BAB 2

54 0 0
                                    

PERASAAN puas terserlah jelas pada raut wajah Ejaz. Temu bualnya dengan wartawan sebuah majalah tadi telah selesai dengan baik. Lega, kerana wartawan tersebut menghormati permintaannya agar fotonya tidak diterbitkan di dalam majalah tersebut. Memang beginilah Ejaz. Lebih selesa memilih untuk dikenali hanya dengan penulisannya. Identitinya, sebolehnya ingin terus dibiarkan misteri. Cukup hanya sekadar namanya saja yang menjadi sebutan. Ejaz mengatur langkah menuju ke premis perniagaannya, EHA Bookstores. Kedai buku miliknya yang diusahakan secara bersama dengan sepupunya, Hadif. EHA merupakan singkatan nama Ejaz dan juga Hadif, telah beroperasi hampir empat tahun. Memiliki tiga buah cawangan di Pahang, Kedah dan juga Melaka, semakin hari perniagaan mereka itu semakin melebarkan sayapnya. "Macam mana interviu kau tadi?" Hadif menegur. Air tin berperisa mocha itu dihulur ke tangan Ejaz yang nampak keletihan. Bab2"Biasa aje. Bincang pasal karya aku. Lepas tu, adalah kami sembang sikit-sikit pasal adaptasi novel. Kau baru sampai ke?" soal Ejaz. Air tin di tangannya itu terus diteguk bagi membasahkan tekaknya yang kehausan. "Baru sampai kau tanya? Sekarang dah pukul berapa dah? Kau mabuk ke?" selar Hadif. Meletus tawa dari bibirnya sambil menggeleng. Ejaz terus tersengih lalu kepalanya yang tidak gatal itu digarunya. Sekarang ini sudah pun mencecah pukul 2.00 petang. Macam manalah dia tak perasan? "Kau dah lunch?" soalnya. "Dah!" balas Hadif terus berlalu menuju ke bahagian belakang kedai di mana terletaknya ruang pejabat mereka. Sementara menanti pekerjanya menunaikan solat zuhur, Ejaz duduk di kaunter bagi menggantikannya seketika. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluarnya. Sejak dari pagi tadi lagi, satu mesej pun belum dibacanya. Khusyuk anak matanya meneliti mesej-mesej yang diterima hingga dia tidak perasan figura yang sedang berdiri di depannya itu. "Excuse me... Dekat mana I boleh dapatkan buku berkaitan lelaki?" Seorang wanita berambut perang menegurnya. Anak mata Ejaz terus tertancap ke arah gadis yang memakai blaus ketat hingga memaparkan lekuk tubuhnya itu. Haruman tubuhnya begitu semerbak baunya hingga menusuk masuk rongga hidung Ejaz. "Buku berkaitan lelaki? Buku macam mana tu, cik? Kalau kisah-kisah sejarah, kita ada buku yang mengisahkan tentang Muhammad al-Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, kisah para nabi dan rasul." Senyum sinis terus terukir dari celah bibir gadis itu. "Kalau nak buku berkisar tentang anak muda yang jadi tauladan, kita ada buku kisah tentang allahyarham Ahmad Ammar. Syahid Yang Tertangguh tu. Bagus sekali untuk bacaan. Cik nak yang jenis macam mana?" lanjut Ejaz lagi, mesra biarpun gadis itu tidak memaparkan keterujaan dengan jenis-jenis buku yang disebutkannya tadi. "Ada ke buku-buku macam ni dia rekomen dekat aku? Skema bukan main! Tak teringin aku nak baca bukubuku macam ni. Aku nak cari buku tentang kelemahan kaum dia, yang dia boleh ke rekomen dekat aku buku entah apa-apa ni. Agak-agaklah sikit. Takkan penampilan aku yang vogue macam ni nak baca buku Islamik macam tu?" Omelan gadis itu menjamah cuping telinga Ejaz biarpun ia kedengaran dengan agak perlahan. "Bukan buku macam tu ke, cik?" soal Ejaz lagi. "I bukan nak cari buku yang you sebut tu. I nak cari buku yang ada details tentang kelemahan lelaki. Yang... Yang... Argh... Buku tentang sifat-sifat negatif kaum you ni la. Hesy! Itu pun tak tahu!" rungut Diana, bersikap 'kekwat' seraya menarik muka kelat. "Kalau buku yang macam tu, payah sikit saya nak rekomen, cik. Melainkan, kalau cik ada tajuk khusus." Melihat riak masam pada raut wajah pelanggannya itu, Ejaz mula rasa tidak