Hukum Berkhalwat Dengan Yang Bukan Mahram

629 2 0
                                    

Berkhalwat dengan yang bukan mahram dibolehkan selagimana aman daripada fitnah dan boleh menahan diri daripada kancah dosa memandangkan asal tiap-tiap sesuatu perkara adalah harus melainkan didatangkan dalil yang melarangnya. Kebanyakan orang membantah keharusan ini dengan membawakan hadis berikut :

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنْ عَمْرٍو ، عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ ، وَلَا تُسَافِرُ امْرَأَةٌ إِلَّا وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ " ، وَجَاءَ رَجُلٌ ، فَقَالَ إِنَّ امْرَأَتِي خَرَجَتْ إِلَى الْحَجِّ ، وَإِنِّي اكْتَتَبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا ، قَالَ : " انْطَلِقْ فَاحْجُجْ مَعَ امْرَأَتِكَ " .

Sufyān telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada ᓫAmrܒ daripada Abū Maᓫbadܒ daripada Ibn ᓫAbbāsᚗ bahawasanya Rasulullah ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wasallam⁃ bersabda: "Tidak boleh sama sekali seorang lelaki bersendirian bersama seorang wanita serta tidak boleh wanita bermusafir kecuali bersama mahramnya". Datang seorang lelakiߨ lalu berkata: "Sesungguhnya isteriku ingin keluar mengerjakan hajiߨ manakala aku tersenarai untuk misi peperangan itu dan ini". Baginda berkata: "Pergilah dan berhajilah bersama isterimu". [Musnad Aḥmad﹇no. 1881].

Apapunߨ illah yang pasti untuk hal ini adalah penemanan yang bukan mahram hanyalah untuk mengelakkan fitnah. Ini kerana mahram adalah orang yang rapat dalam pertalian keluarga serta mereka menyedari sesama mereka bahawa mereka tidak boleh dikahwini antara satu sama lain.

Dengan kesedaran ini؛ iaitu masing-masing tidak ada harapan untuk menikmati persetubuhan atas sebab halangan hubungan mahram❟ maka ini memberikan jaminan keselamatan kepada seseorang itu. Inilah kebiasaannya yang ada pada hal ini dan sememangnya pertimbangan yang dibuat selalunya diambil daripada perkara yang berlaku secara kebiasaan.

Akan tetapiߨ jika tercapai illah yang dikehendaki؛ iaitu bersendirian tanpa mahramޱ maka tidak ada masalah. Hal ini kerana boleh jadi juga dengan adanya mahram❟ masih ada ruang fitnah untuk berlaku. Ini berdasarkan hadis berikut :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الطُّفَاوِيُّ ، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ بَكْرٍ السَّهْمِيُّ الْمَعْنَى وَاحِدٌ ، قَالَا : حَدَّثَنَا سَوَّارٌ أَبُو حَمْزَةَ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ .

Muḥammad bin ᓫAbdul Roḥmān aṭ-Ṭufāwiyy dan ᓫAbdullah bin Bakr as-Sahmiyy telah merawi hadis kepada kami yang sama makannyaܒ Sawwār Abū Ḥamzah telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada ᓫAmr bin Šuᓫaybܒ daripada ayahnyaܒ daripada datuknyaᚗ dia berkata፥ Rasulullah ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wasallam⁃ bersabda፥ "Perintahkanlah anak-anak kalian untuk bersolat pada tujuh tahun dan pukullah mereka kerananya pada sepuluh tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka antara mereka". [Musnad Aḥmad﹇no. 6579].

Pengasingan tempat tidur menunjukkan sememangnya ada potensi kebejatan yang boleh berlaku meskipun sesama mahram. Oleh ituߨ mengambil pertimbangan secara fleksibel adalah wajar untuk memerhati yang mana masih boleh menjamin keselamatan.

Sebahagian orang meragukan illah yang saya mengemukakan di siniߨ padahal ia tidak berbeza dengan apa yang Rasulullah ⁃ṣollallāhu ᓫalayhi wa ālihi wasallam⁃ bersabda :

لاَ تُسَافِرِ المَرْأَةُ مَسِيرَةَ يَوْمَيْنِ إِلَّا وَمَعَهَا زَوْجُهَا أَوْ ذُو مَحْرَمٍ

Fiqh SeksualWhere stories live. Discover now