"Shh..shh..shh.. Anak ibu yang baik jangan menangis.."
Didodoi dodoinya anak itu dengan lembut. Sedikit demi sedikit tangisan si kecil mula menghilang. Mata kecil yang kuyu itu merenung ibunya.
Tersenyum besar Puan Muda Kasura meneliti setiap inci wajah anaknya itu. Jatuh air mata kesyukuran yang tidak sangka dengan anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Dia tidak sangka dia akan melahirkan seorang lagi buah hatinya.
Tiba tiba terdengar suara dengusan kasar di luar lorong menyembunyikan Puan Muda Kasura yang masih mendodoi anaknya merapati dinding, melindungi diri dari sebalik bakul bakul yang bertindih. Hanya matanya sahaja yang memerhati gerak geri lelaki lelaki yang mencarinya.
"Aku dengar bunyi budak menangis tadi!" Dengus salah seorang lelaki beruniform merah itu.
Puan Muda Kasura hanya memasang telinga. Pandai anaknya tidak menangis waktu itu.
"Betul ke kau dengar budak menangis? Ke kau salah dengar!"seorang lagi membidas.
"Betullah! Takkan aku salah dengar pula"
"Kita cari dekat sana!"
Huhh..lega di hati Puan Muda Kasura hanya Tuhan sahaja yang tahu melihat lelaki lelaki itu sudah pergi dari situ. Bersandar lemah tubuh kurusnya pada dinding dan perhati anaknya yang putih kemerahan itu terkebil kebil memandangnya.
"Anak Ibu.. mesti sejuk kan?"
Tidak tega untuk melihat anaknya kesejukan, pisau pemotong ayam yang kebetulan ditinggalkan di dalam bakul di sebelahnya diambil, dipotong kain batik yang dipakainya separuh dan tidak menunggu untuk membalut tubuh kecil anaknya dengan penuh kasih sayang. Sebelum itu, tidak lupa dia turut memotong tali pusat yang akan dipisahkan daripada uri anaknya. Uri itu dibawa bersama.
"Kita pergi sekarang ya anak Ibu. Kita pergi semula ke rumah kita. Mesti rumah kita dah selamat. Kita tunggu Makcik Som dan kakak di situ."
Puan Muda Kasura meskipun masih dalam keadaan lemah, dia masih mengendong anaknya untuk dibawa semula ke rumah. Tidak sabar untuk mengabarkan kepada Som bahawa ada seorang lagi anugerah Tuhan yang baru sahaja dia lahirkan. Tidak sabar untuk menyatukan dengan Hawa, sebagai kakak. Dia sudah merindui anaknya Hawa.
Dia berjalan longlai menuju ke arah rumah asal. Namun, lagi beberapa tapak sebelum sampai dia mula sedar akan kehadiran orang orang istana yang menceroboh rumahnya. Agaknya orang orang atasan itu masih cuba untuk mencari jejaknya.
Puan Muda Kasura menyembunyikan diri. Hatinya terasa pilu, tetapi dia sedar dia perlu cari tempat lain demi melindungi anaknya.
"Kita pergi tempat lain ya Sayang. Jangan takut.. ibu ada. Mereka takkan apa apakan anak Ibu." Bisik Puan Muda Kasura sambil air matanya mengalir bak sungai deras namun bibirnya masih disenyumkan. Anak itu tidak menangis, bahkan hanya pandang tidak mengerti.
Puan Muda Kasura mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Pergi keluar daripada kampung yang diceroboh itu. Sepanjang perjalanan yang hanya dibantu dengan bulan purnama, dia gigih mengisi tapak di hadapannya, yang sebenarnya dia sendiri tidak pasti ke mana arah tujunya. Dan sepanjang perjalanan itu juga lah anaknya itu langsung tidak menangis, seolah olah menjadi peneman setia untuk perjuangan ibunya.
Sehingga terlihat satu pokok berbunga di atas bukit, Puan Muda Kasura memberhentikan langkah.
"Pokok tu..." Bagaikan ada daya tarikan untuk dia pergi ke arah pokok itu.
"...bercahaya."
Tidak sedar apa yang diucapkan, melainkan hanya menyinggah di pohon yang berguguran kelopak bunga merah jambu setiap kali ditiup angin malam. Puan Muda Kasura beristirehat pada batang pohon sederhana tinggi bersama si anak.
Uri yang dibawanya ditanam di situ.
Setelah itu, dia membaringkan diri, memeluk anaknya yang turut dibaringkan di sebelah.
Terasa tubuhnya begitu penat. Kepalanya kian berat dan pandangannya makin kelam. Namun, pelukan yang dikenakan tidak ubah kejapnya. Dia tidak akan sesekali biarkan anaknya diapa apakan. Biar dia lindung anaknya kalaupun di hujung hayatnya.
Dia janji. Akan sentiasa melindungi anaknya.
Uwaaa.. uwaaa...
"Eh bunyi apa tu bang? Abang dengar tak apa yang saya dengar?"
"Haah kan? Macam suara bayi menangis kan?"
Terlihat sepasang suami isteri yang datangnya dari bandar Laira, sekadar datang daerah pinggiran untuk mencari herba tidak semena mena terdengar bunyi teriakan bayi yang sayup sayup.
Automatik kuda perang yang ditunggang mereka terhenti. Rasanya mereka dapat dengar suara teriakan itu datangnya dari mana.
Pohon berbunga di atas bukit itu dituju. Dan saat itu mereka ternampak seorang bayi lelaki yang terlentang di dalam pelukan seorang wanita, merengek rengek pinta perhatian.
"Ya Allah Bang.. bayi baru lahir ni!" Komen si isteri yang lantas mendekat. "Ini yang peluk ni mesti ibunya."
"Ya Allah kenapa mereka duduk dalam gelap ni? Cuba kejut si ibu tu Nab."
Si isteri akur. Dikejut dan dipanggil berulang kali wanita yang tidak dapat dilihat wajahnya itu. Namun, sedikit pun tidak berkutik hatta seinci. Mereka tidak sedap hati. Setelah diperiksa..
"Ibunya dah takde, Bang."
Si suami turun daripada kuda dan mendekati isterinya itu. Dia turut memeriksa dan sejurus itu keluhan berat dilepaskan. Tanpa bersuara, bayi yang dalam pelukan itu diambil dan diserahkan kepada si isteri untuk memegang.
"Apa kita nak buat dengan bayi ni Bang? Anak lelaki ni. Ya Allah.. Sayang masih kecil ibunya dah takde." Tanya si isteri polos sambil mendodoi dodoi bayi itu yang masih menangis. Kadang kala dipandang jua wanita yang terbaring lemah itu dengan hati hiba.
"Kita perlu lindungi bayi tu Nab. Bahaya dia di sini. Ibunya itu kita uruskan esok pagi selepas urusan kita siap."
Terkejut si isteri dengan keputusan itu. "Jaga? Kita nak bawa dia ke Laira? Siapa.. siapa nak jaga bayi ni? Anak kita ramai tau Bang. Lagi satu, apa nama budak ni?"
Si suami diam sejenak, berfikir, sebelum dia memutuskan,
"Adam. Nama dia Adam.
"Dan dia akan dijaga oleh tabib Deraman. Jiran kita."
YOU ARE READING
LAIRA Musim Bunga
AcakAdam mengikut ayahnya ke satu daerah yang terpinggir ketika satu musim bunga tiba. Melihat sebuah pokok berbunga di atas bukit itu membuatkan Adam seakan terasa sesuatu yang halus di hatinya. Tanpa dia sedar, air mata mengalir daripada kolam matanya...