Puan Aida tersenyum memandang hidangan sarapan yang disediakan. Sejak bersara daripada menjadi seorang guru, memasak adalah rutin hariannya. Fasha melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan. "Wow, anak mama. Cantik hari ni pakai baju kurung. Ada apa-apa event ke dekat company tu?" "Tak adalah ma. Kerja macam biasalah," jawab Fasha yang sudah bersedia dengan soalan itu sebelum dia keluar dari bilik lagi kerana berbaju kurung bukanlah pilihannya untuk ke tempat kerja. "Tak ada apa-apa event tapi Fasha pakai baju kurung? Wow, pelik tu. Fasha tak sihat ke?" "Taklah ma. Mulai hari ni, Fasha akan masuk ofis hanya pakai baju kurung atau full suit aje tau." "Kenapa?" tanya Puan Aida kehairanan sudah 4KAU CEO AKU.indd 27 11/3/2019 2:50:55 PM28mengerutkan dahinya mendengar jawapan anak bongsunya. Satu-satunya anak perempuan yang dia ada. "Hmm, bos Fasha tak suka staf dia pakai seksi. Pelik kan? Old fashion sangat dia ma." "Ha, baguslah! Mama teringin nak tengok anak mama pakai sopan-sopan macam ni. Ni tak, pakai tu nak menjolok mata aje. Mesti dah tua kan bos Fasha tu." "Tak adalah ma. Rasanya umur dia tak sampai 35 tahun lagi. Tapi handsome sangat ma! Smart, macho... So adorablelah!" Fasha sudah tersenyum apabila memikirkan Danial. Ya, Danial sudah berjaya membuat dia tidak senang duduk! "Husband orang kan? Jangan kamu macammacam. Rizal tu dah lama tunggu kamu," balas Puan Aida merujuk kepada bekas kekasih Fasha, Rizal Hakim. "Ma, Fasha dah tutup dah hati Fasha untuk Rizal. Kami dah tak ada apa-apa." "Umur Fasha pun dah 29 tahun tau. Nak jadi anak dara tua? Kamu nak lelaki macam mana?" "Fasha nak husband orang. Okey ma, Fasha nak pergi kerja. Bye!" Fasha terus bangun. Dicapai kotnya dan berlalu ke kereta. Puan Aida masih tergamam dengan apa yang diperkatakan anak gadisnya. Dia cuba menyedapkan hatinya mengatakan itu semua gurauan daripada Fasha dan bukanlah kata-kata atau niat yang serius dari hati anaknya.SELESAI sahaja mesyuarat bersama Golden Group, di PWTC, Danial berjalan menuju ke kereta Audinya. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. KAU CEO AKU.indd 28 11/3/2019 2:50:55 PMmaya rahman29"Tuan!" Danial menoleh ke belakang. Kelihatan Fasha berjalan menghampirinya. "Tuan, boleh saya minta tolong tak?" sambung Fasha lagi yang sudah tersengih segan hendak minta tolong lagi. "Kenapa?" "Kereta saya rosak. Tak tahu kenapa. Saya tak pandai bab kereta ni. Tuan tahu tak? Boleh tengokkan kereta saya?" Fasha segan untuk meminta tolong, tapi apakan daya hanya Danial insan yang dia kenal di situ. Danial sudah memandang Fasha atas bawah. Dia mengeluh perlahan. "Tak apalah, kereta tu nanti panggil mekanik datang. Jom saya hantarkan awak balik," pelawa Danial yang sudah malas berfikir panjang. "Tak apa tuan. Takut susahkan tuan pulak. Saya boleh ambil Grab aje." "It's okay. Jomlah." Takut dengan reaksi Danial yang masih serius, akhirnya Fasha menerima pelawaan majikannya. "Rumah awak dekat mana?" tanya Danial sebaik saja keretanya sudah meluncur keluar ke jalan raya. "Dekat Taman Melawati. Tapi tuan boleh drop saya dekat mana-mana stesen LRT. Nanti saya naik LRT." Danial hanya mendiamkan diri meneruskan pemanduannya tanpa kata. Kruk! Kruk! Fasha menjegilkan mata. Tangannya terus KAU CEO AKU.indd 29 11/3/2019 2:50:55 PM30menutup perutnya yang berbunyi. Perasaan malu mula menerpa dalam dirinya. Merah wajahnya cuba memandang ke luar tingkap. "Saya dah makan dah tadi," ujar Fasha laju tanpa disoal. Takut disalah erti. Danial hanya tergelak kecil. Macam dia tidak tahu gadis itu tidak sempat makan tadi. Terasa bersalah sebagai majikan, Danial terus membelok keretanya ke Old Town White Coffee yang berhampiran. "Jom makan dulu," ajak Danial terus mematikan enjin dan turun dari kereta. Fasha sudah mengetap bibir merahnya. Terasa sangat malu. 'Aduh perut. Kau buat hal kan? Janganlah malukan aku depan bos.' Fasha mula membisik sendirian masih malu di hadapan Danial. "Maaf, tuan. Susahkan tuan pulak. Saya okey aje," ujar Fasha tersengih sambil menunggu pesanan makanan mereka tiba. "It's okay. Lagipun saya kena jaga kebajikan pekerja. Awak pun satu, tadi kenapa tak makan? Saya tengok awak sibuk sangat siapkan dokumen meeting tadi." "Saya memang macam tu tuan. Kalau buat kerja, saya langsung tak sedar apa-apa. Tu yang mama saya selalu merepek. Tuan orang kedua merepek macam ni." Danial tersenyum mendengar kata-kata si pembantunya. Fasha ini petah berbicara dan pandai menghiburkan orang. Walaupun dirinya masih lagi baru namun tidak nampak dirinya kekok bekerja dan cepat menyesuaikan dirinya dengan kerja baru. KAU CEO AKU.indd 30 11/3/2019 2:50:55 PMmaya rahman31"Tuan, tak pelik kan saya pakai baju kurung ni?" Danial memerhati Fasha sebaik soalan itu terpacul dari mulut gadis itu. 