P A R K ' S
↯
“I THOUGHT IT WILL BE NICE IF WE JUST TALK LIKE NORMAL, BUT PROBABLY I'M WRONG CUZ YOU DIDN'T WANT TO TALK WITH ME AGAIN"
+++
"Ermm miss,do you want our autograph or not? If not,can you sit over there. Ramai lagi army yang nak jumpa kami ni,takut tak sempat pulak"
Sapa satu suara yang datangnya dari salah seorang ahli Bts.
Secara tidak sengaja, kata-kata lelaki tersebut membuatkan Jihyo mencebik memandangnya. Niat Jihyo sebenarnya nak teman Boram macam selalu bukannya nak jumpa BTS pun.
"Anio lah encik idol (ー_ー゛) "
Jihyo memeluk tubuh dan memandang lelaki itu dengan anak mata bundarnya. Dia sepertinya terkejut melihat lelaki itu tetapi segera riak wajahnya dikawal. Tidak mahu dilihat ketara oleh lelaki itu.
"Maaflah Encik Park Jimin, saya taknak autograph awak pun lah. Bukannya boleh jual pun. Lainlah kalau awak tu presiden Korea Selatan ni. Bruh,you're nothing for me"
Kata Jihyo sedikit formal dan perlahan. Taknaklah dia menunjukkan kebiadapannya di event sebesar ini. Nanti tak pasal-pasal dilabel sebagai haters kepada kumpulan terkenal itu.
Lelaki itu turut terkejut dengan apa yang dilihat olehnya tetapi tetap sahaja wajahnya kelihatan tenang. Sungguh dia bersikap professional dalam kerjanya.
'Song Jihyo? Betul ke ni Song Jihyo yang aku kenal dulu? Kau.. betul-betul berubah Jihyo yaa'
Desis hati lelaki yang bergelar Park Jimin itu.
"Kalau taknak mintak autograf, kenapa cik Jihyo berdiri dekat sini macam tiang lampu?"
Ujar jimin sedikit formal walaupun ada terselit sedikit perlian dalam perbualannya. Saja mahu gadis itu sedar yang dia memang dari tadi berdiri di tengah laluan fans meeting tersebut.
'Yahh suka hati aku lah nak buat apa dekat sini.. Eo jakkaman, bukan biasanya aku dah lari tinggalkan Boram ke waktu-waktu macam ni? Yaish kena cari idea ni'
Desis hati Jihyo. Idea untuk melarikan diri dari tempat itu difikir sejenak.
'Hahh,aku rasa idea ni boleh!"
"Saya ni teman chingu untuk jumpa idol kesayangan dia jelah. Kalau tak teman nanti bahaya pulak,boleh retak seribu rumah kitorang dikerjakan dia."
Jihyo sengaja menekankan perkataan Idol kesayangan supaya Boram perasan akan perbualan dia dan Jimin itu.
"Nugu chingu awak tu?"
Tanya Jin yang turut masuk campur dalam perbualan Jimin dan juga Jihyo. Jihyo dibuatnya terkejut. Bukan Jimin sahaja yang pandang dia. Semua ahli Bts dan Boram pun turut pandang dia. Nasiblah fans lain tak dengar ヘ( ̄ω ̄ヘ)
Boram sudah mempamerkan wajah cemberut.
'Siap kau Hyo balik rumah nanti'
YOU ARE READING
BOY WITH LUV | 박지민
Fanfiction"JIHYO AHH, AKU RINDU KAU" SANG LELAKI YANG TIDAK PUTUS-PUTUS MERINDUI SI GADIS. SEJAK PERTAMA KALI PERTEMUAN MEREKA SETELAH BEBERAPA TAHUN TIDAK BERSEMUKA, SI LELAKI BETUL-BETUL TERINGAT TENTANG KISAH SILAMNYA. "EO, PARK..PARK JIMIN?" HAMPIR LULUH...