selesa. Sombong semacam! "Hesy! Macam manalah you all ni berniaga? Bila pelanggan tanya, apa pun tak tahu. Next time, buat kerja sikit. Study buku-buku yang you all jual ni. Tak adalah tenganga-nganga bila customer tanya!"Tempelak gadis itu agak tajam menusuk hati Ejaz. Panas hatinya tiba-tiba. Nasib baiklah gadis itu merupakan pelanggan kedai mereka. Suka atau tidak, kerenah sombong gadis itu terpaksa dihadap dengan sabar. "Macam inilah, cik. Cik ikut saya. Biar saya tunjukkan buku-buku berkenaan lelaki. Manalah tahu ada ciri-ciri yang cik mahukan tu." Ejaz memberi cadangan. Namun, belum sempat gadis itu hendak menjawab, seorang lelaki dalam lingkungan lewat 20-an meredah masuk ke dalam kedai. Tangan gadis itu kemudiannya terus direntap kasar. "Dekat sini rupa-rupanya you. I call you berpuluhpuluh kali, satu pun you tak angkat. Mesej pun you tak balas. You nak mengelak dari I lepas apa yang you buat. Lepas tu, you nak buang I macam sampah! You ingat I ni apa?!" sergah lelaki itu. Muka dah serupa singa lapar garangnya. Gadis itu melepas keluhan. Sekali lagi lelaki yang bernama Syimmir itu mengekorinya. "Susah betul kalau jenis tak faham bahasa ni. Kalau aku dah kata tak nak lagi, tak naklah! Tak habis-habis cari aku. Sampai ke sini pula tu," bebel Diana seraya mencemuh geram. "Apa hal you ni, Syimmir? Nak tengking-tengking I macam ni. Sini tempat publiklah. Jagalah sikit attitude you tu!" marah Diana seraya mengingatkan Syimmir di mana mereka berada sekarang ini. Malulah andai perbalahan tentang soal cinta yang tak kesampaian menjadi kecoh di lokasi awam sebegini. "I peduli apa kalau tempat publik atau tak! You ingat, bila I jumpa you dekat tempat macam ni, I akan lepaskan you? No way!" tegas Syimmir. Anak matanya tajam merenung Diana dengan perasaan benci. Benci kerana dibohongi! Benci kerana dicurangi! "Habis, you nak apa, Syimmir?" soal Diana tak puas hati. "I nak apa you tanya? I nak ajar you cukup-cukup!" Meledak kemarahan Syimmir memetir kuat di tepi telinga Diana. "I tak sangka Diana, harga diri you bukan main rendah sekali. You keluar dengan I, you layan I. You cakap you sayang I, tapi dekat belakang I, you ada affair dengan lelaki lain! Siap berkepit, berpeluk bagai. Macam perempuan tak ada maruah. I ni apa bagi you, Diana?!" hambur Syimmir lagi. Kecewa yang membendung diri meratah teruk perasaannya. Perit! Teramat dalam lukanya itu. "Syimmir, you ni memang jenis tak reti malu agaknya. Kalau ya pun you marah dengan I, tengok tempatlah sikit. Tak perlulah you nak terjerit-jerit macam ni. Buat malu aje!" Riak wajah Diana berona merah padam, membendung malu yang keterlaluan. Adegan panas di antara dia dan juga Syimmir itu telah mengundang perhatian ramai. Entah dekat manalah hendak disorokkan mukanya itu. Anak mata Syimmir lurus merenung tajam muka Diana. "Peduli apa I! Kalau you sebenarnya tak nak dengan I, kenapa you goda I? You tabur macam-macam janji. Merayu-rayu nak jadi girlfriend I. Nak kahwin dengan I. Dekat belakang I, you berseronok dengan lelaki lain. You tipu I, Diana!" Diana terasa benar-benar aib. Syimmir terlalu selamba mengutuknya hingga menjadi bisikan mereka yang sedang menonton. Argh, sudah pasti mereka sedang mengumpatnya. "Syimmir, cukuplah tu! Kita settle dekat tempat lain!" saran Diana. "Jangan harap! I nak jumpa you punyalah susah! Senang-senang aje you ajak bincang dekat tempat lain. Eh Diana, you nak tahu tak you ni perempuan jenis macam mana? You ni tak ubah macam makanan basi! Busuk! Mudah kena hurung dengan langau!" Makian Syimmir semakin berpanjangan. Emosi amarahnya semakin tidak terkawal. Kesabaran Diana terus lenyap tatkala Syimmir langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bakal mengawal barannya