BAB 2

686 8 0
                                    

Mendengar deruan enjin kereta papa memasuki halaman rumah, Irfan dan Idham yang sedang menonton televisyen terlebih dahulu berlari keluar mendapatkan papa mereka. "Papa... tadi Idham dapat ujian 100 markah." "Papa. Irfan pun dapat 100. Teacher cakap kami pandai." Petah Irfan dan Idham bercerita penuh keriangan sambil menarik lengan Danial. Danial tersenyum sambil memeluk anak-anak yang sudah berusia 5 tahun itu. Dicium pipi anak-anaknya penuh kasih sayang. "Good job anak-anak papa! So, Irfan dan Idham nak apa?" "Robot Transformers!" Laju Irfan dan Idham menjawab serentak. Aisya yang dari tadi hanya menjadi pemerhati 2KAU CEO AKU.indd 10 11/3/2019 2:50:54 PMmaya rahman11menggelengkan kepalanya melihat kerenah anak-anaknya sambil tersengih. Kagum dengan keakraban suami dan anakanak mereka. "Eh, laju jawab. Oh, I see... Patutlah bila papa balik terus lari. Excited nak beritahu papa. Ada umpan sebenarnya ya," jawab Danial membuatkan Irfan dan Idham tersengih. "Yalah abang. Dari tadi lagi tanya bila abang nak balik. Diaorang dah minta kat sayang, tapi sayang yang suruh tanya abang. Tu jadi macam tu," sampuk Aisya sambil mencapai briefcase setelah bersalam dengan suaminya. Dahi dan pipi Aisya dikucup Danial. Itu sudah menjadi rutin harian mereka berdua setiap kali si suami pergi dan balik kerja. "Naughty ya!" Danial mencubit pipi gebu anakanaknya. "Alah, boleh ya papa? Dah lama kami teringin," balas Idham yang sudah mula petah berbicara. "Alright! Papa boleh bagi. Tapi... Irfan dengan Idham kena pergi solat Isyak dulu, mengaji dengan papa, lepas tu baca buku. Esok baru kita pergi beli." "Yeay!!!" Irfan dan Idham melompat kegembiraan. Tanpa membuang masa, mereka berdua terus berlari mengambil wuduk. "Abang manjakan sangat diaorang tu. Semua diaorang nak, abang bagi," sambung Aisya sambil membuntuti Danial melangkah ke bilik. "Tak salah kan kita bagi ganjaran pada diaorang macam tu. Bagi semangat sikitlah. Izzah mana sayang?" "Ada, tidur dalam bilik. Dah mula pandai berdiri tadi. Tak lama lagi bolehlah jalan." KAU CEO AKU.indd 11 11/3/2019 2:50:54 PM12"Dah boleh jalan, dah boleh dapat adik baru kan, sayang?" usik Danial nakal membuat Aisya mencebik kuat. Dicubit pinggang suaminya. "Aduh! Sakitlah!" Aisya menjelir lidah memandang Danial yang mengusap pinggangnya. "Abang buat apa aje hari ni? Ada apa-apa cerita menarik?" "Hmm, macam biasalah. Cuma hari ni ada interview pekerja baru. Lepas tu interview ganti Syarifah." "Perempuan ke lelaki pengganti Syarifah?" "Mana tahu lagi. Esok baru abang nak buat meeting. Tapi position Syarifah tu yang datang semua perempuan tau." "Alah... tak ada lelaki ke?" "Tak ada." "Kalau sayang ganti Syarifah tak boleh?" "Nope! You can't. Sayang duduk rumah; jaga anakanak, makan minum abang. That's your job, sayang." Danial menghampiri Aisya. Dipegang bahu isteri sambil merenung dalam mata Aisya. Dia tahu nada cemburu yang terbit dari mulut Aisya tadi. Dia tidak mahu membebankan isterinya dengan kerja. Cukup sekadar menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. "Don't worry, sayang... Yang datang tadi semua tak secantik isteri abang, tak setaraf isteri abang, tak sesempurna isteri abang. You the only one, sayang. Abang untuk sayang seorang saja," tambah Danial lagi cuba meyakinkan cintanya terhadap isteri tersayang. Dipeluk Aisya kuat. Dia tahu lumrah wanita punya rasa cemburu. "Alright, encik suami. Saya menurut perintah. KAU CEO AKU.indd 12 11/3/2019 2:50:54 PMmaya rahman13Abang pun the only one yang sayang ada. Sayang kan Syarifah kena pindah. Dah lama dia kerja dengan abang. Dia dah faham abang macam mana dah." "Tulah. First abang dengar dia nak pindah tu macam terkilan jugak. Dia satu-satunya PA yang stay lebih 3 tahun dengan abang." "Yalah, dengan perangai abang ni, siapa yang bertahan kan? Tak apalah. Dia pun kena ikut suami