"Saya suka awak"
Inilah tiga perkataan yang telah lama dinanti-nantikan oleh Taeyeon. Ayat ini telah dituturkan oleh seorang jejaka tinggi lampai dan mempunyai susuk tubuh yang memjadi idaman Taeyeon. Wajah lelaki itu agak kabur dan perlahan-lahan menjadi semakin jelas. Sebaik sahaja wajah mulai kelihatan jelas, Taeyeon telah terjaga daripada tidurnya yang lena.
"Apa ni!", sesal Taeyeon kerana tidak sempat melihat wajah lelaki itu.
Taeyeon segera bangkit dari katilnya dan bergegas bersiap untuk ke sekolah.
.........
Pada pagi itu, kelas 6Elit dimulakan dengan subjek sains.
"Baiklah, hari ini kamu akan duduk bersama teman makmal masing-masing. Saya dah susun. Sebarang bantahan tidak akan dilayan" kata Encik Lee Soo Ro, seorang guru sains yang terkenal dengan sikap bengisnya.
"Jessica dan Kimbum, Stephanie dan Nichkhun, Sungyu dan Young Saeng..." Taeyeon semakin teruja untuk mengetahui siapakah pasangan makmalnya.
"Taeyeon dan Junsu" nama Junsu si penyangak dinobatkan sebagai pasangannya. Keputusan ini menyebabkan Taeyeon berasa hampa kerana terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupannya di sekolah rendah bersama seorang pembuli.
.........
"Hoi! Pendek, kau buat apa tu?" jerit Junsu kepada rakan makmalnya yang berada di sebelahnya.
Taeyeon yang terkenal sebagai gadis pendiam berasa berang terhadap Junsu. Lantas, dia hanya membisu cuba mengabaikan kehadiran Junsu di situ.