjadi penyelamatku.
Apa yang aku merepek ni? Terus Zinnirah keluar daripada rumah untuk mengambil tudung daripada beg bajunya dan kembali semula ke dapur.
“Beg baju kat luar tu kau punya ke?”Ikrimah bertanya selepas kelibat Zinnirah muncul di sebelahnya.
Belum sempat Zinnirah berbicara Ikrimah sudah menebak.“Mama suruh kau tidur kat luar? Dah 3 tahun kau tidur dekat luar kan? Nyamuk, serangga semua gigit kau tapi kau langsung tak hairan. Kalau ular patuk kau masa tu siapa nak selamatkan kau? Allahuakhbar,”kata Ikrimah sambil meraup wajahnya.
“Mama kau tak sekejam tu. Aku yang nak…”
“Aku kenallah siapa mama aku. Dia tak pernah suka dengan keluarga kau. Kau jangan risau aku akan pastikan kau tidur dalam bilik lepas ni.”
YOU ARE READING
ZINNIRAH
SpiritualCerita ini bukan kisah sejarah srikandi syurga iaitu Zinnirah...cuma seorang gadis biasa yang bernama Zinnirah yang diuji hebat hampir setaraf dengan dugaan yang menimpa Zinnirah... Seorang gadis yang masih muda sehingga dewasa diuji begitu hebat. N...