BAB 5

184 3 0
                                    

Pamungkas Nur Hikmah.

Tiba harinya Akma dan suaminya pun bertolak dari kampung untuk ke Muadzam Shah, tempat perawatnya yang mengambil masa lebih kurang sejam. Namun, sehari sebelum itu, Akma sudah menghubungi Tuan Maza untuk mempelajari salah satu kursus ilmu yang ada di dalam laman webnya. Ada banyak kursus ilmu di dalamnya sehingga Akma tidak tahu mahu memilih yang mana satu.

"Tuan, kursus apa dalam laman web tuan ini yang sesuai saya pelajari supaya dapat menepis sihir dan melindungi kami sekeluarga daripada sihir?" tanya Akma yang mahu mengambil pendekatan mempelajari sendiri ilmu membentengi diri tersebut. Dia sudah bosan terpaksa membiarkan rombongan laknatullah keluar masuk tubuhnya.

"Kursus yang sesuai adalah pamungkas. Pamungkas Nur Hikmah, Cuma maharnya RM750," kata Tuan Maza yang menuntut ilmu tersebut di Indonesia. Dengan ilmu itulah dia banyak membantu pesakitnya.

"Ya, saya mahu ambil kursus itu," kata Akma yang tidak peduli berapa pun maharnya. Dia tahu di universiti juga perlu yurannya. Ilmu yang bermanfaat, tidak salah dia mengeluarkan wang simpanannya bagi menuntut ilmu. Dia tidak kesah biarpun wangnya hanya cukup-cukup saja kerana Akma memang memerlukan ilmu untuk menangkis kejahatan. Yang penting ia ilmu yang benar, berlandaskan Islam dan sesekali tidak mensyirikkan Tuhan.

"Betul, sayang nak belajar ilmu ni?" tanya Karim sedikit musykil.

"Ya, saya dah penat dengan membiarkan kejahatan ini bersuka ria berterusan menganiaya saya, bang. Saya tak mahu terus jadi mangsa," kata Akma tegas. Dia sudah nekad.

Akma yakin keputusannya ini adalah gerakan daripada Allah S.W.T. Bukankah tidak terjadi sesuatu itu melainkan dengan gerak dan izin-Nya jua?

Akma sampai ke sana dalam pukul 9 pagi. Bukan dia dan suaminya saja yang pergi, tetapi juga bapa dan adiknya, Zamri. Muadzam Shah yang redup. Perawatnya belum bangun tidur lagi kerana malam sebelumnya dia hampir tidak tidur kerana merawat orang. Akma dijamu dulu dengan keropok goreng. Dalam pukul 10 lebih baru dia mula merawat Akma. Dia bermula dengan kaedah rukyah selain pamungkas. Lebih dua jam Tuan Maza merawatnya kerana hanya tinggal jin saka yang ada di dalam badannya, yang teramat degil mahu keluar. Rupa-rupanya, selain gangguan sihir, ada saka yang menghuni tulang belakang Akma sejak sekian lama. Patutlah dia sering ditimpa sakit yang pelik-pelik dan kadangkala sukar diubati seperti penyakit asma.

Akma juga masih ingat semasa kecil-kecil dulu sebanyak dua kali dia pernah melihat gambaran pelbagai tingkah laku manusia yang bagaikan televisyen di hadapan matanya. Sedangkan dia sebenarnya memandang dinding kosong. Dia juga pernah lumpuh dan tidak boleh berjalan hampir sebulan. Apabila dia menjejakkan saja kaki ke bumi, terasa sakit yang teramat. Selepas berubat kampung, baru Akma pulih sepenuhnya daripada lumpuh.

Semasa kecil juga Akma kadang-kadang sukar hendak melelapkan mata pada waktu malam. Masuk tidur pukul 9 malam, tapi dalam pukul 2 pagi baru dia dapat melelapkan mata. Pernah sekali dia menunjuk ke arah pintu beranda di hadapan katilnya kepada kedua-dua ibu bapanya. Dia nampak labah-labah berkepala tengkorak. Mungkin kerana dia masih kecil dan hijabnya masih terbuka. Tapi dia yakin segala peristiwa aneh itu adalah gangguan saka.

"Baik, sekarang saya akan membuat pengisian ilmu pamungkas ya," kata Tuan Maza selepas solat zuhur.

"Sebelum tu, tuan, saya tak mahu tengok alam ghaib. Saya mahu hijab saya terus tertutup," kata Akma yang masih penakut. Dia tidak bersedia melihat laknatullah.

Tuan Maza tersenyum. "Baiklah, hijab kamu akan terus tertutup."

Akma pun bersila di hadapan Tuan Maza dan Karim ada di sisinya. Kedua tapak tangan Akma dibuka, dan dialaskan sehelai kain di atasnya, Tuan Maza pun memindahkan tenaga ilmu pamungkas melalui tapak tangannya ke tapak tangan Akma tanpa menyentuh sedikitpun tapak tangan dan kain lapik di atas tapak tangannya. Dalam masa 20 minit ia selesai. Maka ilmu pamungkas level pertama sudah pun berada dalam diri Akma.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PENDAMPING MALAMWhere stories live. Discover now