2

52.1K 663 41
                                    

2 tahun berlalu...

"Arrghh! Panasnya!"
            Khalish yang terlena, membuka mata tiba-tiba ketika hujung kakinya terasa bahang.
          Cahaya berkelip-kelip dari hujung katil membuatkan kedua kornea Khalish membesar.
          Makin lama cahaya itu makin membesar dan kehangatannya semakin tinggi.

"A..Api!!!"
       Khalish pasti biliknya sedang terbakar, Segera tubuh didudukan.
      Api semakin marak dan menjalar membakar hujung katil.

"Arrghh!"
         Tubuh Khalish cuba bangun untuk melarikan diri, namun kedua tangannya terasa terikat. Pantas anak mata menoleh kekiri dan kekanan.
Ye! Kedua tangannya digari kemas pada kedua bucu katil.
          Khalish cuba menarik lengannya. Namun rantaian besi itu makin kuat mencengkam tangannya.
          Tubuh terus meronta-ronta ketika mata melihat api yang sudah menjalar ke atas katil, Kaki Khalish menguis-nguis cadar mengharap api itu menjauhi tubuhnya.
         Jantung terus mengepam laju, lengan masih ditarik untuk dilepaskan sementara pehanya dirapat kebadan sementa api semakin marak untuk membakar seluruh katilnya.
         
"Tolong!!!"
          Jeritan Khalish bagaikan terbenam dalam api yang  marak.

Bang!
Tidak semena, pintu dibuka..
               Seorang wanita masuk dengan senyuman.. Wajah nya langsung tidak dimamah api walaupun sekeliling bilik sudah terbakar.

"Tolong..."
        Khalish merayu lagi.. Dan wanita itu terus senyum..

"Tolong... Arrghh! Tolong..."
           Api terus marak hingga pandangan Khalish ditutupi cahaya yang terang dan membahang panas!

"Tolong!!!"
          Pekikan kuat menyebabkan Khalish tersedar dengan suaranya sendiri. Mata dibuka laju. Seluruh ruang dipandang.
         Masih sama seperti semalam, sunyi dan sepi. Tanpa api.
         Khalish sudah merasakan tubuhnya basah dengan peluh, Walhah penghawa dingin di diruang tamu masih terbuka.
          Sedar lah dia hanya bermimpi, dan mimpi itu berterusan sejak 3 tahun yang lalu.

           Wajah petak diraup sekali, selepas Khalish mendudukan diri diatas sofa. Jam di dinding dilirik.
          6.30 petang.
Ya Allah! aku masih tak solat asar!
          Laju tubuh bingkas bangun dan menuju ke biliknya.

           Hari ini agak lewat dia pulang dari hospital. Kebetulan  Khalish mengantikan rakannya yang tiba-tiba bercuti sakit.
           Nak taknak kerja yang bertimbun disiapkan sehingga habis.

           Seusai membersihkan diri, solat didirikan penuh tertib dan kusyuk. Selesai solat, Khalish bangun semula mendirikan sunat taubat.
           Bergitu lah yang dia lakukan sejak 3 tahun ini, Namun tak pernah sehari pun dia rasakan dosanya terbuang. Seolah-olah apa yang dilakukan melekat kuat ditubuh tanpa mahu tertanggal.
            Sesudah solat, zikir dilagukan lama sebelum diakhir dengan doa. Moga-moga pintu keampunan masih terbuka untuk dia.

Beep! Beep!
           Getaran telefon bimbit di meja solek menghentikan tingkah Khalish yang sedang menyidai sejadah.
           Perlahan telefon dicapai, nama yang tertera di skrin dipandang sebentar sebelum panggilan dijawab.

"Hai dear.. how are you?"

"Assalamualaikum..."
            Sindir Khalish laju. Menyebabkan wanita di hujung talian merengus kecil.

"Waalaikumusalam... you sihat? Free tak? Teman i makan malam ni."

             Wah macam peluru sesat, suka-suka hati je ajak aku keluar.
"Husband you mana? Ikut sekali ke?"
               Sengaja Khalish bertanya.

(Completed) JUST ONE NIGHT (Short story) Where stories live. Discover now