BAB 1

1.5K 15 5
                                    

Potret yang berdiri teguh di atas meja solek ditatap Aisya dengan penuh senyuman. Gambar itu diambil hampir setahun yang lalu. Pada malam itu menjadi titik permulaan persahabatan mereka yang terjalin hingga kini. Memandang setiap senyuman sahabat-sahabatnya membuatkan dia rindu mahu bersua muka. Apakah khabar Syafiq, Anis, Kimi, Humaira, Mila dan Zaim agaknya? Kali terakhir mereka berjumpa selepas dia bersalinkan puteri mereka 7 bulan yang lalu. Lamunan Aisya terhenti saat enjin kereta suaminya kedengaran di luar sana. Pantas Aisya mencalitkan sedikit mekap dan bersiap seringkas mungkin untuk keluar mencari barangan keperluan rumah. Beginilah rutin mingguan bagi diri dan keluarganya. DANIAL tersenyum sambil memandang ke arah 1KAU CEO AKU.indd 1 11/3/2019 2:50:53 PM2dua putera kesayangannya yang sedang bermain di ruangan permainan KidZone, AEON Shah Alam. Anak kembarnya itu kelihatan begitu seronok sekali bermain. Nur Dania Izzah puteri tunggal mereka yang kini sudah berusia hampir 8 bulan sedang khusyuk lena di atas ribanya. Manakala isterinya, Aisya sudah hilang sejak tadi. Kata si isteri waktu begini adalah waktu yang sesuai untuk membeli-belah barangan keperluan rumah. "Papa, Idham boleh main dekat situ tak?" tanya Idham manja sambil jari menunjuk ke satu arah. "Boleh. Tapi main elok-elok. Jangan gaduh-gaduh ya," pesan Danial. "Beb, tu bukan Tuan Danial ke?" Hanim berbisik kepada Fida sebaik sahaja mereka melalui kawasan permainan kanak-kanak. Langkah Fida terhenti untuk mencari kelibat majikannya. Tubuh Danial yang duduk di atas kerusi sambil meriba anak kecil menarik pandangannya. "Haah. Wow... first time aku nampak dia dekat luar pejabat." Fida membeliakkan matanya. "Kan. Aku pun first time jugak. Ingat orang kaya tak layan AEON ni. Puan Aisya mana? Tak ada pulak aku nampak." "Pergi shoppinglah tu. Sebab tu dia dera laki dia jadi babysitter. Bagusnya bos kita tu." Fida kelihatan masih tidak berpuas hati terhadap Aisya kerana membiarkan Tuan Danial menjaga anak-anak itu. Dia mula mengagumi sikap kebapaan majikannya. Izzah mula merengek perlahan. Danial menepuk lembut anak comelnya itu. Namun tangisan Izzah mula kuat. KAU CEO AKU.indd 2 11/3/2019 2:50:54 PMmaya rahman3"Syhhh... tidur sayang. Papa ada ni," pujuk Danial yang sudah mendukung Izzah. Dipeluk anak kecil itu ke pangkuan dadanya sambil perlahan berselawat. Matanya melilau mengharapkan kelibat sang isteri muncul. "Alololo... kenapa menangis ni baby? Come, aunty tengok." Seorang wanita muda dan cantik yang mengenakan baju kurung moden berserta rambut lurus dilepaskan hingga punggung datang di depan Danial. Tangan yang dihulur untuk mendukung Izzah hanya diperhati Danial. