"MORNING papa!" Irfan dan Idham berlari masuk ke dalam bilik orang tua mereka dan berebut untuk mengucup pipi Danial yang masih terbaring di atas katil. "Morning heroes papa." Pipi mereka dicium Danial semula. "So, apa breakfast kita pagi ni?" Danial masuk ke dapur sambil mendukung kedua-dua putera kembarnya dan melihat mi goreng sudah tersedia di atas meja makan. Aisya yang sedang menyenduk mi goreng ke dalam bekas makanan tersenyum memandang Danial. Sudah menjadi rutin hariannya menyediakan bekalan buat suami ke tempat kerja dan anak kembarnya ke tadika. "Maaflah abang. Aisya mampu buat mi goreng aje hari ni. Bangun lambat tadi. Abanglah tak kejutkan sayang tadi." 5KAU CEO AKU.indd 34 11/3/2019 2:50:56 PMmaya rahman35"Tak apa, abang makan apa aje yang sayang buat. Awal sayang tidur semalam. Abang balik semua dah tidur." "Hmm... Izzah seharian tak tidur. Tak sedap badan kut. Semalam tidurkan Izzah sekali sayang tertidur. Abang pun lewat balik semalam. Banyak ke kerja dekat ofis?" "Izzah tak sihat ke? Kita bawa jumpa doktor," tanya Danial cuba melarikan diri daripada soalan terakhir Aisya. "Dah okay kut. Tu tengah tidur lagi. Nanti kalau tak sihat Aisya bawa pergi klinik." "Okeylah, abang nak kena pergi ofis awal. Nak siapkan proposal. Kalau nak bawa Izzah pergi klinik jangan lupa call abang." Aisya menghantar suaminya hingga ke pintu dan tangan Danial disalam dan dikucup. "Kerja baik-baik ya abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang, rezeki keluarga kita dan permudahkan setiap urusan abang dalam mencari rezeki untuk kita semua." Doa Aisya lembut sambil membetulkan tali leher yang dipakai Danial sendiri. Aisya akui, sejak mempunyai tiga cahaya mata, ada perkara yang sudah dia tidak mampu lakukan untuk suaminya seperti dahulu lagi. Termasuk memakaikan Danial tali leher setiap pagi. Irfan dan Idham turut mengiringi Danial keluar sebelum mereka dihantar ke tadika oleh Aisya. Walaupun sudah banyak Danial ingin mengupah pemandu, tapi Aisya sendiri tidak mahu membazirkan wang mereka selagi dia sendiri mampu lakukan semua itu. Itulah rutin hariannya yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Dari pagi sehingga ke malam dilakukan tanpa mengeluh.KAU CEO AKU.indd 35 11/3/2019 2:50:56 PM36"GOOD morning, tuan. Tuan, meeting bersama department finance pukul 11 pagi hari ini. Pukul 2 petang meeting bersama klien dari Brunei. Pukul 4 petang, ada program di sales and marketing department." Fasha membaca jadual kerja Danial tanpa sebarang perkara tertinggal. "Okay, nice schedule. Thank you Fasha," balas Danial tersenyum manis melihat Fasha yang cantik mengenakan kebaya moden merah jambu. Rambut panjang itu disanggulkan. Sedikit mekap natural menjadi seri di wajah gadis itu. "Tuan, ni saya ada buatkan nasi goreng. Saya bekalkan untuk tuan tanda terima kasih sebab hantar saya semalam." Bekas makanan diletakkan di hadapan Danial. Senyum menggoda dipamer benar-benar mengharapkan Danial menerima pemberiannya. Wajah Fasha dipandang lama. "Oh, okey. Terima kasih. Nanti saya makan." Lega hati Fasha sebaik saja mendengar ayat Danial. Walaupun hakikatnya Puan Aida yang masak namun dia tetap berbangga hati kerana Danial semakin lembut melayannya. Tiada lagi nada sinis dari mulut lelaki itu. Bau harum nasi goreng menusuk hidung