♡Meow 2♡

26 4 0
                                    

Aku memanjakan tubuh dengan berbaring di bawah anak tangga. Aku sungguh mengantuk. Dalam pada aku ingin memejamkan mata.....

Aikk..apa benda yang bergerak dalam semak tu?
rrrrr...

meowwww~~~

yeahhhh,, aku sudah tahu, mangsaku kali ini adalah cik ikus...
kena bawa balik rumah tikus ni,  sebagai tanda terima kasih kepada keluarga Iza sebab jaga aku selama ni..hehehee,, meoww~~~

wahh,, cik ikus pun tak perasan lagi aku kat sini,, aku perlu bertindak segera ni...meoww~~

Badanku terus direbahkan ke tanah, ekorku ku libas kiri dan kanan, mataku ku buka luas, seluas alam semesta..tunggu kau cik ikus...heh...

Apalagi, aku terus menerkam cik ikus yang dari tadi mengganggu pemandangan.

Roger roger...Sasaran mengena yeahhh. Yuhuuu, dapat kau cik ikus...

Harus cepat dibawa pulang ni. Aku yakin, kali ini   Puan Imah pasti akan bangga dengan aku kerana aku hebat memburu..cehh..tengok kaki laaa.. ahahhaa meowww~~~

Dalam penuh kebanggaan aku membawa hasil buruan ku balik ke rumah. Namun, kelibat Yockey kelihatan dari jauh.

'Aduh,,masa-masa begini lah si Yockey tu nak datang... Aduhh... Ni kalau dia nampak aku tengah bawak cik ikus ni, mesti dia rampas punya cik ikus aku nihh'

Aduh...tak boleh nak sorok dah, Yockey dah nampak...

Dari jauh aku dah nampak Yockey mengeluarkan kukunya yang tajam, matanya tepat memandang cik ikus... ya pandangan itu, aku kenal sangat...

1...2...3...

Yockey laju mendekati aku... Tunggu apa lagi, lari laaa kaki oiii...

Tanpa berlengah, aku lari dari Yockey yang masih nekad mengejar... Tapi tak sampai 5 saat, dapat kurasa ekorku digigit dari belakang...

Aduh ... Main gigit ekor pulak dia ni... Aku pun, apa lagi, terus teriak sekuat hati tanpa memikirkan kemungkinan besar yang cik ikus akan terlepas dari gigitanku...

"aaaaa apa main gigit ni, sakit la woi" aku menjerit sekuat hati...namun segalanya sudah terlambat..

30 saat berlalu, aku biarkan sahaja Yockey mengambil cik ikus dari aku... Nasiblah aku dapat adik macam Yockey, adik paling 'taat' yang aku pernah ada-_-

Meoww~~~

Ini semua salah lemak dalam badan aku lah nii...kalau dia tak banyak, besar, berkilo-kilo begini, mesti aku dapat lari lagi laju tadi...

haih kau Yoey, sembang je lebat...

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

P/s : weyhh para pembaca sekalian, jangan lupa vote tau, vote anda amatlah dihargai^~^

Cuma nak pesan sikit ni haaaa,, musim pkp ni, duduk lah dirumah ehh... tak payah nak keluar yee...

tunggu saja part baru dari Yoey ni ha..musim pkp ni senang sikit nak curi² pakai phone Iza ni haaa... dia pun tidur awal sebab nak bangun sahur esok.. heh..

#janganlupavote
#sayaseekorkucing

Coretan HidupkuWhere stories live. Discover now