BAB 3

155 1 0
                                    

"Sayang main bola sini, mama nak sidai baju kejap," kata Akma yang menyidai kain di halaman depan rumahnya. Pintu pagar bertutup dan berkunci. Daniel bermain bolan seorang diri.

Akma terpandang Hidayah, anak jiran sebelah rumahnya itu keluar dari rumah lalu menuju ke peti surat. Akma tahu ibu Hidayah sebelum ini pernah sakit selama dua tahun akibat disantau orang. Dari tubuh yang gemuk dan sihat, akhirnya kurus kering. Tetapi kini ibunya sudah sihat dan kembali berisi. Sudah terlihat semula senyumannya yang manis dan tegurannya yang ramah. Akma tergerak mahu menyapa anaknya.

"Dayah, mak dulu berubat dekat mana?" tanya Akma.

"Dekat Pusat Rawatan Islam Ustaz Ishak, Kajang," jawabnya.

"Di mana tu?"

"Di Prima Saujana," jawab Hidayah, yang masih bersekolah rendah.

Kemudian bapanya pula keluar dari rumah dan mencelah.

"Siapa yang sakit?"

Hajat Akma mahu merahsiakan sakit misterinya tidak kesampaian. Dia tidak biasa berbohong. Lalu terpaksa menceritakan ujian yang melanda dirinya.

"Tak apa, pergilah berubat. Acik dulu banyak tempat pergi berubat. Yang jauh-jauh pun pergi. Rupa-rupanya pusat rawatan Ustaz Ishak yang dekat ini yang paling dapat membantu," katanya.

Akma mengangguk saja. Saat itu bulu romanya sudah mula meremang. Lantas dia masuk ke dalam rumah. Dia tidak mahu jiran yang cuba membantu pula yang dapat musibah.

"Abang, apa kata kita cuba pergi berubat dengan Ustaz Ishak. Badan saya masih sakit-sakit lagilah. Selalu dapat mimpi negri," kata Akma dengan wajah yang pucat.

Biarpun hasutan-hasutan itu berkurangan kerana meminum air penawar sebelum ini dan mengamalkan bacaan zikir, namun kesakitan di tubuh badannya bertambah. Apatah lagi dengan mimpi-mimpi negri yang amat mengganggu jiwanya. Dia rasa begitu lemah.

Karim yang kasihan melihat isterinya pun turut memahami. "Okey, kita pergi malam ni juga."

Akma senyum melebar. Walaupun suaminya baru balik dari kerja, masih bersemangat mahu membawanya berubat.

Malam itu Karim membawa isterinya ke tempat rawatan Ustaz Ishak itu yang terletak di Prima Saujana. Akma mengambil nombor giliran. Dia mendapat nombor 38. Lambat lagi. Ketika itu Daniel sudah mula dengan lasaknya. Dia berjaya melepaskan diri daripada dukungan Akma dan mula berlari ke sana dan ke mari. Puas Akma dan Karim menghalangnya.

"Kamu, boleh masuk sekarang," kata pembantu perawat itu sambil menunjuk ke arah Akma. Mungkin mereka kasihan melihat Akma terkial-kial mengawasi Daniel yang hiperaktif itu.

Setelah Akma, suaminya dan Daniel masuk ke dalam bilik rawatan dan duduk di hadapan ustaz itu. Ustaz Ishak terus berkata...

"Anak kamu ni hiperaktif bukan kerana dia hiperaktif. Tetapi ada saka terlekat di badannya. Mari saya tengok saka siapa," kata Ustaz Ishak itu lalu merenung ke arah Daniel. Ustaz itu duduk bersila di tempatnya.

"Ini saka dari sebelah bapanya," kata ustaz itu. Akma memandang ke arah suaminya yang terdiam.

"Saya pula kenapa, ustaz?" tanya Akma. Ustaz itu melihat pula Akma.

"Kamu 'terlangkah' ni semasa makan di luar," kata Ustaz Ishak itu. Akma kebingungan. Apakah maksudnya dia terlangkah tempat ada barangan sihir atau tempat jin bertendang? Mungkin itu maksudnya.

Cara Ustaz Ishak merawat Akma agak berlainan daripada ustaz di Darussyifa' dan kawan abangnya, Azan. Ustaz ini seperti sudah menelan ilmunya dan tidak perlu merukyah lama-lama. Menyentuh Akma pun tidak. Berbeza dengan kata-kata Azan yang mengatakan dia mengalami gangguan saka. Ustaz Ishak menyuruh Akma duduk melunjur dan memangku Daniel juga yang duduk melunjur. Dia menarik segala gangguan dalam tubuh mereka dari tapak kaki.

PENDAMPING MALAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang