6

36.2K 784 100
                                    


     Betul ke apa yang aku lakukan ni?
Terima lamaran dia? Sekaligus bertunang pada hari yang sama. Selepas tiga bulan kami bernikah.

Dan hari ini saat ini.. Nurani berada dibilik pengantin bersama Khalish Fitri..   
    

"Awak tidur dalam bilik ni ke?"
        Soalan pertama yang tercetus dibibir Nurani saat pintu bilik mereka ditutup.

"Habis tu takkan awak nak biarkan saya tidur kat luar?"

      Haish! menjawab pulak mamat ni.. Nurani pusing badannya, tuala yang membalut rambutnya dibuka. Segala mekap yang melekat seharian sudah dibasuh dengan air. Makin lama bahan kimia itu melekat di kulit, makin Nurani rasa tak selesa.
       Dah la satu hari 3 pasang baju dia bertukar. dari majlis akad nikah waktu pagi kemudian majlis bersanding. Sebelah petangnya majlis bergambar. Huh! penat. Walhal ini perkahwinanya yang kedua.
        Bertikam lidah dia dan Khalish ketika mereka masing-masing tak mahu membuat majlis yang besar. Tapi kedua belah pihak tetap juga ingin menjadikan majlis ni meriah.

"Kalau saya tidur luar, awak tak rasa sejuk sorang-sorang kat sini?"

"Arrgh! Mak kau!"
       Nurani yang berpaling tubuh hampir-hampir terandah kebelakang ketika wajahnya ingin melekap ke dada Khalish.
        Mujur tangan tegap Khalish menyambut pinggang Nurani, Kalau tak memang Nurani dah jatuh ke lantai.

"Bila masa awak ada kat belakang saya?!"
         Tubuh Nurani didirikan tegap seraya menjauhi dari lengan Khalish yang masih dipinggangnya.
 
     Awal nya author buat scene romance..
     Tapi takpe kan? Dah halal..

"Awak tak jawab lagi soalan saya.. Kalau saya tidur kat luar.. awak tak rasa sejuk ke?"
          Khalish merapati kembali tubuhnya, perlahan juga Nurani melangkah kebelakang. Sengaja.

"Awak jangan nak dekat. Kalau tak saya jerit."
          Ugut Nurani sambil bibir dikemam dalam. Belakangnya sudah merapat dinding. Tiada arah lagi untuk lari ketika tubuh sudah dikepung badan besar Khalish.

         Bibir merah Khalish melorek senyum, kepalanya ditundukan sedikit menyamai ketinggian wanita itu.

"Awak jerit lah kalau awak rasa nak dapatkan perhatian dari sedara mara kita, Awak ingat diorang akan selamatkan awak? Awak dah jadi isteri saya. Awak hak saya sepenuhnya Nur.."
          Bait Khalish makin halus berbisik namun kasar menampar helaian rambut Nurani yang masih basah.

"A.. awak jangan buat macam-macam.. saya akan lawan awak. Saya takkan serah diri saya seperti dulu.."
         Tergagap-gagap Nurani menyembur kata, namun kepalanya masih ditundukan.

"Nurani..."
 
      Nurani masih tunduk.. tak berani nak angkat wajah..

"Nur.. saya mintak maaf"

       Suara garau Khalish terus menampar ubun-ubun Nurani. Pandangangnya masih tunduk.

Cupp..
Perlahan bibir Khalish dirapatkan pada tengah kepala isterinya sebelum tubuh diundur setapak.
"Lap rambut awak tu kering-kering. Tak elok tidur dengan rambut yang basah."

       Nurani mengangkat mukanya.
Khalish sudah menghampiri birai katil dipandang Perlahan jemarinya mengurut kepala, ciuman dari lelaki itu masih terasa hangat.

"Saya tidur kat sini malam ni,banyak sedara mara kita kat luar, tak elok kalau diorang perasan. Esok awak ikut balik rumah saya."
          
          Hah?! Pindah rumah mamat ni?!
"Amboi.. sedapnya awak mengarah.. Nak buat apa saya ikut awak balik rumah awak?"
        Nurani bercekak pinggang menghampiri birai katil. Terlupa aksi romantika sebentar tadi.

(Completed) JUST ONE NIGHT (Short story) Where stories live. Discover now