BAB 3

471 8 0
                                    

"Selamat pagi, tuan. Ini kopi untuk tuan." Danial terkejut melihat Fasha yang masuk ke dalam biliknya sambil membawa secawan kopi. Perlahan-lahan Fasha meletakkan secawan kopi di atas meja majikannya dan tersenyum manis menjemput Danial minum. "Lepas ni, awak tak perlu sediakan kopi untuk saya. Awak bukan tea lady. Lagipun my wife dah buatkan sarapan untuk saya di rumah," balas Danial tanpa mengangkat mukanya sedikit pun memandang Fasha. Serius nada arahan dia di pagi hari. Fasha hanya mampu diam, sedikit terkedu dan keluar semula tanpa kata. "Eleh, tak nak minum. Nanti minum jugak," bebel Fasha sendirian. 3KAU CEO AKU.indd 20 11/3/2019 2:50:55 PMmaya rahman21"Fasha, saya nak report meeting semalam. Now!" Mendengar arahan yang tegas diberi melalui interkom, Fasha cepat-cepat menghantar repot yang telah disiapkan semalam. Fail dihulurkan Fasha. Dia berdiri masih menanti kata-kata daripada majikannya. "Letak aje di situ," balas Danial yang sedang mengadap komputernya. Wajahnya tidak berpaling langsung ke arah pembantunya. Masih lagi khusyuk membaca laporan kewangan bulanan syarikat. Fasha masih tercegat berdiri di hadapan mejanya. "Ada apa-apa nak cakap ke?" tanya Danial kemudian baru memandang wajah polos Fasha. "Tuan, saya tahu saya baru kerja tiga hari. Tapi saya nak minta cuti boleh tuan?" Lama untuk Fasha bersuara. Akhirnya, dia meluahkan hasrat di hati. Wajah Fasha dipandang lama oleh Danial. "Saya rasa Syarifah dah beritahu semua polisi syarikat ini. Polisi minta cuti, minta half-day or anything awak kena apply by online kan, atau tak faham boleh direct pergi HR Department. Bukan bilik CEO. Faham!" terang Danial penuh tegas sambil merenung tajam ke arah wajah Fasha. Riak wajah Fasha terus berubah. Nampak lain. Terasa malu ditegur begitu. "Saya tahu. Tapi saya nak inform dekat tuan lebih awal, verbally. Takut nanti apa pulak kata tuan," jelas Fasha cuba mempertahankan niat sebenarnya cuba menjadi pembantu peribadi yang berwibawa. "Saya tak tahu macam mana awak kerja previously, but to me as long as awak ikut polisi, prosedur, I have nothing to say," balas Danial masih lagi bernada tegas KAU CEO AKU.indd 21 11/3/2019 2:50:55 PM22membuatkan Fasha sendiri terdiam. Terkelu lidah. "Ini bukan pertama kali awak bekerja, kan? Awak sudah ada 5 tahun experience. Don't be too childish. You can think on your own." "Okey tuan. Saya faham," jawab Fasha menunduk sedikit bersalah. "Ha, sebelum awak keluar, saya nak ingatkan, saya tak suka staf saya pakai seksi." Fasha mengangkat mukanya memandang Danial. Lelaki itu menjuihkan mulutnya kepada skirt paras paha yang dipakainya. "Maaf, tuan." Sekali lagi Fasha menunduk memohon maaf. "You can go now. Saya maafkan awak kali ni." Perlahan-lahan Fasha berjalan keluar, terasa bahang di wajahnya menahan malu ditegur majikannya sendiri. DANIAL bersiap-siap mahu pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Lampu bilik Fasha masih lagi menyala. Dia memberhentikan langkahnya di hadapan bilik pembantu peribadinya. "Kenapa awak tak balik lagi?" tanya Danial sebaik saja menguak pintu bilik Fasha. "Sebab tuan belum balik lagi." "Apa kena-mengena dengan saya?" "Saya PA tuan. Saya kena pastikan tuan balik dulu baru saya balik," balas Fasha yang sangat komited dengan jawatan dan kerjanya. Dia sudah terbiasa begitu sebelum ini.KAU CEO AKU.indd 22 11/3/2019 2:50:55 PMmaya rahman23"No need for this company. Kalau dah habis waktu pejabat awak dah boleh balik. Unless I ask you to stay back," beritahu Danial sedikit terkejut mendengar jawapan daripada PA barunya. "Ini polisi diri saya sendiri. Bukan company," balas Fasha yang sudah mula mengemas untuk pulang. Danial hanya mampu terdiam dan meneruskan langkahnya. 