Sesi persekolahan yang baru di Jeonju High School. tahun ketiga Taeyeon bergelar penuntut di Jeonju High School dan tahun ketiga Taeyeon mengenali Ko Namsun. Sebenarnya dia sudah tidak terlalu memikirkan Namsun. Pada tahun ini, Taeyeon dapat merasakan bahawa sesuatu bakal terjadi. Tetapi dia tidak pasti apakah yang perkara itu.
Hari pertama persekolahan, Taeyeon sedang berjalan ke kelas barunya. Pada tahun ini kelas Namsun tidak lagi berada di sebelah kelasnya. Pada ketika ini Taeyeon tidak sedikit pun terganggu dengan perkara ini.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Taeyeon dan Jessica menjadi rakan semeja ataupun "tablemate". Taeyeon ada terserempak dengan Namsun sebentar tadi tetapi seperti biasa, tiada apa-apa yang terjadi.
************
Hari ini, Taeyeon dan semua pelajar di kelasnya akan dibahagikan secara berpasang-pasangan untuk menyiapkan sebuah projek untuk kelas seni lukisan. Nama Taeyeon diumumkan sebagai pasangan Woobin yang pernah menjadi ketua kelasnya dan sahabat karib Namsun.
Hubungan antara Taeyeon dan Woobin agak baik walaupun mereka kurang berkomunikasi. Oleh itu, bekerja untuk projek ini selama seminggu bersama Woobin tidaklah begitu sukar. Hari pertama bekerja bersama berjalan dengan lancar.
"Apa na yang sesuai untuk kumpulan kita?" Taeyeon memulakan perbincangan.
"Tak tahulah. Fikirlah sendiri" jawab Woobin selamba.
"Nanti kalau saya yang pilih, awak tak setuju" Taeyeon cuba bersabar melayan kerenah Woobin yang agak keras kepala.
"Kalau begitulah, kita berbincang. Okay?" Woobin cuba mengemukakan usul. Mereka berdua terdiam untuk tempoh yang agak lama. Sehinggalah Taeyeon memulakan bicaranya untuk memecahkan kesepian antara mereka berdua.
"Baiklah. Tema berdasarkan alam sekitar. Apa yang patut kita buat?"
"Go Green?" cadang Woobin.
"Cliche sangat. Lainlah"
"Hati Hijau"
"Pulak" kata Taeyeon sambil ketawa kecilnya tergetus. Taeyeon agak mengagumi Woobin, walaupun dia seorang yang kacak dan digilai ramai, dia mempunyai satu sikap yang wajar dicontohi iaitu disiplin. Woobin cukup tegas terutama terutama apabila melibatkan masa. Dia pernah memutuskan hubungan dengan teman wanitanya hanya kerana gadis itu lewat selama 10 minit untuk bertemu janji padahal mereka telah bersama sejak dari sekolah rendah lagi.
Sedar tidak sedar waktu kelas seni sudah tamat. Perbincangan kumpulan Taeyeon dan Woobin langsung tidak membuahkan apa-apa hasil.
"Alamak. Timeout"-Woobin
"Macam mana nak siapkan projek kita?"-Taeyeon
"Kita stayback esok? Buat kat kelas. Kalau tak, aku pergi rumahkau" -Woobin
"Rumah Taeyeon!!" Taeyeon tersenyum gembira. Dia amat gembira kerana diberi pilihan oleh Woobin untuk membuat keputusan. Tambahan pula dia memang malas hendak melangkah keluar dari rumah kecuali untuk ke sekolah.
"Okay, esok lepas kelas kat kelas" Woobin memutuskan dengan bangganya.
"Apakah ini Woobin!! Apakah" Taeyeon berasa tidak berpuas hati dengan tindakan Woobin memilih sesuatu yang bertentangan dengan cadangan Taeyeon. Namun, dia terpaksa akur demi menjaga kepentingannya dan demi memastikan projek ini siap.
************
Keesokannya, Taeyeon dan Woobin berdua-duaan di dalam kelas untuk berbincang.
"Okay, nama kumpulan kita macamana?" Taeyeon seperti biasa akan memulakan perbincangan.
"Kumpulan Hati Hijau"-Woobin
"Macam peliklah nama tuh"-Taeyeon
"Habis tu? Go Green berbunyi cliche pulak"-Woobin
"Kalau macam tu. Emmm. Green heart? Okey tak?"-Taeyeon
"Boleh jugak"-Woobin
"Projek kita pasal apa?"-Taeyeon
"Pasal hati dan perasaan, kecintaan dan kedukaan berkaitan pencemaran alam"-Woobin
"Agak pelik tapi not bad"-Taeyeon
*menguis matanya*
"Kenapa pakai cermin mata besar sangat?"-Woobin
"Kenapa? Peraturan sekolah tak ada pula menyatakan bahawa dilaramg memakai cermin mata besar"-Taeyeon mula meninggikan suaranya.
"Kau cantik tanpa cermin mata. Masa kau jadi Puteri Salju. Terkejut aku tengok. Macam tak percaya itulah classmate aku"-Woobin
"Amboi. Terpikat ke?"-Taeyeon *nada bergurau*
"Habis tu. Namsun nak buang kat mana?"
Namsun~ macam mana Woobin boleh tahu?
"Apa kaitan dengan Namsun pula?" -Taeyeon
"Eleh. Macam aku tak tahu kau suka dia"-Woobin
"Mana ada!! Pandai-pandai" -Taeyeon
"Eleh. Muka dah merah nak nafi buat apa lagi. Nakal betul" -Woobin
Ish Woobin ni. Kenapa boleh timbul isu ni pulak.
"Macam mana kau boleh kata macam tu? Ada bukti?" -Taeyeon
"Aku dengar Jessica cakap kat Namsun kat pokok belakang bangunan. Terkejut?" -Woobin
"Habis tu? Kau ada cakap pasal ni dengan dia?" -Taeyeon
"Tak, aku tak bagitahu sesiapa pun pasal tu. Aku tak pernah bincang pasal kau setiap kali dengan Namsun. Setiap kali aku tersebut nama 'Taeyeon', muka dia jadi merah. Aku rasa dia pun suka kau" -Woobin
"Mengarutlah. Macamlah boleh percaya apa kaucakap tu. Setahu aku, Woobin the dustbin adalah penipu besar" -Taeyeon *menahan malu*
"Suka hatilah" -Woobin "Dah lewat ni. Jom aku hantar kau balik. Bahaya perempuan jalan kaki sorang-sorang waktu senja begini"
***********
Woobin menemani Taeyeon berjalan pulang ke rumah. Kebetulan kediaman keluarga Woobin baru sahaja berpindah di kejiranan Taeyeon. Woobin turut menawarkan dirinya untuk membawa beg Taeyeon. Kononnya supaya kelihatan gentleman. Dalam perjalanan, mereka berdua terserempak dengan Namsun ditengah jalan. Taeyeon agak terkejut. Dia terpaku seketika.
"Hey Namsun!" -Woobin
Namsun hanya tersenyum kecil dan pergi.
"Dia cemburu agaknya" -Woobin
Taeyeon lantas menyiku Woobin. Dia geram dengan tindakan Woobin yang terus-menerus mengusiknya. Woobin terus mengusik Taeyeon sehinggalah sampai ke rumah Taeyeon. Woobin kemudiamnya meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya sendirian.
Di rumah, Taeyeon tidak berhenti memikirkan perbualannya dengan Woobin sebentar tadi. Dia tersenyum sendirian dan asyik terbayang-bayang wajah Namsun. Perasaannya terhadap Namsun kembali berputik malah semakin menjadi-jadi.