Danial sebaik saja tudung bekas makanan itu dibuka. Danial menelan air liur melihat nasi goreng di hadapannya. Satu suap nasi dimasukkan ke dalam mulutnya. "Hmm... sedap!" puji Danial yang kelihatan makin rakus menghabiskan nasi goreng. Fasha yang mengintai dari luar hanya ketawa kecil melihat reaksi Danial. Comel! Mahu tapi malu. KAU CEO AKU.indd 36 11/3/2019 2:50:56 PMmaya rahman37"KERETA awak dah repair?" tanya Danial sebaik saja mereka berdua keluar dari pejabat menuju ke department marketing. "Belum, tuan. Tadi pagi saya datang naik LRT." "Kalau macam tu nanti saya hantar awak baliklah." "Tuan tak apa ke? Susahkan tuan pulak," jawab Fasha cuba menafikan dirinya yang sudah gejolak gembira apabila dipelawa begitu. "Tak apa. Lagipun rumah awak dekat saja dengan rumah saya. By the way, sedap nasi tadi. Thank you." Senyuman Fasha sudah lebar terukir. Kembang semangkuk dek dipuji begitu. Merah pipinya. "Kalau tuan suka, hari-hari saya boleh bawakan." "Kalau awak tak keberatan, why not?" ucap Danial lagi lantas senyum kepada Fasha. Terasa makin selesa setiap kali bersama gadis itu. Begitu juga Fasha. Layanan yang diterima saban hari daripada majikannya membuatkan hatinya bertambah tak keruan. Berdebar-debar setiap kali menunggu kata-kata daripada Danial. Sebelum Danial menghantar Fasha pulang, mereka berdua pergi makan terlebih dahulu. Kemudian atas desakan Fasha mereka berdua berjalan sekitar Kuala Lumpur bagi menikmati pandangan lampu-lampu neon bandar raya yang terkenal indah kerna bangunan yang pesat membangun. KLCC antara destinasi mereka. Menikmati pancutan air berwarna-warni di kolam suria KLCC bersamasama menambahkan lagi rasa seri di hati keduanya. Mereka kelihatan makin serasi berbual, bergurau bersama. KAU CEO AKU.indd 37 11/3/2019 2:50:56 PM38"Terima kasih tuan bawa saya makan, jalan-jalan then hantar saya ke rumah." "Kalau luar kerja, awak panggil saya Danial aje. Tak payah tuan-tuan," ujar Danial sudah mula menyukai Fasha di hadapannya. Watak gadis itu yang santai dan periang membuat dirinya terhibur. Entah mengapa ada sesuatu dalam diri Fasha membuatkan hati Danial terusik. "Oh, okey Danial. Good night. Take care." ucap Fasha lembut senyum manja keriangan.JAM sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kelibat Danial masih belum kelihatan. Aisya sudah mundar-mandir di ruang tamu. Sudah beratus kali nombor suaminya didial, namun telefon milik Danial tutup. Hati Aisya mula tidak sedap. Bunyi enjin kereta memasuki garaj kereta begitu melegakan hatinya. Pintu rumah dibuka Aisya. Cepat-cepat dia mendapatkan Danial di muka pintu rumah. Hatinya, jiwanya gundah-gulana tidak sedap hati. "Eh, sayang tak tidur lagi?" tanya Danial sedikit terkejut memandang sang isteri yang sudah berdiri di hadapan pintu. "Tunggu abang. Lambat balik. Risau kalau apa-apa jadi. Call abang pun tak dapat," balas Aisya jelas kerisauan di riak wajahnya. Briefcase yang dipegang Danial sudah bertukar ke tangan Aisya. "Bateri abang habis tadi." "Abang pergi mana? Dah makan?" "Abang jumpa kawan abang tadi. Dah makan dah. Sayang tunggu abang makan ke?" soal Danial cuba menipu KAU CEO AKU.indd 38 11/3/2019 2:50:56 PMmaya rahman39hakikat sebenar. Langsung tiada perasaan bersalah. "Dah makan dah. Makan dengan anak-anak tadi. Tak apalah, abang