3

43.6K 661 27
                                    

"Mak... berapa kali Nur cakap yang Nur taknak la dengan Hafiz tu."
         Nurani mengomel seraya tangannya masih mengenjut buaian anaknya.

"Nur.. Hafiz tu baik, hormat orang tua. Agama pun cukup, Mak bapak dia, kita kenal. Lagipun dia boleh terima apa yang berlaku pada Nur. Untung Nur dapat lelaki macam tu."
          Sharipah menjawab pantas. Dia harus terus memujuk anaknya untuk bersama Hafiz.

"Nur baru je nak mula kan hidup baru, bagi Nur masa Mak. Lagipun Nur takde perasaan pada Hafiz."
           Tujah Nurani lagi. Bukan setakat takde perasaan dengan Hafiz tu. Kalau diikutkan memang Nurani tak mahu tengok jantan.
            Baik konon. Huh!
Kalau mak nak tahu, si Hafiz tu salah seorang group manusia bertopeng syaitan.
           Bukan Nurani tak tahu apa Hafiz buat kat belakang orang tua dia. Depan-depan, pijak semut pun tak mati. Belakang... Syaitanirojim pun takut kat dia!

"Perasaan tu boleh datang lepas kahwin, Kau kahwin dengan Farid sebab cinta jugak. Last last korang bercerai. Alasannya kau ada hubungan dengan jantan lain, Sampai anak sendiri pun taknak mengaku."

         Nurani hanya mampu menelan liurnya. Nak jawab lebih takut melarat pertanyaan ibunyan nanti. Akhirnya lidah dibekukan didalam mulut.

"Mak nak kau bersama dengan Hafiz. Pilihan orang tua ni takkan silap Nur, kau akan bahagia dengan dia. Percayalah."
          Nasihat Sharipah makin terang. Nurani dah mula cebir bibir. Kata-kata ibunya langsung dibiarkan tanpa jawapan.
          Percaya lah sangat... mak ingat ni lagu siti nurhaliza ke? Huh!

          Darish yang sudah lena didalam buaian ditinggalkan. Dia menuju ke bilik jahitan, disana dia akan melakukan kerja untuk menyiapkan tempahan pelanggan.
           Ini lah kehidupan Nurani, 2 tahun dia cuba bangkit dari masa silam yang gelap. Hanya dia yang tahu bertapa keadaan itu amat sukar dan menjadi mimpi buruknya hingga kini.
           2 jam dia menghadap jarum mesin yang bergerak menjahit tempahan, Nurani akhirnya menghela nafas, belakang disandar ke kerusi sebelum tulang temulangnya dilonggarkan sedikit.
           Penat tu memang la penat, tapi demi sesuap nasi dia harus kuat kan hati.
          Kepala digerak lagi kekiri dan kanan sebelum wajahnya mati ketika menoleh keluar tingkap besar kedainya.
          Sebuah Hyundai Santa Fe yang melintang di parkir seberang jalan menjadi tontonan matanya.
         Seingatnya sejak seminggu ni Hyundai berwarna silver itu sering dia nampak. Malahan pernah sekali ianya terparkir berdekatan perumahannya.
          Tak pernah pulak dia mempunyai rakan yang memakai kereta semewah itu. Atau.. mungkin perasaannya je..

*****
            Khalish menyerabutkan rambut hadapannya. Hampir sebulan dia mencari Nurani, 2 minggu lepas dia temui wanita itu.
            Puas dipujuknya Viviana supaya perempuan tu dapat memberi alamat Nurani. Tapi banyak pulak cekadak Viviana, sempat lagi dia mintak Khalish bagi dia peluang untuk tinggal serumah dengannya jika mahukan alamat Nurani.
         Giler ke apa?!
         Ingat ni drama orang putih, suka-suka hati je lelaki dan perempuan tinggal bersama tanpa ikatan? Huh!
         Akibatnya, Khalish terpaksa berulang ke unit rekod hospitalnya semata-mata ingin mencari maklumat berkenaan Nurani. Nasib wanita itu tidak berpindah kemana-mana, rumahnya masih sama di fail rekod sewaktu wanita itu masuk ke wad.
         Seminggu dia mengekori Nurani dan sedar wanita itu mempunyai sebuah kedai jahit yang kecil di bandar.
          Setiap kali habis shift Khalish pasti akan ke kedai itu untuk melihat Nurani.
         Dalam seminggu ni pun dia melihat Nurani sentiasa membawa anaknya yang pernah diazankan oleh Khalish dua tahun yang lepas. Anak itu sentiasa berada disisi Nurani.
          Cuma kadang-kala bila Nurani keluar dengan seorang lelaki, anak itu akan ditinggalkan dikedai bersama ibunya.
          Siapa lelaki tu?
Ah! Ini lah yang membuatkan Khalish serabut. Lelaki itu punya wajah yang tampan dan lengkap segalanya. Tak mungkin dia suami Nurani. Kerana melalui risikan Khalish, lelaki itu tak pernah masuk kerumah Nurani.

(Completed) JUST ONE NIGHT (Short story) Where stories live. Discover now