9

41.2K 814 209
                                    

DR KHALISH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DR KHALISH

NURANI HAILA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NURANI HAILA

"Umi tak sangka Khalish buat perkara macam ni, Dari kecik Umi dan abah bagi agama yang cukup pada Khalish,sanggup Khalish buat perkara terkutuk ni hah?! Khalish sedar tak apa yang Khalish lakukan adalah dosa paling besar?!"

Khalish hanya tunduk ketika Uminya berceramah.
Semua yang ada di ruang tamu itu pun hanya mendiamkan diri.

Pulang dari hospital, Khalish dan Nurani serta keluarga dari kedua-dua pihak bertemu di rumah 2 tingkat milik Khalish. Semuanya mahu berbincang tentang apa yang mereka ketahui pagi tadi.

"Kenapa Khalish sanggup buat kerja terkutuk ni pada anak mak? Apa salah Nurani pada Khalish?"
Kini Sharipah pula bersuara, mata yang memandang Khalish tadi beralih kepada anaknya pula.
"Kau pun Nurani, dah tahu Khalish ni yang merogol kau, kenapa kau tak cakap dengan mak? Kenapa terima pinangan Khalish?"

"Mak.. Nurani tak salah, semua ni salah saya. Saya yang hancurkan hidup Nurani."
Khalish cuba memujuk, walau apa pun berlaku dia tak mahu berpisah dengan Nurani.

"Pada mak, dua-dua salah.Dua- dua cuba nak tutup perkara macam ni. Yang jadi mangsanya Darish, faham tak? Nasib Darish lelaki, kalau dia perempuan macam mana kehidupan dia bila besar nanti?"
Marah Sharipah masih tinggi. Sikit pun dia tak mahu bagi peluang pada Khalish dan Nurani.
2 tahun perkara ni dirahsiakan, Kalau isteri Farid tak bagi tahu. Sampai kesudah mereka semua tak tahu.

"So sekarang apa yang perlu kita buat pada budak-budak ni? Saya ikut je kata semua. Sebab saya sendiri menyesal dengan apa yang Khalish lakukan pada Nurani."
Kini ayah Khalish pula bersuara, dia pun takkan berkompromi dengan perkara macam ni.

"Saya nak Khalish ceraikan anak saya."

"Mak!"
Laju Nurani menjawab ketika mendengar arahan ibunya.

"Pah.. sabar dulu, kita bincang elok-elok. Tak baik kita sengaja meruntuhkan rumah tangga diorang ni."
Pujuk ayah Nurani pula.

"Bincang apa lagi bang.. dah terang-terang Khalish kahwin dengan Nurani sebab tanggungjawab pada Darish. Saya taknak Nurani terseksa lagi macam perkahwinannya dengan Farid dulu."

(Completed) JUST ONE NIGHT (Short story) Where stories live. Discover now