BAB 9

15 1 0
                                    

NADIR berlari pantas ke arah koordinat tujuh. Namun, dia tidak berhenti di titik berkenaan sebaliknya terus berlari ke lorong di hadapan menuju ke koordinat 11. Lariannya dipercepatkan apabila dia menyedari perempuan misteri itu sedang mengejarnya dari belakang. Tablet phone yang dipeluk kejap, dimasukkan ke dalam beg galas.

Selepas kira-kira 10 minit memecut, Nadir tidak mendengar sebarang bunyi di belakang. Lariannya diperlahankan. Nadir menoleh dan melihat lorong di belakangnya kosong, tidak ada sesiapa. Dia turut memandang ke atas tembok dan di kiri kanan lorong, juga tidak ada sesiapa di situ.

Nadir berhenti berlari, berdiri di situ menenangkan nafas. Tangan kanan memegang dada. Degup jantungnya cuba ditenangkan.

"Huh, gila. Dah lama aku tak berlari sejauh ni dengan laju." Dia bergerak ke tepi dan bersandar pada dinding tembok besi.

"Nadir?" Suara Yusmal kedengaran turut tercungap-cungap.

"Ya, aku ada kat sini. Aku tak rindu kau pun. Jangan asyik panggil aku. Kau nak apa? Kau pun kena kejar juga ke?"

Yusmal tergelak kecil. "Benda apa yang kejar kau tu?"

"Aku rasa kita dah masuk perangkap, Yus. Betul perangkap ni."

"Perangkap apa?" soal Yusmal sambil menenangkan nafas sendiri.

"Ada perempuan pakai tombak kejar dan nak bunuh aku."

"Ha?"

"Tolonglah percaya. Aku tak tipu. Memang ada perempuan kejar aku. Dia bukan robot dan aku tak berkhayal. Manusia betul."

"Perempuan? Kau pasti itu perempuan?"

"Takkan aku tak kenal bentuk badan perempuan? Daripada gerak-geri dia saja aku tahu itu memang perempuan. Lagipun... alah, itu pun aku nak kena terangkan ke? Dia memang perempuan. Ada bentuk... tak lurus macam badan lelaki."

Yusmal diam lagi.

"Yus, aku ingatkan kita cuma kena lawan dengan Leona saja. Apa hal tetiba muncul orang betul pula ni? Siap pakai tombak pula tu."

"Fuad pernah kata, mungkin Yusuf cipta robot AI baru selain Leona."

Nadir berdiri tegak, menarik Panca dari lehernya.

"Takkan robot AI yang macam dalam permainan video tu boleh sentuh benda di sekeliling dia? Kalau betul, Yusuf ni memang gila. Tapi, aku tak fikir ada teknologi sampai robot maya boleh sentuh benda sekitar secara fizikal. Yus, memang aku betul-betul nampak dia berlari tadi. Debu di sekeliling dia terbang sama macam bila manusia betul pijak tanah."

"Kalau kau kena kejar dengan perempuan pakai tombak, aku pula terpaksa bersembunyi daripada puluhan anak panah. Semua dituju ke atas aku. Kalau terkena salah satu anak panah tu, mungkin gagal misi kita hari ni. Dahlah tak bawa alat bantuan kecemasan datang sini."

"Naya..." Nadir menggeleng-geleng.

"Kita cari Azil. Kita keluar dari sini sekarang. Aku tak rasa kita boleh sampai ke menara-menara tu semua. Kalau permainan video, aku masih boleh teruskan. Mati banyak kali, tak ada masalah. Tapi kat sini, dah mati, mati terus. Tak ada orang yang akan bagi nyawa dekat kita."

Yusmal diam seketika.

"Yus?"

"Nadir, teruskan saja. Kita dah hampir dekat dengan menara tu."

"Kau nak teruskan buat apa? Kau sendiri kata puluhan anak panah dilepaskan dekat kau. Kalau anak panah tu muncul lagi macam mana? Macam perangkap beracun. Kita tak ada jalan keluar. Lagi kita lari ke depan, lagi ke dalam kita pergi. Kalau semakin dalam kita pergi, tak mustahil harimau pun akan keluar nanti. Encik Fuad sendiri kata kita perlu masuk ke hutan tu. Macam mana ni? Satu menara pun kita belum jumpa, inikan pula hutan tu. Entah apa yang ada kat dalam hutan tu."

MANIPULASIWhere stories live. Discover now