itu. Mencerlung pandangan Diana memaparkan perasaan geramnya pula. "Apa yang you mengarutkan ni, Syimmir? Nak kutuk-kutuk I macam ni. Mulut you tu jaga sikit! Jangan sesedap hati aje nak hina I!" Kemarahan Diana terus dilepaskan. Siapa yang tak malu kalau dihina sebegitu? Ketawa sinis terus pecah dari celah bibir Syimmir. "Kenapa? You tak dapat terima hakikat ke you memang jenis perempuan macam tu? I dah tahu everything pasal you, Diana. Siapa you sebenarnya. Sebelum I, dah berpuluh-puluh lelaki jadi mangsa you. You ni memang murah! Sesuailah dengan penampilan you ni yang terdedah sana sini! Entah-entah, you ni dah tak suci lagi dah agaknya!" Keceloparan Syimmir semakin menjadi-jadi. Maruah Diana terus dibuang ke tepi. Ejaz terkedu. Tiba-tiba saja, premis perniagaannya itu sesak dengan orang ramai menyaksikan drama yang sedang berlaku. Aduhai... Diana sudah hilang sabar. Dia tahu dia bukan perempuan baik, namun itu tidak bermakna dia perempuan murahan yang akan menyerahkan batang tubuhnya kepada lelaki dengan begitu mudah. "Mulut you tu jaga sikit, Syimmir! I tahu, I ni tak sebaik mana, tapi I tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki selama ni. You cakap I murahlah, itulah, inilah. Pakai tak senonohlah. Tapi perempuan macam I ni juga yang you duk gilakan. Kalau I ni teruk sangat pada pandangan you, you carilah perempuan Muslimah yang bertutup litup. Cakap tak serupa bikin!" Kasar kemarahan Diana lepaskan semula. Silap oranglah andai Syimmir fikir dia akan membiarkan saja dirinya dihina. "Oh, jadi you nak nafilah?" Tawa sinis terus pecah dari ulas bibir Syimmir. Jelek dengan perlakuan Diana yang kaki putar belit! "I mengaku, I memang tak pernah serius pun dengan you selama ni. You ingat, I teringin sangat nak kahwin dengan lelaki macam you ni? Mati hidup semula pun I tak inginlah!" tempelak Diana. Dipandang lekeh muka Syimmir hingga semakin menyirap darah lelaki berkulit cerah itu. Terpamer jelas pelipis di mukanya dek bahana marah yang semakin membuak. "You!" Lurus jari telunjuk Syimmir menuding tepat ke arah Diana hingga terketar-ketar bibirnya. Diana ukir senyuman. Sinis. Senyuman mengejek kerana dia tahu dia telah berjaya merendahkan martabat lelaki di depannya itu. "You ingat I kemaruk sangat dengan you? Selama ni I main-main aje dengan you. Lagipun, bukan I terhegehhegeh nakkan you. You yang tergila-gila dengan I. I layan you sebab I kesian aje dengan you. Sebab you ni macam lelaki tak cukup kasih sayang aje I tengok." Dihangatkan lagi perasaan Syimmir yang semakin marak. Membiarkan dirinya terus dihina, tidak sama sekali kerana seteruk-teruk dirinya, dia masih punya harga diri. Kesabaran Syimmir sudah melepasi had. Tak semena-mena tapak tangannya laju dilayang ke pipi mulus Diana. "Aduh!" Raungan kuat terhambur nyaring dari bibir Diana. Tamparan itu terlalu hebat untuk dirinya sebagai seorang perempuan hingga hampir hendak tumbang tubuh Diana dibuatnya. "You cakap ikut sedap mulut you aje. Sekarang you rasakan penampar I tu!" Hadif yang terdengar bunyi kekecohan lekas-lekas meluru keluar dari ruang pejabatnya. Insiden yang berlaku itu benar-benar mengejutkannya. "You dah gila ke, Syimmir? Yang you nak buat hal dekat sini, kenapa?" Bersama kekuatan yang masih berbaki, Diana menjerkah berani. "You masih berani nak bersuara, ya?" Melihat Diana masih tidak reti beralah, Syimmir terus merapatinya. Sebiji lagi penampar dilayang tepat ke muka Diana. "Aduh!" Mengongoi kuat Diana dek biasa tamparan itu. Berbalam-balam pandangannya. Terasa bagai hendak pitam. Syimmir masih belum puas. Lengan Diana lalu direntap kasar, ingin diseret keluar dari situ. Perhitungan dengan Diana masih belum ternoktah hanya setakat itu."Hei, sakitlah! Lepaskan I, Syimmir! Lepaskan