Special Chapter

57.4K 817 149
                                    

"Nak dekat 3 tahun engkau berdua kahwin.. Bila nak bagi cucu kat mak lagi?"
Sharipah meletakan dua dulang berisi air teh dihadapan suami dan menantunya.

Hai... ni lah yang malas nak balik rumah keluarga. Mesti soalan yang sama diorang bertanya.
Khalish tak menjawab, bibir nipisnya menyunging senyum.

"Alaa.. baru 3 tahun.. biarlah diorang nak berbulan madu dulu. Lagipun elok dia berdua ni besarkan Darish secukupnya. Nanti boleh la beranak lagi."

Kali ni pandangan Khalish menongkah wajah bapa mertuanya pula.
Thanks ayah..

"Berbulan madu tu tak salah. Tapi jangan lama sangat. Kesian Darish sorang-sorang. Sekurang-kurangnya ada juga kawan dia nanti."

Mmm.. tak habis lagi ke mak mertua aku nak bercakap pasal anak?

Hampir 3 tahun Khalish bersama dengan Nurani, mereka berdua masih belum dikurniakan anak kedua.
Pada Khalish, dia tak kisah sangat. Kerana mereka berdua sudah mempunyai Darish. Walaupun status anak itu tidak sah, namun kedua mereka tetap menyayangi Darish dengan sepenuhnya.

"Apa kata kau bawa Nur bercuti, mak tengok sejak akhir-akhir ni dia pun macam stress je."
Cadang Sharipah lagi bila dilihat menantunya terus mendiamkan diri.

Ingin juga Khalish membawa isterinya bercuti. Tapi kenkangan di tempat kerja membuatkan cutinya terpaksa tertangguh.
Keluhan berat dilepaskan, sekali lagi dia tiada jawapan untuk cadangan ibu mertuanya.

"Mamaa!!! Sakit...!!"

Serentak ketiga pasang mata yang sedang duduk dilaman rumah saling berpandangan ketika mendengar raungan dari Darish.

"Uuwaaa!!!"

Dan ketika tangisan Darish makin meluap, Khalish bangun dan menuju ke ruang tamu rumahnya.

"Kenapa Darish degil sangat hah?! Dah malam pun nak tengok tv lagi?!"
Nurani bercekak pinggang sambil jantungnya berombak laju memandang anaknya lelaki yang sudah terhenjut-henjut menahan sendu.

"Kenapa ni sayang..."
Khalish menghampiri.
Dan ketika melihat ayahnya, Darish turut melekapkan diri kepada lelaki itu. Muka diterkup di pinggang Khalish.

"Tak payah nak buat muka kesian! Mama cakap tidur kan!"
Melihat aksi Darish, Nurani makin geram anak itu ditarik dari pelukan Khalish.

"Sayang kenapa ni.."
Suara Khalish masih lembut bertanya lagi.

"Anak abang ni hah! Degil sangat! Suruh tidur pun taknak! Nak dekat pukul 9 dah ni! Masih jugak nak tengok tv"
Tangan Nurani terus menarik tubuh kecil Darish namun anak lelaki itu kejap memeluk pinggang Khalish.

"Takpe la sayang.. Esok kan dia tak sekolah.. Sekali-sekala dia nak tengok tv, biar je lah."
Khalish terus memujuk

"Sekolah ke tak sekolah ke, tu bukan alasan! Kalau dibiarkan nanti jadi tabiat, tidur lewat!"
Jerkah Nurani lagi, Kali ni makin kuat dia menarik Darish dari memeluk Khalish. Anak itu tetap berkeras tak mahu mengikuti.

Sharipah dan suaminya hanya mampu melihat.

"Darish! Ikut mama masuk bilik, tidur!"
Arah Nurani lagi.

Darish makin ketat memeluk pinggang ayahnya sambil kepala digeleng laju.

Makin geram hati Nurani melihat tingkah anaknya. Dengan amarah yang bercampur, lengan anak kecil itu dicubit halus.
"Degil!"

(Completed) JUST ONE NIGHT (Short story) Where stories live. Discover now