Perincian Kaedah Redha Terhadap Maksiat Adalah Maksiat Pada Tontonan Pornografi

272 0 0
                                    

ᐉNota ≂ Ini adalah potongan daripada penulisan yang berjudul «Hukum Fiqh Berkaitan Dengan Pornografi».∦

Apabila disebutkan tentang pornografi, maka ia adalah paparan erotik yang wujud dalam multimedia yang berupa gambar dan video. Oleh itu, aspek yang ditujukan selain ini tidak masuk dalam perbahasan ini. Sebelum saya memulakan perbahasan dengan lebih lanjut, ingin saya ingatkan bahawa penulisan ini memiliki gabungan dan adunan daripada pelbagai penulisan saya yang lain yang diringkaskan penghujahannya di sini. Dengan itu, sesiapa yang ingin mendapatkan penghujahan lanjut, boleh merujuk kepada judul penulisan yang saya nyatakan.

Sebagai permulaan, *Abdullah bin Muḥammad al-Haroriyy berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk ᗒ https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Abū al-*Abbās Šihābuddīn Aḥmad bin Salamah al-Qolyūbiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiy wa *Umayrah *Alā Šarḥ al-Muḥallā *Alā Minḥāj at-Ṭōlibīn﹇jilid 3﹇m/s 209﹇keluaran Dār al-Fikr].

Antaranya adalah Sulaymān bin Muḥammad bin *Umar al-Bujayrimiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfah al-Ḥabīb *Alā Šarḥ al-H̱otīb﹇jilid 4﹇m/s 372﹇keluaran Dār al-Fikr].

Asas bagi perbahasan ini, hukumnya adalah harus sama seperti melihat aurat yang diserupakan sepertimana yang telah saya bahaskan dalam penulisan saya yang berjudul «Aurat : Penjelasan Tuntas». Di dalamnya, telah dijelaskan bahawa aurat yang wujud dalam ukiran, lukisan, pantulan cermin dan yang terpapar di skrin digital bukanlah aurat yang sebenar-benarnya sepertimana yang ada pada anggota jasad. Ia adalah sesuatu yang diserupakan seperti aurat.

Oleh sebab objek yang terpapar di situ bukanlah anggota yang sebenar-benarnya, maka hakikatnya seseorang itu tidak menonton orang lain sedang melakukan aktiviti itu, tetapi dia menonton objek yang diserupakan itu melakukan aktiviti itu.

Fiqh SeksualWhere stories live. Discover now