4

38.2K 691 46
                                    

Khalish masih menunggu di dalam kereta. Tadi dia mengekori Nurani hingga wanita itu tiba sebuah pasaraya.
Ini peluang nya untuk mendekati Nurani. Dari kedai jahitan, Khalish perasan Nurani memandu keseorangan. Jika tidak sebelum ini, wanita itu akan sentiasa bersama ibu serta anaknya.
Seminggu selepas pertemuan seketika mereka berdua, Khalish masih tak puas hati.
Nurani menjadi misi 'Stalker' nya lagi.

Hampir setengah jam menunggu, mata Khalish melihat kelibat Nurani yang menjimbit dua beg plastik dan berlenggang menuju ke kereta yang terpakir jauh sedikit dari kenderaan Khalish.
Segera dia keluar dari keretanya dan berjalan laju ke arah Nurani.
Seperti sangkaan, Nurani agak terkejut. Mujur wanita itu tidak melatah ketika namanya dipanggil.

Pandangan Nurani terus kaku ketika matanya tepat mengenai wajah Khalish.

"Nurani.."

Suara garau Khalish memecah lamunan Nurani, sehingga dia tersedar kembali. Laju dia meletakan barang yang baru dibeli kedalam kereta, sebelum turut meloboskan diri.
Dan ketika pintu mahu ditutup. Kendengaran pintu dibahagian penumpang dibuka dan kelihatan Khalish melabuhkan punggung bersebelahan Nurani.

"Nurani please... listen to me.."
Lembut suara Khalish, masih memujuk.

"Awak buat apa dalam kereta saya! Baik awak keluar sebelum saya jerit!"
Jantung Nurani meluru laju untuk berdetak, kenangan 3 tahun dulu menerpa tiba-tiba.

"Nurani.. saya tahu saya salah, bagi peluang saya untuk terangkan pada awak."

"Terang kan apa?!"
Sekali lagi Nurani menjerkah, tubuh langsingnya dikeluarkan dari kereta.
Khalish turut menapak keluar.

"Nurani.. saya datang nak bincang elok-elok dengan awak, kalau awak terjerit-jerit macam ni. Apa kata orang keliling."

"Biar orang keliling tahu, antara kita berdua. takde apa nak dibincangkan lagi. Full stop! Saya tak kenal awak dan saya pun taknak kenal awak."
Nurani terus menjerit menyebabkan seorang pekerja pasaraya yang kebetulan ada disitu menghampiri mereka berdua.

"Ada apa-apa masalah ke?"
Tanya pekerja itu. Raupnya dikerut garang.

"Maaf encik, Nurani ni isteri saya. Biasalah gaduh-gaduh sikit. Maaf ye."

Hah?!
Nurani membulat mulut,
Isteri?!
Apa kebenda jantan ni merepek. Mata Khalish terus direnung tajam.

"Sayang.. sudah lah.. jangan marah lagi ye."

Sayang pulak...?!
Ada aku ketuk mamat ni kang!
Makin bermangkuk amarah Nurani, namun entah kenapa lidah membeku untuk bersuara.

Mendengar pujukan Khalish, pekerja tadi berlalu pergi.

"Awak giler ke apa?!"
Seru Nurani ketika pekerja tadi sudah jauh melangkah meninggalkan mereka.

Ye! aku giler! aku giler kan kau Nurani!
"Saya mintak maaf, please dengar dulu penjelasan saya."
Khalish merayu lagi.

"Sekali lagi saya cakap dengan awak, antara kita takde apa-apa yang perlu dibincangkan."

"Darish.."

Nurani teguk liurnya sejenak ketika nama anak lelakinya disebut.

"Mohd Iman Darish.."
Kali ni Khalish memanggil nama penuh.

"Awak nak buat apa dengan anak saya?!"
Nurani taknak mengalah.

"Dia anak saya jugakan?."

(Completed) JUST ONE NIGHT (Short story) Where stories live. Discover now