'Ikut suka hati kaulah,' bisik Danial dalam hati malas melayan atau mengajar Fasha yang sudahpun punya banyak pengalaman bekerja. "Tuan! Tuan!" Langkah Danial terhenti semula setelah dipanggil Fasha kekalutan. "Tuan boleh tunggu saya kejap tak? Saya takut pulak nak turun sorang-sorang," pinta Fasha sambil tersengih memandang wajah Danial yang berjalan laju. Dia cuba mendapatkan lelaki itu yang sudah beberapa langkah di hadapan. "Cepat sikit," balas Danial ringkas. "Anak tuan sihat? Yang baby girl tu. Comel sangat." Fasha cuba menghidupkan suasana sunyi di dalam lif. Terasa sangat janggal dengan keadaan yang sunyi berduaan begitu. "Ya, dia sihat." "Tuan ada anak kembar kan? Lelaki. Saya perasan hari tu," sambung Fasha lagi masih ramah. "Ya, anak lelaki kembar." "Untung tuan ada anak kembar. Saya pun nanti teringin ada anak kembar." KAU CEO AKU.indd 23 11/3/2019 2:50:55 PM24Danial akhirnya mendiamkan diri setelah hanya menjawab sepatah dari setiap persoalan Fasha. Tiada lagi respons untuk kata-kata gadis itu. "Tuan nak tahu satu benda?" Danial mula menoleh ke arah Fasha menunggu ayat seterusnya. "Dulu saya selalu dengar orang cakap; lelaki ni bila dah kahwin, bila dah ada anak lagi nampak smart, tampan, bergaya. Dan saya tak pernah percaya semua tu. Tapi ternyata saya silap. Tuan bukti apa yang orang cakap itu betul. Thank you, tuan. Saya balik dulu." Fasha terus berjalan keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka meninggalkan Danial yang masih terpinga-pinga memahami ayat terakhir Fasha. Fasha tersenyum sendirian memandang wajah Danial yang masih tergamam. "Handsome!" Puji Fasha perlahan. Entah kenapa hatinya berbunga melihat ketampanan dan perwatakan majikannya yang saban hari berubah."ABANG, hujung minggu ni kita pergi rumah Aisya ya abang. Saya rindu cucu kita." Hajah Marina mengajak Haji Harun sambil menuangkan teh o ke dalam cawan. Haji Harun yang sedang membelek buku motivasi menyambut huluran cawan isterinya. "Boleh jugak. Saya pun dah lama tak jumpa cucu kita." "Tulah, Aisya maklum dekat saya Danial tu tengah sibuk sekarang. Tambah pulak PA dia yang lama baru berhenti. Jadi kalut sikitlah." "Biasalah tu, CEO kan. Saya pun faham. Awak KAU CEO AKU.indd 24 11/3/2019 2:50:55 PMmaya rahman25beritahulah Aisya kita nak datang. Takut nanti diaorang pergi mana-mana pulak." "Ha, kalau macam tu nanti saya telefon," balas Hajah Marina sudah tersenyum tidak sabar mahu berjumpa dengan cucu-cucu kesayangannya. "ABANG, tadi mama telefon cakap nak datang hujung minggu ni," ujar Aisya sebaik saja Danial keluar dari bilik air. "Ha, tak apa. Lama kita tak jumpa baba mama. Nanti kita buatlah BBQ. Ajak papa dengan mummy pun okey jugak kan?" "Betul tu. Lama tak gather macam ni kan!" sokong Aisya sambil menyusukan Izzah. "Idham dengan Irfan dah tidur?" "Dah. Tadi saya bacakan buku cerita, terus tidur," balas Aisya sangat menjaga kebajikan anak-anaknya. "Abang pergi tengok diaorang kejap eh." Aisya mengangguk perlahan. Menjadi rutin Danial melewati bilik si kembar jika dia balik lewat dan tidak boleh menemani mereka untuk tidur. Danial memasuki bilik anak kembarnya. Dia berjalan perlahan menuju ke katil mereka. Dikucup ke dahi masing-masing. Selimut si anak diperbetulkan. Danial tersenyum lega memandang kedua-dua buah hatinya. 'Handsome macam daddy jugak korang ni.' Sempat Danial bermonolog sendirian sambil mengamati setiap sudut wajah anak-anaknya. Makin besar makin banyak ragam. Terasa tenang fikirannya dari hal pejabat setelah dapat melihat mereka tidur seperti itu. KAU CEO AKU.indd 25 11/3/2019 2:50:55 PM26Aisya yang baru memasuki bilik si kembar memeluk Danial dari belakang. Rindu kepada suaminya walaupun Danial hanya keluar ke pejabat, tetap rindu. "Terima kasih abang jadi ayah yang baik buat anakanak kita," bisik Aisya ke telinga Danial lantas mencium pipi suami tersayang. Danial menoleh badannya dan memeluk Aisya penuh erat. Rambut panjang si isteri diusap lembut. "Terima kasih jugak sayang, jadi ibu yang terbaik buat anak-anak abang, jadi isteri yang solehah untuk abang." Dahi Aisya dikucup lembut mengagumi kesabaran, ketaatan Aisya sejak dulu hingga melahirkan tiga orang anak mereka. "Minta maaf jika Aisya tak mampu layan abang dengan sempurna." "Abang faham, sayang. Sayang sibuk uruskan anakanak kita. Tambah-tambah ada Izzah yang masih kecil, perlukan perhatian daripada sayang sepenuhnya," pujuk Danial cuba memahami situasi Aisya yang masih lagi menyusukan anak ketiga mereka. KAU

KAU MASIH CEO AKUWhere stories live. Discover now