satu

330 11 11
                                    

di kantin

" nak tak jadi model aku? "

di kaki lima

"ui nak tak jadi model aku? "

selepas habis perhimpunan

" mau nggak jadi model gue? "

di perpustakaan

" psst, jadilah model aku elemek"

waktu kelas bahasa inggeris, dia lalu kelas aku...

" wuu model wuu model-" tercengang Mrs Ling kerja minah ni.

haishh minah ni, annoying la pulak aku.

" meroyan agaknya kak yaya tu lepas break dengan abg jordan. "

"tah dia. padan muka dia, dasar tak sedar diri. mungkin bomoh dia pakai tak kuat kot, sebab tu dapat abg jordan break dengan dia. "

"yela kan. aku lagi suka abg jordan dengan kak liyana. dahla cantik, baik, sporting pulak tu. "

" dia apa ada?  buruk, gemuk, plain haa apa lagi? "

" buruk hahahahahahakata mereka berdua serentak.

ceh perempuan membawang je kerja.

kertas contengan aku renyuk membentuk bola lepastu baling ke arah tong sampah di belakang. serentak itu, aku ternampak macam ada kelibat pelajar perempuan kat luar, di pintu belakang. lepastu kelibat tu pergi.

tah siapa tah, aku sambung buat latihan.

×××

aku berjalan sambil mendongak ke atas, untuk menahan air mata aku terkeluar sambil memeluk fail yang cikgu Sue suruh bagi kat Mrs Ling .

"hm, letak atas meja dia je lah. AHH! sorry sorry aku jalan mendongak tadi lol sorry-"

shit aku terlanggar jordan.

" no it's okay. " kata babi yang aku terlanggar tadi.

jordan seperti hendak sambung berkata sesuatu tapi aku terus berjalan laju ke bilik guru.

fail diletak elok elok di atas meja Mrs Ling.

baru je nak keluar, aku ditegur cikgu Razi, cikgu lelaki course account yang digilai gender perempuan kat sekolah ni even cikgu cikgu dengan makcik kantin sekalipun.

tapi aku tak jumpa tang mana handsome beliau. pfft. maap.

" eh kenapa mata berair? kuat jugak angin kat luar tu eh" kata cikgu razi mesra dengan killer smile(euw) nya.

" yela kot. saya keluar dulu eh cikgu" tanpa menunggu balasan aku terus keluar terus pergi ke tandas.

muka aku di cermin aku pandang.

"dahla buruk, gemuk, plain haa apa lagi? "

" buruk hahahahahahhaha "

"bomoh tak kuat letew"

cis kalau lah kau tau jordan yang dulu melamar aku jadi girlfriend dia, menangis tak berlagu kau heh.

jordan...

" no it's okay .."

setitis air mata aku jatuh jugak akhirnya.

YES OR YESWhere stories live. Discover now