empat

229 11 2
                                    

sambil menunggu budak tiang, instagram aku scroll satu persatu dan tekan like kesemuanya walau iklan sekalipun.

amin, junior dan mentee aku dalam program mentor mentee yang mengucap tahniah dalam bahasa korea kelmarin mengepost video kpop cover dance yang selalu dilakukannya setiap minggu.

dan kali ini dia covered lagu NCT127- kick it!. budak ni berbakat yall. sementara aku komen videonya, aku terdengar bunyi hon beberapa kali di luar. oh budak tiang dah sampai. wuu kereta Peugeot warna putih berkilat. bukan biasa biasa budak kecik ni.

budak tiang masih lagi mengehon dengan tidak sabarnya sampaikan ditegur oleh pak guard. ni apartment la kau ingat ni perumahan bapak kau ke?!

kad rumah aku scan, pintu ditolak lalu keluar dari lobi. em, nak duduk depan rasa awkward. kalau duduk belakang ewah macam puan besar pulak AHAKS.

" em kau nak aku duduk depan ke belakang? " tanyaku elok.

" DUDUK DEPAN LAH, EH LAGAK TAUKE PULAK KAU! " tengking budak tiang membuatkan aku tersentak kuat dan pak guard serta penghuni apartment di sekitar parking kereta menoleh. aku dahla jenis sensitif dan agak fobia atau takut dengan tengkingan atau suara yang besar dan kasar walaupun yang ditengking adalah orang lain. aku juga tidak suka jadi perhatian orang, aku mudah nervous.

aku pernah diserang panic attack ketika ditegur oleh boss tempat aku part time di supermarket pada cuti sekolah. suaranya jenis suara besar dan kasar. dia memarahi aku, di depan pelanggan dan staff lain hanya kerana terpecahkan lima biji telur yang aku boleh ganti dengan duit sendiri.

tangan dan kaki aku bergetar dengan teruk, muka ku pucat, dan mulut aku tak mampu menuturkan perkatan kerana gemuruh. aku berlari ke arah tandas dan menangis menenangkan diri satu jam lebih. semenjak itu, papa cuma membenarkan aku kerja online part time/dropship untuk wang saku sendiri.

lutut aku bergetar tapi aku gagahi jua berjalan ke kereta. aku cuma senyap sahaja dalam kereta. beg sandang aku genggam kuat kerana tangan masih bergetar. budak tiang melihatkan itu terus bertanya

" weh kau okay tak? "

aku menggeleng.

" eh kau kenapa? "

perlahan aku menghembuskan nafas, cuba menenangkan diri sebelum bersuara. tak mahu nanti suaraku bergetar.

" sorry lah kalau aku sensitif or congek or whatsoever. aku sebenarnya ada takut sikit dengan suara lantang atau tengking. dapat banyak perhatian dari orang pun aku tak suka. aku mudah panic. " kataku. sengaja aku senyum ke arah budak tiang. alah bukannya dia tahu pun, dia tak salah.

" oh.. kenapa? k-kau kena abuse ke? " tanya budak tiang membuatkan aku terkejut.

" EH TAK. mesti kau dengar kan malam tu? ya mama aku mati kemalangan dan aku terselamat malam tu. kereta itu meletup di depan mata aku membuatkan telinga aku berdesing dan pekak selama 1 jam. nasib baik mama aku sempat dikeluarkan oleh bomba. "

aku lihat budak tiang menghembuskan nafas lega.

" so kalau aku sesuatu bunyi yang kuat tak kira suara tengkingan ataupun barang yang dibaling/dihentak kuat, aku rasa gemuruh tanpa sebab dan aku tersentak dengan kuat jugak. "

"oh.. sorry. " kata budak tiang. pandangan nya masih fokus pada jalan raya tapi aku yakin dia ikhlas minta maaf.

" so, kenapa kau badmood pagi pagi? jalan sesak ke? "

" taklah. sebenarnya kita bersebelahan je. "

damn condo residence yang sebelah tu? mahal weh...

YES OR YESWhere stories live. Discover now