pergilah mandi. Saya nak tengok Izzah kejap." Danial masuk ke dalam bilik air. Adakalanya dia tersenyum sendiri membayangkan wajah cantik Fasha. Aisya di hadapannya sudah tidak dihiraukan. Apa yang ada dalam fikirannya hanya Fasha. Sehingga dia terlupa rutin harian menjenguk kedua puteranya di kamar mereka. Danial terus baring tidur mengharapkan datangnya mimpi indah. Aisya yang baru sahaja selesai menyusu Izzah sedikit kehairanan melihat tingkah laku Danial malam itu. Namun dia masih positif, masih menyangka suaminya terlampau sibuk hingga keletihan dan terus tidur. Wajah Danial diamati penuh rasa cinta. Masih kacak seperti dulu walaupun sudah mempunyai tiga orang anak. BANGUNAN Megah Holdings yang tersergam indah dipandang Aisya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Bangunan yang punya 1001 kenangan. Niat Aisya untuk membuat kejutan kepada Danial diteruskan. "Assalamualaikum Cik Shaz. Tuan Danial ada?" "Eh, Puan Aisya. Ada puan. Ada dekat atas. Puan tak call dulu ke?" "Saja saya nak buat surprise. Saya ada bawa lunchbox ni." Aisya menunjukkan bekas makanan yang dibawanya. "So sweet, puan. Puan bolehlah naik atas." "Tuan Danial ada. Tapi sebelum nak jumpa kena buat appointment dulu ya." Fasha yang terdengar nama KAU CEO AKU.indd 39 11/3/2019 2:50:56 PM40majikannya disebut menyampuk dari belakang penuh lagak sambil memerhati wanita cantik dan sopan hanya mengenakan selendang pink, blaus labuh dan jean. Turut dipandangnya beg kertas yang dijinjit wanita itu. Muka Cik Shaz sudah berubah. Cuba memberitahu sesuatu. "Fasha. Ni..." "Oh, kena ada appointment. Jadi boleh setkan appointment untuk saya sekarang?" Aisya cepat-cepat memintas Cik Shaz. Tertarik dengan kata-kata dan lagak wanita cantik di hadapannya kini. "Maaf, tuan tengah sibuk. Awak boleh datang lain hari," balas Fasha sedikit angkuh tanpa bertanya siapakah gerangan wanita tersebut. Bekas makanan yang dipegang wanita itu dipandang penuh jelik. "Even saya pun kena buat appointment?" tanya Aisya lagi bagi mendapat kepastian. "Yes. Anyone have to do the same thing." "Awak PA baru dia?" Fasha mengangguk. Wanita di hadapannya ini nampak makin berani. "Fasha! Ni Puan Aisya, isteri Tuan Danial." Cik Shaz mencelah jua setelah dia melihat keadaan semakin tegang. Fasha melopong seketika. Sekali lagi wajah isteri Danial dipandang. "Oh, maaf puan. Saya tak tahu tadi. Tuan Danial ada dalam bilik dia." Cepat-cepat Fasha mengubah tona suara dan membetulkan ayatnya. Dia mula malu dengan dirinya dan Aisya di hadapannya sendiri . "It's okay. Awak PA baru kan?" balas Aisya terus berlalu pergi dan mengambil lif ke bilik suaminya. Dirinya masih tercabar dengan riak angkuh Fasha. KAU CEO AKU.indd 40 11/3/2019 2:50:56 PMmaya rahman41TOK! Tok! Tok! "Masuk." Aisya melangkah masuk ke pejabat Danial sebaik saja terdengar suara dari dalam menyuruh masuk. "Fasha, thank you nasi tadi. Sedap seperti biasa," ucap Danial sebaik saja mendengar pintu pejabatnya dibuka. Matanya masih fokus ke arah dokumen di atas meja. "Aik, sen... Eh, sayang!" Kehadiran Aisya di hadapan betul-betul mengejutkan Danial sebaik saja dia mengangkat muka. Matanya sedikit terbeliak. Air liur ditelan. Hatinya berdebar jika isterinya dapat mendengar apa yang diungkapkan sebentar tadi. "Wah, ada PA baru siap bawakan