I!" Dengan kudrat yang ada, Diana meronta-ronta sambil tangan kirinya memukul-mukul lengan Syimmir. Tindakan yang menyemarakkan lagi api kemarahan Syimmir. Lengan Diana sekali lagi direntap kuat hingga terdorong tubuhnya ke dada Syimmir. Kemarahan yang merasuk membuatkan tangan sasa Syimmir mencekak kuat rahang Diana hingga mengalir air matanya. "Sakit? You tahu sakit?" tempik Syimmir dengan nafas tercungap-cungap. "Syimmir, lepaslah! Sakit tahu tak!" Suara Diana mula serak dan lepasnya tersekatsekat. Dia benar-benar tak berdaya. Lesu seluruh sendinya. "Sesakit mana you rasa sekarang ni, sakit lagi perasaan I ni, Diana!" Tubuh Diana dilepas kasar hingga hilang kawalannya. Buk! Kepala Diana terhantuk kuat di rak buku lalu terjelepok di atas lantai. "Aduh!" Sekali lagi raungannya terhambur keluar. Belas Syimmir seakan-akan lesap. Yang wujud hanyalah kemarahan yang tidak terbendung lagi. Sakit dalam hatinya melebihi sakit yang sedang Diana rasai sekarang ini. Ejaz melepas keluhan. Perbalahan tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan. "Encik, saya tak tahu apa masalah encik dengan perempuan ni. Cuma, saya nak minta tolong sangat-sangat jangan buat kecoh dekat kedai saya ni." Teguran Ejaz itu menyentak keegoan Syimmir. Tajam anak matanya menikam tepat ke raut wajah tenang di depannya itu."Kau diam! Ini hal antara aku dengan dia ni!" Sombong dan tak beradab Syimmir membalas. Jerkahan yang melenyapkan terus kesabaran Ejaz hingga berona merah padam air mukanya. "Aku tahu, hal ni antara kau orang berdua. Aku pun tak minat nak tahu apa masalah kau orang. Tapi ini kedai aku dan aku takkan izinkan sesiapa pun buat hal dalam kedai aku ni. Kedai ni tempat untuk business, bukan gelanggang gusti untuk bergaduh!" Herdikan Ejaz itu dibalas dengan renungan tajam. Dirapatkan tubuhnya dengan Ejaz seakan-akan mencabar untuk bergaduh. Dia tidak takut biarpun sekarang ini dia berada di lokasi pemilik lelaki itu. "Kau tak payah nak menyibuk! Urusan ni tak ada kaitan dengan kau!" bentak Syimmir berani. "Aku bukan nak masuk campur. Tapi sekarang ni kau dah buat kecoh dekat sini. Masuk rumah orang pun kena beradab. Bukan main pakai redah aje. Sekarang blah! Kalau kau tak nak kena hentak dengan aku, blah!" Buku penumbuk Ejaz sudah tergenggam kemas. Bila-bila masa saja bakal dilayang ke muka lelaki angkuh di depannya itu. "Kau ingat ni kedai kau, aku takut?!" jerkah Syimmir semula. Jangan harap dia akan beralah. "Jadi, kau nak tunjuk keras kepalalah? Hadif! Call polis! Kita humban mamat ni dalam lokap. Dah buat hal dekat kedai orang, masih nak kurang ajar lagi!" Hadif yang terkaku sejak tadi segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Syimmir menjeling ke arah Hadif. Kalau sudah sampai jadi kes polis, rasanya dia perlu beralah. Tak berbaloi dia kena masuk lokap gara-gara Diana. "Okey, okey... Aku blah! Tak payahlah kau nak call polis," ujar Syimmir, mahu tak mahu akhirnya terpaksa jua beralah. Dijelingnya muka Diana sebelum kakinya diangkat pergi. "Jaga you, Diana. I masih belum settle dengan you! You jangan ingat hal kita habis setakat ni!" Lurus jari telunjuknya dihala tepat ke muka Diana memberi amaran. Diana sekadar membisu. Pipinya yang perit diusap perlahan. Sakitnya bagaikan terkoyak kulitnya itu. Denyutan di kepala semakin kuat. Diana bingkas bangun. Namun, dia tidak mampu mengawal imbangan badan. Pandangannya terasa begitu kabur. Dengan kudrat yang ada, Diana cuba hendak melangkah. Tak sampai tiga tapak langkahnya diatur, tubuh Diana melorot semula ke atas lantai. Dia benar-benar lesu. Suasana seakan-akan malap. Perlahan-lahan matanya terpejam lalu dia terkulai tidak sedarkan diri.

#TEARS BIDADARI YANG DIRINDUWhere stories live. Discover now