Hukum Melancap

15.1K 26 0
                                    

Pandangan Para Ulama Mengenainya Dan Penilaian Keabsahannya

Hukum melancap diperselisihkan semenjak zaman salaf. Hakikat ikhtilaf ini wujud semenjak dahulu lagi sepertimana yang dinyatakan oleh golongan terawal seperti Abū Bakr Muḥammad bin Ibrōhīm bin al-Munḏir an-Naysābūriyy dalam «al-Išrōf ᓫAlā Maḏāhib al-ᓫUlamā^», Abū Jaᓫfar aṭ-Ṭobariyy dalam «Iẖtilāf al-Fuqohā^» dan Ibn Ḥazm dalam «Marōtib al-Ijmāᓫ Fi al-ᓫIbādāt wa al-Muᓫāmlāt wa al-Iᓫtiqōdāt».

Antara yang mengharuskannya adalah Ibn ᓫAbbās ⁃semoga Allah meredhainya⁃ sepertimana yang disebutkan Sayyid Sābiq dalam «Fiqh as-Sunnaẗ». Hal ini mungkin sahaja bersandarkan pada riwayat berikut :

عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ ، عَنْ عَمَّارٍ الدُّهْنِيِّ ، عَنْ مُسْلِمٍ ، قَالَ : رَأَيْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ ، لَقِيَ أَبَا يَحْيَى فَتَذَاكَرَا حَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ , فَقَالَ لَهُ أَبُو يَحْيَى : سُئِلَ ابْنُ عَبَّاسٍ ، عَنْ رَجُلٍ يَعْبَثُ بِذَكَرِهِ حَتَّى يُنْزِلَ ؟ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ : إِنَّ نِكَاحَ الأَمَةِ خَيْرٌ مِنْ هَذَا ، وَهَذَا خَيْرٌ مِنَ الزِّنَا

Dari Ibn ᓫUyaynaẗܒ dari ᓫAmmār ad-Duhniyyܒ dari Muslimᚗ dia berkata፥ Aku melihat Saᓫīd bin Jubayr berjumpa Abū Yaḥyā. Laluߨ mereka berdua berbincang mengenai hadis-hadis Ibn ᓫAbbās. Laluߨ Abū Yaḥyā berkata pada Saᓫīd: "IbnᓫAbbās ditanya mengenai lelaki yang bermain-main dengan zakarnya hingga ejakulasi. Makaߨ Ibn ᓫAbbas berkata: ❝Menyetubuhi hamba perempuan lebih baik dari ini dan ini lebih baik dari zina❞". [Muṣonnaf ᓫAbdul Rozzāq﹇Kitāb aṭ-Ṭolāq﹇no. 13590].

Sebahagian orang berkata bahawa penyebutan Ibn ᓫAbbās ini bukan bermakna menunjukkan bahawa melancap ini tidak ada masalah kerana yang dimaksudkan adalah melancap dibolehkan kerana darurat dan dosanya lebih tidak sebesar dosa zina. ِAkan tetapiߨ saya berpendapat bahawa takwilan seperti ini tiada asas dan cenderung kepada memberat-beratkan penafsiran.

Keharusan ini juga adalah daripada al-Ḥasan al-Baṣriyy menurut salah satu nukilan dari Abū Jaᓫfar aṭ-Ṭobariyy dalam «Iẖtilāf al-Fuqohā^». Aṭ-Ṭobariyy dalam rujukan yang sama menyebutkan bahawa aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim beserta sekumpulan yang bersama dengan mereka berpendapat keharusannya.

Aḥmad bin Ḥanbal menurut salah satu nukilan dari Ibn al-ᓫArobiyy dalam «Aḥkām al-Qur^ān» karya Ibn al-ᓫArobiyy, al-Qurṭubiyy dalam «al-Jāmiᓫ Li Aḥkām al-Qur^ān» dan Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dalam «al-Baḥr al-Muḥiṭ Fī at-Tafsīr» menyebutkan pandangan keharusannya. Riwayat ini menyatakan bahawa air mani adalah lebih daripada anggota badan dan mengeluarkannya sama dengan mengeluarkan darah dengan berbekam.

Penisbahan keharusan ini juga dinisbahkan kepada para Sahabat ⁃semoga Allah meredhai mereka⁃. Ia bersandarkan riwaya yang berikut :

أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ ، عَنْ مُجَاهِدٍ ، قَالَ : " كَانَ مَنْ مَضَى يَأْمُرُونَ شُبَّانَهُمْ بِالاسْتِمْنَاءِ ، وَالْمَرْأَةُ كَذَلِكَ تُدْخِلُ شَيْئًا ، قُلْنَا لِعَبْدِ الرَّزَّاقِ : مَا تُدْخِلُ شَيْئًا ؟ قَالَ : يُرِيدُ السقَ , يَقُولُ : تَسْتَغْنِي بِهِ عَنِ الزِّنَا " .

Ibn Juroyj telah merawi khabar kepada kamiᚗ dia berkata፥ܒ Ibrōhīm bin Abū Bakr telah merawi khabar kepadakuܒ daripada Mujāhidᚗ dia berkata: "Dahulu orang-orang yang sebelum ini menyuruh pemuda-pemuda mereka untuk melancap dan wanita juga sedemikian dengan mereka memasukkan sesuatu". Kami berkata kepada ᓫAbdul Rozzāq: "Apakah sesuatu yang mereka masukkan?". Dia berkata: "Dia bermaksudkan kayu". Dia berkata: "Engkau tidak berhajat untuk berzina dengan cara itu". [Muṣonnaf ᓫAbdul Rozzāq﹇no. 13213].

Namunߨ riwayat ini bermasalah yang puncanya terletak pada Ibrōhīm bin Abū Bakr. Dia tidak dinilai apa-apa oleh mana-mana nuqqad mutaqaddimin. Hanya dikomentari oleh aḏ-Ḏahabiyy yang menilainya sebagai kedudukannya adalah orang yang benar sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Ḥajar al-ᓫAsqolāniyy dalam «Tahḏib at-Tahḏib».

Fiqh SeksualWhere stories live. Discover now