Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?

1.2K 4 0
                                    

Syahwat adalah ambilan daripada perkataan Arab, iaitu ₍Šahwah₎ (شَهْوَة). Ia adalah masdar daripada perkataan ₍Šahiya₎ (شَهِيَ). Kata Ibn Manẓūr dalam mendefisikan maknanya:

شَهِيَ الشَّيْءَ وَشَهَاهُ يَشْهَاهُ شَهْوَةً وَاشْتَهَاهُ وَتَشَهَّاهُ: أَحَبَّهُ وَأَرَادَهُ

"₍Šahiya₎ — ₍aš-Šay^₎ dan ₍Šahāhu₎ — ₍Yašhāhu₎ — ₍Šahwatan₎ — ₍Waštahāhu₎ dan ₍Tašahhāhu₎؛ iaitu menyukainya dan memahukannya". [Lisān al-ᓫArob﹇jilid 14﹇m/s 445﹇keluaran Dār aṣ-Ṣōdir].

Syahwat boleh ditunaikan mengikut sesuatu yang dia mahukan. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap makananޱ maka dia mahu memakannya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap minumanޱ maka dia mahu meminumnya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap kenderaanޱ maka ia mahu menungganginya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap kipasޱ dia mahu merasai kedinginannya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap wanitaޱ dia mahu menyetubuhinya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap pakaianޱ maka dia mahu memakainya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap bukuޱ dia mahu membacanya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap rumahޱ dia mahu mendiaminya. Dan lain-lain lagi. Ini menepati firman Allah :

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

"Dihiaskan untuk manusia suka terhadap kemahuan yang berupa wanita, anak-anak, harta benda yang bertimbun berupa emas dan perak, kuda-kuda bertanda, haiwan ternakan dan sawah. Itu adalah kesenangan kehidupan dunia. Allah jualah sebaik-baik tempat kembali di sisi-Nya". [Surah Āli ᓫImrōn ayat 14].

Namunߨ untuk konteks penulisan ini❟ difokuskan kepada rasa getaran seksual di jiwa.

Syahwat itu sendiri tidaklah berdosa kerana dilihat dari dua sudut. Pertamaߨ ia adalah rasa yang semulajadi yang ada pada diri manusia. Saya hairan mengapa seseorang perlu memandang jijik terhadap syahwat terhadap wanita sedangkan ia sama sahaja dengan syahwat yang lain seperti minuman, pakaian dan lain-lainߨ namun cara penunaian sahaja yang berbeza mengikut sesuatu yang dimahukan.

Tidak ada dalil pun yang hanya mengkhususkan syahwat terhadap wanita itu sendiri adalah berdosaߨ tetapi syahwat yang lain adalah halal. Dalil-dalil yang mereka bawakan untuk menetapkan syahwat terhadap wanita itu sendiri adalah dosa semuanya sekadar saranan untuk menahan diri atau tertuju kepada mereka yang benar-benar melampaui batasߨ bukan menetapkan dosa pada syahwat itu sendiri.

Tambah lagi mengecewakan adalah sebahagian orang mudah sahaja menghukum sesuatu perbuatan yang diiringi syahwat sebagai haram dan berdosa. Kita tidak akan hairan kalau akan ada pandangan bahawa menaiki kereta adalah haram dan berdosa jika bersyahwat, bekerja sebagai pelayan restoran juga adalah haram dan berdosa jika ia selalu sahaja menimbulkan syahwat, jual beli dengan wanita yang bukan mahram adalah haram dan berdosa jika ia menimbulkan syahwat serta pelbagai lagi.

Kenapa kita tidak hairan? Jawapannya adalah hanya semudah wujudnya iringan syahwat pada perbuatan tersebut terus dikira berdosa dan haram menurut mereka ini. Tinggal lagi pada kita hanya untuk menunggu seseorang yang mengeluarkan pandangan ini dan jika ia berlakuޱ kita sama sekali tidak akan terkejut. Semoga Allah melindungi kita daripada sikap melampau dalam agama.

Keduaߨ apabila ia sekadar sesuatu yang merentasi dalam jiwa yang tidak ada keinginan untuk realisasikan perbuatan itu atau terjadinya perbuatan itu secara jazamޱ maka itu tidak dikira berdosa. Jika adanya penjazaman ituޱ maka itu dikira berdosa.

Perbezaan tahap ketetapan jiwa ini perlu diperhatikan agar tidak menghukuminya sebagai dosa sewenang-wenangnya. Jika sekadar berkhayal, berfantasi, berimaginasi atau biarkan sahaja rasa syahwat itu menggelora atau menyemarakkan lagi dalam jiwa atau mempunyai rasa keinginan terhadap seseorangߨ tetapi tidak tekad jiwanya untuk merealisasikannyaޱ maka ini sama sekali tidak termasuk perkara yang dianggap dosa.

Dalil

Dalam hadis riwayat Anas bin Malik tentang peristiwa ₍al-Isrō^₎ dan ₍al-Miᓫrōj₎ daripada Rasulullah ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wa ālihi wasallam⁃ yang bersabda pada bahagian akhir hadis tersebut :

Fiqh SeksualWhere stories live. Discover now