dia. Kita bagi peluang orang lain pulak kan. Abang dah makan? Sayang ada masak pajeri nenas favourite abang. Nak sayang panaskan?" tanya Aisya lembut masih sempat bergurau memerli perangai suaminya. "Dah makan, tapi nak makan lagilah! Tak boleh jadi ni ada pajeri nenas." "Patutlah kenapa orang cakap perut abang tu dah mula boroi!" balas Aisya sambil menumbuk lembut perut suaminya. Danial hanya tersengih mengaku kata-kata isterinya. Masakan Aisya mampu menewaskan nafsu makan dirinya.DANIAL memandang resume Fasha dan wajah Fasha bersilih ganti. Nampak familiar, tapi di mana mereka berjumpa? Fasha yang tinggi lampai, hanya berbaju kurung moden. Manis! "Tuan, nilah Eira Fasha bt Mustaqim. PA baru tuan." Syarifah memperkenalkan Fasha kepada Danial. "Assalamualaikum tuan. Saya Eira Fasha, sudi berkhidmat untuk tuan," sapa Fasha sambil tersenyum manis.KAU CEO AKU.indd 13 11/3/2019 2:50:54 PM14'Mamat ni bukan mamat aku jumpa dekat AEON ke? Mamat yang belagak ingat aku nak culik anak dia, kan? Oh my God! He is CEO!' desis Fasha terkejut dalam hati sambil menilik muka Danial bagi mendapatkan kepastian. "We have been met right? Dekat mana ya?" tanya Danial masih mencari jawapan persoalan di mindanya. Tetap hatinya yakin bahawa mereka pernah berjumpa sebelum ini. "Dekat AEON Shah Alam! Betul tak, tuan? Dekat KidZone waktu saya nak ambil dan pujuk anak tuan yang sedang nangis tu," jawab Fasha setelah betul-betul yakin lelaki yang dijumpainya benar-benar lelaki yang berada di hadapannya sekarang. "Oh... haah. Awaklah perempuan pelik tu," balas Danial bersahaja. Syarifah masih terpinga-pinga apa yang dibualkan mereka berdua. Fasha pula hanya mampu tersenyum tawar apabila mendengar 'perempuan pelik' daripada majikannya pada hari pertama dia bekerja. 'Dia yang pelik. Kata aku pulak!' desis Fasha lagi tidak puas hati. "Alright. Nevermind. I'm professional. Just forget the past. Syarifah, awak bolehlah ajar dia apa yang patut. Hari ni saya takkan kacau awak since I pun tak ada meeting hari ni kan?" "Ya, tuan. Hari ni tuan tak ada apa-apa." "Okey, kalau macam tu awak berdua boleh pergi sambung kerja." Syarifah dan Fasha berjalan keluar dari bilik Danial. "Korang pernah jumpa ke?" tanya Syarifah sebaik saja mereka berdua melangkah keluar dari bilik Danial. KAU CEO AKU.indd 14 11/3/2019 2:50:54 PMmaya rahman15"Pernah. Sekali aje, kak. Tu pun kebetulan. So, hari ni saya kena buat apa?" Fasha cuba bersikap profesional untuk lupakan perkara lepas. Anggap sahaja ini satu kebetulan. "Oh, hari ni akak just briefing macam mana nak buat schedule Tuan Firdaus, kerja apa patut buat once you dah punch-in masuk ofis." "Macam tu pun ada kak? Saya kerja dulu tak ada pulak macam tu." "Yes! Tuan Firdaus kita ni lain sikit. Nak kerja sini kena ikut cara dia. Tapi akak hairanlah, kenapa awak berhenti jadi PA manager di Air Asia? Tak best ke kerja situ?" "Long story, kak. Saya rasa nak ubah angin pulak. Dah 5 tahun saya kerja situ," balas Fasha hanya mampu tersenyum tawar apabila disoal hal pekerjaannya di Air Asia. Ada cerita di sebalik senyuman tawar itu. "KAU dah tengok PA baru Tuan Danial?" Hanim mencuit bahu Fida yang kelihatan khusyuk membuat kerja. "Belum. Kenapa?" "Cantik gila weh! Dah macam pramugari. Dan aku dengar dia pernah kerja PA manager di Air Asia tau." Fida yang khusyuk menulis laporan meletak pen yang dipegangnya. Terus dia berpaling mengadap Hanim. Tertarik dengan berita rakan sekerjanya itu. "Seriously? Tapi kenapa datang sini? Kena buang kerja ke?" Laju Fida menyoal. Dia masih tertarik dengan berita yang Hanim sampaikan. "Yang tu aku tak tahu. Nanti kau trylah tanya dia." Seloroh Hanim sebelum menyambung semula kerjanya.KAU CEO AKU.indd 15 11/3/2019 2:50:54 PM16"Seronoklah Tuan Firdaus dapat PA cantik." "Seronok, seronok jugak. Aku takut tak pasal Puan Aisya tu dapat madu." "Eh kau ni, bos kita tu dah tiga orang kut anak dia. Apasal nak