tiga

242 14 2
                                    

" aku dengar semalam dia kena tengking ex dia "

" yeke weh, ruginya jadi harian.. "

" dia tumpahkan air kat kak liyana dengan sengaja "

" ish teruknya dia! "

aku berjalan macam biasa, mencari barisan kelas aku untuk perhimpunan.

" ko tau tak dah lah tumpahkan air kat orang, lepas tu dia tampar orang tu pulak! "

" ei teruknya dia! OMG tengok muka dia rasa macam nak pijak pijak je "

oh dah jumpa, aku nampak rakan sekelas aku tengah bergelak sakan.

"takda rasa bersalah langsung muka dia kan? "

" kenapa la abang jordan tak report dia kat cikgu disiplin. dia kan membuli kak liyana "

" dia ugut kot "

" uit! " michelle yang sedang mengetip kuku itu aku tegur. tak dia tak berkeliaran, barisan kelas aku dan dia memang bersebelahan.

" oi, aku tengah ketip kuku ni. sah sah puan zaleha nanti check kuku. " kata Michelle.

" kau okay tak? " tanya Michelle tiba tiba. pengetip kuku dimasukkan ke dalam poket lalu memberikan tumpuan ke aku sepenuhnya .

" haa? okay apa? apa yang okay ke tak? " aku pulang balik soalan, buat buat tak tahu.

" ala yaya aku tau la apa yang jadi semalam. ni kau nak aku pergi belasah bish tu tak? eh buat apa tanya kau, memang pegi belasah je lah en celaka punya bish! " geram Michelle. tak macam aku, michelle ni memang tak chill orang nya.

" alah biarlah dia " pujuk ku.

" biar apa benda nya? mulut dia tu celupar tau tak! "

"kenapa kau marah dia? bukan aku ke yang tampar liyana? "

" aku tak bodoh la yaya. mungkin ada sikit tapi tak sebodoh budak perempuan kat sekolah ni. mulut tak boleh percaya. so aku tanya budak lelaki. cerita version dia lebih makes sense dan aku yakin takda tokok tambah."

aku cuma terdiam.

" dia mention mama kau kan? "

aku senyum sebaris.

semua berlari ke ke barisan kelas masing masing memandangkan para pensyarah sudah sampai.

kelas bahasa mandarin

ajaran Mdm Joyce didepan aku dengar dengan kusyuk. aku tak fasih berbahasa mandarin tapi minat untuk mempelajarinya.

dalam kelas aku, aku yang paling lancar membaca bahasa mandarin dengan stroke nya yang mengelirukan. rakan sekelas yang lain sangat pelat jadi setiap kali ujian lisan, mereka membaca tanpa nada yang sepatutnya.

aku termenung setelah latihan bahasa mandarin telah aku siapkan awal tadi sambil madam mengajar.

"weh yaya kau tak dapat model lagi ka? " tegur nathan deskmate aku dan satu satunya pelajar lelaki dalam kelas ni. keropok bika perisa ayam senyap senyap disuap ke mulut. aku pun ambil beberapa keping lalu suap ke mulut. alah dah biasa.

" belum lagi lah nath. aku tengah bingung ni " kata ku seraya perlahan menghentpak dahi ke meja, pasrah.

" alah kau pakai lah adik aku tu. kaki seluar tu tinggal potong sikit ja. "

" nath, bukan sahaja soal adik kau yang pendek tu.."

nathan senyum senget teringat adik nya yang hanya setinggi 160cm itu.

YES OR YESWhere stories live. Discover now