Diriwayatkan dari Jundub bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis marfu:
Dalam sahih Bukhori, dari Bajalah bin Abdah, ia berkata: Umar bin Khathab telah mewajibkan untuk membunuh setiap tukang sihir, baik laki-laki mahupun perempuan, maka kami telah membunuh tiga tukang sihir.
Dan dalam sahih Bukhori juga, Hafsah, ra. telah memerintahkan untuk membunuh hamba perempuannya yang telah menyihirnya, maka dibunuhlah ia, dan begitu juga riwayat yang sahih daripada Jundub.
Imam Ahmad berkata: Diriwayatkan dalam hadis sahih, bahawa hukuman mati terhadap tukang sihir ini telah dilakukan oleh tiga orang sahabat Nabi (Umar, Hafsah dan Jundub).
Bayangan Hitam.
"Ya Allah... Kenapa ni?" Matanya terpejam dan kedua-dua belah tangannya memegang kepalanya. Badan Akma menggeletar. Tanpa sedar ada air mata menitis. Titis demi titis. Panas.
"Tidak! Aku tidak akan melakukannya!" teriak Akma seorang diri di ruang tamu senja itu.
Ketika sedang menonton drama di televisyen, ada bayangan ngeri muncul di benaknya. Gambaran pisau menikam perut anak tunggalnya, Daniel.
Akma segera memeluk tubuh, memandang anaknya dengan rasa aneh. Mana mungkin dia sanggup membunuh cahaya matanya, pengubat jiwa dan ratu hati. Bukan mudah dia melahirkannya dan mana mungkin untuk menikamnya.
Gambaran itu muncul banyak kali di benak Akma siang dan malam. Begitu jelas dan menggerunkan. Akma jadi takut, dadanya berdebar-debar. Dia membaca ayat Kursi berulang kali. Dia menggeletar setiap kali bayangan itu datang seperti yang menikam anaknya itu adalah dirinya sendiri.
"Daniel," panggil Akma sambil mendekati anaknya yang sedang leka dengan permainannya. Aneh, dia sudah tidak berasa apa-apa, sudah tiada lagi kasih sayang Akma padanya. Seperti Daniel bukan anaknya. Malah, dia tidak berasa apapun melainkan seperti ada sesuatu yang menyuruh dia menikam anaknya sendiri.
"Astaghfirullahaladzim... Astaghfirullahaladzim..."
Akma beristighfar banyak kali. Dia tahu gambaran itu semua angkara syaitan. Akma berusaha melawannya dengan membaca ayat Kursi, surah An-Naas, Al-Ikhlas dan Al-Falaq. Dia membacanya berulang kali. Paling banyak dibaca adalah ayat Kursi. Dia dapat rasakan ada aura negatif dan jahat yang mengganggunya. Pastinya musuh Allah yang sekaligus menjadi musuh manusia.
"Kenapa aku? Aku tidak pernah begini...." Akma tertanya-tanya dengan rasa cemas.
Tanda tanya terus berlingkaran dalam mindanya. Dia benar-benar keliru apa yang sebenarnya terjadi. Dia terasa bukan dirinya sendiri.
"Aku sudah gilakah? Tapi mengapa? Aku tidak tertekan pun sebelum ini," soalnya sendirian. Badannya seram sejuk. Dada berdebar-debar. Dia begitu sedih jika dirinya benar-benar gila. Adakah benar dia gila?
Bayangan itu membuatkan Akma menjadi takut hendak masuk dapur. Dia tidak boleh langsung memandang pisau, bayangan menikam perut anaknya dengan pisau akan segera menjelma. Tetapi oleh sebab kewajipannya sebagai seorang ibu dan isteri adalah memasak untuk keluarga, dia beranikan juga memotong bawang dan menyiang ikan. Namun, dia memulakannya dengan membaca bismillahirrahmanirrahim.
"Bismillahirrahamnirrahim..." ucap Akma lalu pantas meracik bawang dengan dahi yang berpeluh-peluh, bimbang bayangan kejam itu datang lagi. Apatah lagi apabila memegang pisau yang tajam. Alhamdulillah... Bayangan itu lenyap setelah dia membaca kalimah agung itu.
Akma mundar-mandir di ruang tamu rumahnya, kelihatan sedang berfikir.
"Patutkah aku beritahu hal ini kepada suamiku?" Akma gigit jari. Dia rasa serba salah.
YOU ARE READING
PENDAMPING MALAM
Horror"Aku sudah gilakah? Tapi mengapa? Aku tidak tertekan pun sebelum ini," - AKMA Dalam melayari bahtera rumah tangga bersama Karim dan anaknya, Akma tidak menyangkaTuhan menguji dirinya saban malam akibat disihir oleh seseorang. Hasutan syaitan yangdit...