" LIYANA! YAYA KAU BUAT APA NI?!" jerit jordan dari pintu dewan. jordan terus berlari masuk mendapatkan liyana yang masih terduduk dan mengadu kesakitan.
ceit.
nama je ketua MPP, kasut tak ditanggalkan sebelum masuk dewan makan .
risau sangat lah kau pasal perempuan ni kan?
" kau kenapa yaya? kau tak pernah pun berkasar dengan sesiapa. sebelum ni liyana bagitau aku tentang kau yang sebenarnya, tapi aku tak percaya." kata jordan sambil mengetap gigi.
huh! aku rasa macam tak percaya ja. wow, hebat permainan kau perempuan. aku tak tau apa yang liyana bagitau kat jordan tapi aku tak tau kenapa mulut aku tak tergerak untuk membela diri sendiri. aku cuma berdiri kaku di situ.
" rupanya sikap baik kau tu palsu. dasar talam dua muka. seriously, tak menyesal aku curang dengan kau,dan putus dengan kau." kata jordan lagi. dia dan seorang junior di belakangnya tadi membantu mengangkat liyana supaya dapat berdiri dengan stabil.
cis, muka yang kena tampar, tapi kaki pulak tiba tiba cacat.
" aku lepaskan kau kalini yaya, lain kali kau sakitkan liyana lagi, aku lapor ke cikgu disiplin." kata jordan beri amaran. kelihatan liyana menahan senyum kemenangan.
dari riak muka jordan, nampaknya dia bencikan aku sekarang. nice.
susah payah aku menahan air mata dari terjatuh. cepat cepat aku ingin keluar dari situ, keluar dari set shooting sinetron.
" kau nak ke mana?! kita belum habis lagi! " jerit jordan.
" aku lapar, aku nak naik asrama makan maggie " kataku dengan cool lalu bergerak keluar dari dewan.
budak tiang yang berdiri di tepi pintu aku pandang sekilas. lalu aku berhenti.
" nak tak jadi model aku?" cis menyempat kau yaya.
" err no? " jawab budak tiang dengan keningnya terangkat sedikit.
" k fine " kataku lalu beredar dari dewan makan. kaki ku melangkah ke kantin yang gelap gelita, disebelahnya ada dua public phone.
public phone lama dah tak digunakan sebab sekarang musim pelajar asrama makin berani dan leka bawak masuk handphone secara harom.
tanpa memasukkan duit syiling, ganggang telefon aku ambik lalu parking di telinga .
di situ aku menghamburkan tangisan. menangis tanpa bunyi, aku memang pro sebab dah biasa buat.
jordan tak pernah tengking aku. kitorang jarang bergaduh, merajuk biasa itu biasa. sebab aku tak banyak songeh dan begitu juga jordan. ya, tipulah kalau aku tak cemburu tengok banyak orang flirting dengan jordan tapi aku diamkan je. dia friendly dan sosial. kitorang mempercayai antara satu sama lain. dia baik sangat dengan aku dan jarang bergaduh, jadi aku tak faham kenapa dia sanggup curang. buruk sangat ke aku ni? kalau buruk, janganlah ajak couple dari mula.
dan oh, rupanya ada orang tikam belakang. maknanya sepanjang aku berkawan dengan liyana, senyap senyap dia flirting dengan jordan di belakang aku. sebab aku selalu bercerita tentang jordan dengan liyana. banyak banyak cerita, cerita tentang jordan saja dia tak jemu dengar. selalu nya merungut sebab aku banyak bercakap. sejujurnya, aku nak slow talk dengan jordan. sumpah aku rindu dia sangat sangat. tapi nampaknya, jordan benci aku sekarang ni.
setelah beberapa minit aku menangis tak berlagu, aku menarik nafas perlahan. in and out. untuk tenangkan diri. hingus aku sedut sehabis habisnya. bila aku rasa dah bersedia nak balik naik asrama, dalam samar gelap aku masih nampak, ada air kotak yang belum dibuka di atas peti public phone. air kotak itu aku ambil.
YOU ARE READING
YES OR YES
Teen Fictionyaya , budak Fashion and Dressmaking mundar-mandir di kantin sedang buntu untuk mencari model baru kerana model nya terpaksa tarik diri atas sebab peribadi... tiba-tiba yaya ternampak budak baru keseorangan membeli susu kotak berperisa chocolate, y...