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya. Izzah mula senyap sambil memandang perempuan tersebut. "Kenapa nangis ni sayang? Come." Sekali lagi wanita tersebut menghulurkan tangannya mahu mendukung Izzah. Melihat tingkah wanita yang tidak dikenali, wajah Danial mula kelihatan bersalah. Akhirnya senyuman manis daripada wanita tersebut menewaskan dia dan Izzah dihulurkan kepada wanita itu. Wanita itu mula mengacah hingga menyebabkan Izzah kembali tersenyum. Danial hanya memerhati setiap langkah wanita tersebut. Tidak lepas pandangannya. Takut jika anaknya itu dibawa lari. "Saya tak bawa lari anak awaklah. Jangan risau," ujar wanita tersebut perasan akan riak tidak selesa ayah kepada bayi dalam kendongannya. Minat terhadap kanakkanak tidak dapat dibendung wanita tersebut. "By the way, I'm Fasha." Huluran tangan Fasha untuk bersalam dengan Danial gagal apabila lelaki itu tidak mengendahkan huluran tangannya. KAU CEO AKU.indd 3 11/3/2019 2:50:54 PM4"Jom sayang. Mama dah tunggu." Danial mengambil Izzah dari dukungan Fasha. "Irfan, Idham... Let's go! Time's up!" arah Danial kuat. Irfan dan Idham hanya menuruti walaupun masih seronok bermain. Terus mereka berlari mendapatkan si ayah. Anak kembar itu memandang kehairanan terhadap wanita cantik yang berdiri di sebelah papa mereka. Danial terus keluar dari 'KidZone tersebut tanpa menghiraukan wanita yang munculnya tanpa diketahui. Fasha hanya mampu menjeling melihat perwatakan sombong Danial. 'Takut sangat aku curi anak dia. Kalau bukan sebab aku, anak kau masih nangis tau. Salah ke aku minat budakbudak? Mamat kerek! Muka handsome tapi tak ada adab!' bebel Fasha tidak puas hati. Matanya hanya mampu memandang lelaki itu dan anak-anaknya pergi dari situ. 'Muka aje handsome, tapi berlagak!" tambah Fasha lagi tetap tidak berpuas hati. "Abang!" Aisya berjalan mendapatkan suami dan anak-anaknya. "Sayang pergi mana? Lama sangat." "Lepas beli barang sayang beli baju anak-anak. Itu yang lambat. Kenapa tak tunggu dekat playground tu?" tanya Aisya kehairanan apabila melihat suami dan anak-anaknya sudah berjalan keluar. "Saja. Diaorang dah puas main." "Okey, anak mama nak makan apa?" Aisya menundukkan sedikit badannya bertanya kepada Idham dan Irfan. KAU CEO AKU.indd 4 11/3/2019 2:50:54 PMmaya rahman5"KFC!" Serentak mereka berdua bersuara. "Tak habis-habis KFC. Dah muak mama dengan papa tau." "Alah... bolehlah mama, papa. Please..." Irfan mula merengek manja. Tangan mama dicapai erat. Aisya hanya mampu tergelak kecil. Begitu juga Danial. Keinginan anak mereka dituruti. TOK! Tok! Tok! Pintu bilik Danial diketuk berkali-kali. Syarifah melangkah masuk sebaik sahaja diarah masuk. "Tuan, hari ni jangan lupa ada interview pekerja baru pukul 10 pagi. Dan jugak interview PA baru tuan." Maklum Syarifah mengingati jadual majikannya sambil membelek lagi jadual kerja buat majikannya. "Okay, noted! By the way Syarifah, you serius ke nak pindah ke Johor?" Danial mengangkat kepalanya memandang wajah serba salah PAnya itu. Dia agak terkilan dengan keputusan Syarifah yang mengikuti suaminya ke Johor. Syarifah mohon ditukarkan ke cawangan di Johor Bahru. "Ya, tuan. Itu permintaan suami saya. Tuan tahukan suami saya syurga saya. Lagipun saya tetap berjasa dengan Megah Holdings lagi. Tuan jangan risau," balas Syarifah cuba menyedapkan hati majikannya walaupun sebenarnya dia risau siapa lagi yang sanggup mengganti tempatnya dan berhadapan dengan setiap sikap buruk bosnya itu. Tapi Syarifah akui, sikap 'perfectionist', baran, egois Danial sudah banyak berkurang sejak dia dikurniakan isteri dan anak-anak yang menjadi pelengkap hidup lelaki itu.

KAU MASIH CEO AKUWhere stories live. Discover now