'No. You look beautiful,' bisik Danial dalam hati. Tidak nafikan kecantikan Fasha yang kadang-kadang membuatkan dia sendiri tergugat. Lumrah lelaki memandang wanita cantik! Danial hanya mampu tersenyum. Secara tak langsung menjawab persoalan Fasha. Fasha juga tersenyum girang melihat senyuman bosnya yang jarang terukir untuknya. "Danial!" Syafiq tiba-tiba menegur dari belakang . "Eh, Fiq. Kau buat apa dekat sini?" "Aku nak balik. Anis pulak suruh beli macammacam. Aku singgah kedai runcit tepi tu kejap. Kau dari mana ni?" Mata Syafiq sudah singgah ke arah gadis cantik yang cantik duduk di hadapan Danial. "Aku baru balik meeting. Singgah makan kejap. Ni kenalkan, PA baru aku, Fasha. Dia ganti Syarifah." "Oh... Hai, saya Syafiq." Syafiq memperkenalkan dirinya sendiri. Fasha senyum dan tunduk hormat. "Okeylah bro. Aku kena gerak dulu. Karang tak pasal bebel pulak si Anis tu. Kirim salam Aisya." Syafiq berjalan keluar dari Old Town White Cofee. Dia menoleh sekali lagi ke arah Danial dan Fasha. Kelihatan Danial ketawa, tersenyum manis berbual dengan gadis itu. Nampak mesra! Syafiq sedikit tidak sedap hati. Namun cuba menjadi positif dan fikir baik-baik terhadap sahabatnya itu.KAU CEO AKU.indd 31 11/3/2019 2:50:55 PM32DANIAL memberhentikan keretanya di hadapan rumah Fasha. "Okey, tuan. Kita dah sampai. Thank you sangatsangat sudi hantar saya. Tuan degil sangat tak nak hantar saya ke stesen LRT," ujar Fasha sedikit terharu dengan sikap Danial yang penuh tanggungjawab. "It's okay. Kebajikan awak sebagai pekerja saya kan. Kalau jadi apa-apa dekat awak, saya yang susah nak kena cari PA baru lagi. Good night and sweet dreams," balas Danial lembut seraya menguntum senyuman manis. Terkejut Fasha melihat senyuman daripada Danial. Hatinya berdebar secara tiba-tiba. Bahagia! Sudah kurang ketegasan bosnya terhadap dia. "Jangan risau, tuan. Selagi mampu, selagi tu saya berkhidmat untuk tuan. Take care tuan. Drive safe and good night. Jangan lupa balik basuh kaki. Nanti takut mimpikan saya pulak," balas Fasha penuh yakin bergurau sambil tersenyum menggoda. Tanpa sedar, kelakuan mereka diperhati Puan Aida dari dalam rumah. Fasha melambai tangannya kepada Danial sebelum kereta Danial hilang dari pandangannya. Dia masuk ke dalam rumah sambil bersiul. Entah kenapa, hatinya terasa berbunga gembira, senang hati hari ni. Tapi kenapa? "Tu bos kamu?" "Oh mak! Mama! Terkejut Fasha." Fasha mengurut dadanya terkejut ditegur secara tiba-tiba. "Ya, ma. Tulah bos Fasha. Tuan Danial Firdaus. Handsome kan dia ma? Dahlah bertanggungjawab. Charming betul!" balas Fasha berbunga riang masih lagi tidak perasan KAU CEO AKU.indd 32 11/3/2019 2:50:56 PMmaya rahman33akan riak wajah Puan Aida yang kelihatan serius itu. "Fasha, ingat. Tu suami orang. Jangan buat benda bukan-bukan." "Ma, lelaki boleh kahwin 4 kan. Tuan Danial tu mampu lebih daripada segalanya," jawab Fasha serius. Dia tak nafikan, sejak kali pertama mereka berjumpa di AEON tempoh hari lagi hatinya sudah terpaut dengan sifat kebapaan Danial walau hati ada sedikit rasa tidak puas hati tika itu. Siapa sangka mereka ditemukan lagi sebagai majikan dan pekerja. "Kamu jangan melampau. Kamu tu syok sendiri. Dia tu belum tentu suka kat kamu," bantah Puan Aida lagi sudah bimbang melihat reaksi anaknya yang nampak serius. "Mama tunggulah. Kita tengok siapa syok siapa," jawab Fasha tersenyum sinis sebelum masuk ke bilik. Puan Aida bimban melihat perubahan anaknya. Ya, memang dia gembira melihat anak itu yang makin 'happy' kebelakangan ini. Tapi bukanlah menjadi orang ketiga dan bukan suami orang pilihan anaknya.DANIAL tersenyum sendiri apabila setiap patah bicara Fasha bermain di fikirannya. Raut wajah cantik Fasha mula bermain dalam fikirannya. Entah kenapa makin lama, makin dia tertarik dengan setiap perwatakan gadis itu. Fasha wanita yang cantik, berkaliber, bijak dan penuh profesional dalam setiap kerjanya. Juga pandai hiburkan hatinya saat dia serius. Danial bersiul-siul seolah-olah angau bercinta sambil meneruskan pemanduannya.
YOU ARE READING
KAU MASIH CEO AKU
RomanceDanial Firdaus bahagia dikurniakan 3 orang cahaya mata bersama isteri tercinta Aisya Sofea. Lebih 5 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama isteri tercinta. Penuh kasih sayang, penuh romantis. Tapi benarkah kebahagiaan itu hanya seketika yang be...