menggatal pulak!" "Tiga orang anak pun, kau tengok dia makin tak handsome ke? Bertambah handsome lagi adalah!" sambung Hanim lagi. Fida hanya mengangguk bersetuju. Tak dinafikan, majikannya masih lagi kacak seperti dulu. KELIHATAN Danial mendukung Izzah sepanjang mereka berjalan di Mid Valley. Aisya pula hanya memegang tangan Irfan dan Idham. Menjadi kebiasaan Danial untuk mendukung anak bongus mereka jika mereka keluar berjalan. "Papa, nak beli puzzle!" Irfan menunjukkan kedai puzzle di hadapannya. "Tadi janji dengan papa nak beli apa? Beli Transformer aje kan. So, don't break your promise, sayang," balas Aisya lembut menggelengkan kepalanya. Irfan memuncungkan mulutnya. "Tak apalah sayang. Puzzle ni kan baik untuk otak diaorang," bisik Danial cuba menyokong kemahuan anaknya. "Tapi dia dah janji nak beli robot aje kan?" balas Aisya lagi tegas cuba mahu mendidik anaknya berdisiplin. "Macam ni. Kalau Irfan nak puzzle, Irfan kena dapat lagi 100 markah untuk next test nanti. Then, papa akan bagi puzzle pulak. Deal?" KAU CEO AKU.indd 16 11/3/2019 2:50:54 PMmaya rahman17Irfan kembali tersenyum sebelum mengangguk bersetuju. "Kalau Idham dapat 100 markah, Idham nak kereta kontrol boleh?" Idham turut mencelah. "Yes. Tapi ingat, bagi dapat 100 markah dulu." Idham juga tersengih gembira. Aisya hanya tersenyum sambil memandang si suami yang sibuk melayan anak-anak mereka. "Meh, sayang dukung Izzah pulak. Abang nak beli apa?" "Tak apa, biar abang dukung Izzah aje. Abang ingat nak beli kemeja. Jom." "Jom." Mereka sekeluarga berjalan menuju masuk ke sebuah butik jenama terkenal. "Eh, Kimi!" Danial menegur Kimi yang sedang asyik memilih seluar di hadapannya. "Danial, apa khabar?" Kimi kelihatan sedikit terkejut apabila terserempak dengan Danial dan Aisya. Tak sangka mereka boleh bertembung tanpa diduga. "Alhamdulillah baik. Kau? Tak fly hari ni?" "Tak. Esok baru fly. Aisya, kau sihat? Hey, my heroes!" Pipi Irfan dan Idham dicuit Kimi. Mereka tersengih memandang Kimi. "Sihatlah. Humaira mana? Kau datang sorang?" "Ada dalam fitting room. Kejap lagi keluarlah tu. Korang dari mana ni?" "Ni ha, heroes kau ni nak beli robot. Banyak hari dah minta," jawab Aisya menjuih mulutnya ke arah Irfan dan Idham yang tersenyum berdiri di sebelahnya. KAU CEO AKU.indd 17 11/3/2019 2:50:54 PM18"Izzah kan nama baby girl kau ni?" Danial hanya mengangguk perlahan. Giliran Izzah pula dicuit Kimi. Jelas riak gembira Kimi sebaik saja melihat anak-anak Danial dan Aisya yang sudah dianggap anaknya sendri. Terdetik rasa cemburu kerana dia masih belum dikurniakan cahaya mata. Humaira yang baru keluar dari bilik persalinan baju tersenyum berjalan menuju ke arah Aisya dan Danial. "Hai Aisya, Danial. Dah lama sampai ke?" tegur Humaira ramah sambil memegang seluar yang dicubanya sebentar tadi. Aisya hanya mengangguk sambil pamer senyum. "Beli apa Humaira?" "Ingat nak beli seluar. Ni, baru aje lepas try," jawab Humaira lembut sambil menunjukkan beberapa helai seluar yang dipegangnya. Setelah berbual pendek, Danial dan Aisya meminta diri untuk beredar setelah panjang berbual. "Behave kan anak-anak diaorang sayang? Tambah si kembar tu. Pandai jaga diri betul," ujar Kimi sebaik saja Danial dan Aisya hilang dari pandangan mereka. "Haah. Izzah tu pun senyap aje papa dia dukung. Comel pulak tu," balas Humaira mengagumi Danial dan Aisya dalam mendidik anak-anak mereka. "Anak kita nanti pun macam tulah. Comel macam awak." Mendengar kata-kata Kimi, muka Humaira terus berubah. Sensitif sebagai seorang isteri apabila mereka masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 3 tahun lebih mereka berkahwin. KAU CEO AKU.indd 18 11/3/2019 2:50:55 PMmaya rahman19"Nanti adalah rezeki kita. Kita usaha lagi," bisik Kimi sedar dia sudah tersalah cakap. Bahu sang isteri dipeluk sebelum mencuit pipi gebu Humaira. Humaira kembali senyum.

KAU MASIH CEO AKUWhere stories live. Discover now