nasi goreng. Nice!" perli Aisya lantas menarik kerusi di hadapan suaminya. Ya, dia dengar apa yang terkeluar dari mulut Danial sebentar tadi. "No, sayang. Pagi tadi abang yang suruh dia belikan nasi untuk abang." "Tak sangka pulak kalau beli dekat kedai, diaorang tapaukan masuk dalam Tupperware. Nasi goreng yang sayang masak pagi tadi tak sedap ke?" tambah Aisya lagi menjeling ke arah bekas makanan di sebelah Danial. "Sedaplah. Siapa cakap tak sedap. Sayang masak semua sedap. Ni ada apa datang ofis abang? Izzah mana?" Danial cuba mengalih topik perbualan mereka. Risau jika dipanjangkan, dia dalam masalah. "Izzah ada dekat rumah. Mak Yah jagakan. Salah ke isteri abang datang nak ajak lunch sekali?" "Tak salah. Jomlah makan. Abang pun dah lapar," KAU CEO AKU.indd 41 11/3/2019 2:50:56 PM42ajak Danial cuba memujuk isterinya kembali yang nampak sedikit tegang. "Tak apa, sayang dah bawakan bekal untuk abang. Sayang masak awal tadi." Aisya meletakkan bekas makanan yang dibawanya di atas meja Danial. "Wow, sedapnya! Terharu abang. Jom makan sayang." Danial sudah mengalihkan bekas makanan tersebut ke ruang tamu di biliknya. Mereka berdua menikmati makan tengah hari bersama. Aisya membukakan bekas makanan dan hidangkan nasi buat sang suami. Adegan mereka jelas membuatkan Fasha yang sedang mengintai dari luar sedikit cemburu. Tambahan pula apabila ada waktunya Danial menyuap Aisya, begitu juga Aisya. Mereka nampak bahagia. Ada gelak tawa daripada mereka berdua. Jelas terpancar senyuman dan gelak tawa Danial yang tak lekang melayan keletah sang isteri di hadapannya. Fasha menjeling skilas lalu. Hatinya makin membara secara tiba-tiba. FASHA sengaja menghabiskan kerjanya lewat. Cuba mengintai Danial yang masih khusyuk bekerja di dalam bilik. Kemudian pintu bilik Danial diketuk sebelum berjalan masuk tanpa disuruh. "Banyak lagi ke kerja tuan? Ada apa-apa boleh saya bantu?" soal Fasha lembut. Sengaja nadanya dilentokkan. Danial mengangkat kepalanya sambil mengalih pandangan ke arah jam di komputernya. "Sudah pukul 7 malam. Awak tak balik lagi?" "Belum. Saya tunggu tuan habis kerja dulu."KAU CEO AKU.indd 42 11/3/2019 2:50:56 PMmaya rahman43Danial tersenyum kerana sudah tahu cara pembantu peribadinya ini bekerja walaupun hakikatnya dia sendiri seronok ditemani Fasha. Mereka berdua kelihatan mesra berbual, bergelak tawa. Masing-masing bercerita penuh semangat. Penuh mesra! Danial dapat rasakan bebanan kerja sehariannya makin berkurang saat menatap wajah cantik Fasha, mendengar setiap celoteh Fasha. Sekurang-kurangnya dia punya teman untuk bercerita dan masih ada pendengar yang setia. Fasha pula cuba menambat hati Danial sehabis mungkin. Adakalanya rambut lurusnya diselak ke tepi, berdiri di sebelah Danial sambil bercerita sehingga keharuman minyak wanginya menusuk ke hidung lelaki itu. Sangat wangi. Mereka berdua makan malam terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Jam 11 baru kedua-duanya sampai di rumah masing-masing. KAU
YOU ARE READING
KAU MASIH CEO AKU
RomanceDanial Firdaus bahagia dikurniakan 3 orang cahaya mata bersama isteri tercinta Aisya Sofea. Lebih 5 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama isteri tercinta. Penuh kasih sayang, penuh romantis. Tapi benarkah kebahagiaan itu hanya seketika yang be...