Selepas peristiwa Yockey merampas hasil buruanku, aku membawa diri ke bawah anak tangga. Mungkin lebih elok jika aku berehat di sini. Membawa hati yang lara. Meoww~~
Tidak sampai seminit aku memejamkan mata, aku dengar bunyi bising di atas rumah.
Kenapa aku dengar seperti suara Yockey menjerit?
Meoww~~Aku memfokuskan pada pendengaran ku.
'Bertuah punya kucing, bangkai tikus dibawanya masuk ke dalam rumah. Tunggu kau!!'
Tidak lama kemudian, aku mendengar seperti sesuatu dilempar. Ahhhh, ini tidak boleh dibiarkan. Aku harus melihat apa yang terjadi. Mungkinkah Yockey diapa-apakan? Meoww~~
Baru sahaja aku menjejakkan kaki dihadapan pintu rumah, Yockey berlari kencang kearahku. Tanpa isyarat, aku juga dilanggarnya. Apa yang terjadi? Aku menoleh ke dalam rumah. Seperti ada sesuatu yang terbang ke arah kami? Apakah...
penyapu !@$#^@^@! Meow~~
Aku segera berlari kencang menyelamatkan diri.
Apa yang membuatkan Puan Imah marah sebegitu rupa? Adakah kerana cik ikus yang dibawa oleh Yockey? Mungkin juga. Perkara ini sering terjadi. Puan Imah akan marah jika kami membawa pulang hasil buruan.
Tetapi, Iza tidak pernah memarahi kami jika hasil buruan dibawa pulang, malah kami dipujinya bangga. Meoww~~
Sudah menjadi sebahagian hidup kucing untuk mepersembahkan hasil buruan kepada tuan untuk menzahirkan rasa terima kasih. Tetapi kami dibalas sedemikian rupa. Salahkah kami sebagai kucing untuk berkongsi rasa kasih kepada manusia? Meoww~~
Aku pergi lagi membawa diri di lorong kecil tepi rumah, mencari Yockey yang sudah entah kemana.
Anda jangan bimbang. Seperti yang saya nyatakan, perkara sebegini seringkali terjadi. Sudah reda amarah Puan Imah, aku dan Yockey akan pulang untuk makan. Heheee meoww~~
Aku mula rindu pada tuan aku...
▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎
p/s: maaf, Yoey dapat tulis pendek saja dekat part ni, sebab bateri telefon Iza dah nak habis. Takut nanti dia curiga. Selamat malam semua. Sebelum tidur, Yoey nak pesan, jangan lupa gosok gigi, ambil wudhuk, dan baca doa sebelum tidur okayy ^_^walaupun Yoey cuma kucing, Yoey juga amalkan tau, apatah kalian yang bergelar manusia...
Wassalam.
YOU ARE READING
Coretan Hidupku
AcakMeoww~~ Aku Yoey..meoww~~ Seekor kucing jantan yang sado..meoww~~ kisah ini mengenai kehidupan aku bersama tuan aku,, sejak aku lahir..meoww~~ anda,,sebagai manusiaa,, ingin menyelami kisah hidup seekor kucing? meoww~~ ikutilah coretan hidupku..meow...