Hari itu merupakan latihan terakhir pasukan CR Flamengo sebelum menghadapi pasukan Santos pada perlawanan terakhir bagi musim liga 2019. Mereka sudah mengesahkan kejuaraan Serie A 2019. Jeff sudah menjaringkan 21 gol di liga musim itu dan sekarang berada 4 jaringan di belakang rakan sepasukannya, Gabriel Barbosa.
"Então, Jeff. Você vai ficar com a gente na próxima temporada?" tanya Diego Alves, kapten bagi pasukan Flamengo selepas mereka tamat latihan. (Jadi, Jeff. Adakah kamu akan kekal dengan kami pada musim hadapan?)
"Ainda não sei, capitão. Se houver alguma oferta melhor, posso deixar o Flamengo" balas Jeff. (Saya tak tahu lagi, kapten. Kalau ada tawaran yang lebih baik, saya mungkin akan tinggalkan Flamengo)
"Entendo" balas Alves. Kemudian, mereka berdua pun meninggalkan padang latihan.
Pada malam itu;
Jeff mendapat panggilan video daripada saudara kembar perempuannya, Amanda. Amanda juga merupakan pemain bola sepak yang bermain untuk kelab Manchester City di Liga Bola Sepak Wanita Inggeris dan telah membuat penampilan bersama skuad utama wanita Amerika Syarikat yang menjuarai FIFA Women World Cup 2019.
"Hai, sayang" ucap Amanda.
"Ha. Hang nak apa tiba-tiba video call aku ni?" tanya Jeff.
"Awat, nak lepas rindu kat kembaq sendiri pon tak boleh ka?" tanya Amanda.
"Ha, taw pon rindu. Tapi baru ni hang contact aku pon" balas Jeff.
"Yang hang tu tak reti contact aku pasaipa?" tanya Amanda.
"Haish, kena balik aku. Hang sihat ka?" tanya Jeff.
"Pandai hang tukaq topik. Aku sihat ja. Hang macamana?" tanya Amanda.
"Aku macam besa la" kata Jeff.
"Hang tak teringin ka nak main kat Eropah?" tanya Amanda.
"Teringin la jugak tapi nak buat macamana, takdak rezeki lagi" kata Jeff.
"Ya lah. By the way, dengaq cerita hang reject untuk main dengan USA. Betoi ka?" tanya Amanda.
"Ha, betoi la tu. Memang dak la main dengan USA" balas Jeff.
"Hang bagitaw aku sat hang nak main dengan negara mana" kata Amanda.
"Harimau Malaya, kami selalu ada. Walau dimana berada. Kami disini terus menjadi ekor harimau sejati", nyanyi Jeff.
"Tak suruh hang nyanyi kan" kata Amanda."Hang tanya aku jawab la" kata Jeff.
"Ish, tapi tak suruh hang nyanyi kan. Hang betoi ka nak main dengan Malaysia? Malaysia tak pernah main World Cup pon. Hang tu lepas ni main FIFA World Club lagi" kata Amanda.
"My dear twin sister; Amanda Rossall. I don't care. I want to play with the nation that we were born" balas Jeff.
"Ha, ya lah. Okay lah. Aku dah ngantuk. Nak lena dulu. Bye" kata Amanda.
"Bye. I love you" balas Jeff.
"I love you too" balas Amanda sebelum memutuskan talian.
YOU ARE READING
JIWA HARIMAU MALAYA
Fiction généraleJeff Rossall adalah pemain bola sepak kelahiran Pulau Pinang yang mempunyai darah campuran Malaysia-Inggeris. Dia dibesarkan di Amerika Syarikat di mana dia mula bermain bola sepak dengan St Loius Scott Gallagher Soccer Club. Dia kemudian mendapat p...