Bahagian 7: Hidayah Milik Allah

69 8 0
                                    

“Zinnirah! Zinnirah!  Zinnirah!” laung Mak long Fazlina sambil mengetuk pintu bilik Zinnirah.

“Ada apa mak long,”kata Zinnirah selepas membuka pintu.

“Mana makanan tengah hari aku? Kau nak aku dengan Maiyya kebulur ke? Aku dah lapar. Kau tengok jam sekarang!”

“Baru pukul 12 tengah hari. Kita berbuka waktu maghrib. Irah akan masak pukul 5 petang nanti.

“Amboi, mewah kau sekarang ya! Mentang-mentang Ikrimah payung kau. Kalau tak disebabkan anak aku kau tak akan merasa tidur dalam bilik ni tahu tak.”

“Saya pun tak teringin mak long tapi sebab nak jaga hati Ikrimah saya tetap tinggal kat sini. Dengan perangai mak long macam ni siapa nak tahan.”

“ Kurang ajar. Kau memang perempuan murahan," kata Mak long Fazlina lalu menarik kasar rambut Zinnirah.

Zinnirah menjerit kesakitan. Dia puas bertarung dengan mak long tetapi  dia takut untuk mencederakan mak longnya.

“Mama!”  terdengar suara seakan-akan menjerkah.

Mak long Fazlina  terkejut lalu segera dia melepaskan Zinnirah. Air mata Zinnirah tumpah. Terasa kulit kepalanya disiat-siat oleh perbuatan mak longnya.

“Mama ni manusia jenis apa hah? Mama tak ada ke sedikit kasihan untuk Irah. Mama, dia juga manusia. Nabi pun tak pernah mencederakan orang lain. Apa hak mama sebenarnya?”

“Kri, kamu pun dah berani kurang ajar dengan mama. Siapa yang ajar kamu? Perempuan tu ke? Kamu berdua sama saja macam papa kamu. Tak pernah faham perasaan mama.”

“Mama jangan menuduh Irah sembarangan. Mama dah buat salah memang  patut Irah tegur. Mama dengan Maiyya nak apa lagi untuk puaskan hati korang berdua. Berapa juta lagi duit yang korang berdua nak papa salur untuk kemewahan dan kesenangan mama dan Maiyya. Papa dekat sana kerja tak henti-henti untuk kita. Sedangkan mama? Berfoya-foya dekat kelab dengan Maiyya. Mama dah tua sepatutnya umur macam mama banyakkan  ibadah. Kalau puasa pun mama boleh buat selamba sahaja apatah lagi solat. Mama jangan buat dosa sampai mati. Berubahlah mama.”

Pang!!!

Satu tamparan hinggap di pipi Ikrimah. Zinnirah terkejut dengan tindakan mak longnya. Zinnirah mula rasa bersalah. Daripada perkara kecil sudah merebak menjadi nanar.

“Mulut kau patut aku tampar sampai berdarah.Apa kau fikir kekayaan kita ni datang daripada langit? Kri, dari dulu mama berdoa untuk jadi  mewah macam ni. Mama solat hari-hari tapi apa mama dapat cuma derita. Atuk kamu mati sebab kami tak berwang untuk rawat penyakit dia. Bila mama kahwin dengan papa kamu hidup mama berubah. Mama tinggal solat dan mama fokus pada kerja mama akhirnya berjaya sampai macam ni. Ini semua hasil titik peluh mama sendiri. Allah tak pernah tolong mama.”

“Mama, mengucap ma? Apa mama kata Allah tak beri rezeki pada mama? Apa yang mama dapat sekarang ni semuanya istidraj. Allah kurniakan nikmat untuk menyesatkan lagi mama. Mama dah lama terpesong dan bersangka buruk pada Allah. Kri mohon pada mama, kembalilah pada  Allah. Allah tak kejam dengan kita. Betul apa yang mama katakan ini semua hasil titik peluh mama. Ingatlah mama, Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu kalau dia tak mengubah dirinya sendiri. Kerana mama berusaha Allah berikan kesenangan ini. Allahurabbi, semoga mama memperoleh hidayah dari Allah.”

Mak long Fazlina terkesan dengan kata-kata Ikrimah itu. Dia malu dengan dirinya sekarang. Anak yang masih mentah ini menegurnya. Setitis air matanya tumpah. Mak long Fazlina beredar dari situ.

Zinnirah tahu apa yang Ikrimah katakan benar belaka. Dia juga mahu mak longnya berubah. Semoga Allah kurniakan hidayah untuk mak longnya.

ZINNIRAHWhere stories live. Discover now