Kelas Ranking

192 5 3
                                    

Akhirnya seminggu telah berlalu. Kerjasama antara Taeyeon dan Woobin telah berakhir tetapi ini tidak bermakna persahabatan mereka berakhir begitu sahaja. Persahabatan mereka berdua bertambah akrab selepas peristiwa Woobin mengusik Taeyeon menggunakan nama Namsun.

**************

Sempena ujian akhir yang bakal berlangsung dalam masa beberapa bulan, sebuah aktiviti bakal diadakan. Aktiviti tersebut ialah kelas ranking. Semua pelajar akan disusun di kelas yang berbeza mengikut kedudukan dalam tingkatan tanpa mengambil kira faktor subjek yang berbeza. Kelas ini hanya akan dijalankan selama dua minggu sahaja. Senarai kelas ranking telah pun diedarkan. Taeyeon masih belum sempat melihat kelasnya.

"Taeyeon! Kita sekelas" kata Jessica bersorak kegembiraan.

"Yeayyy!!!" Taeyeon turut berasa gembira setelah mengetahui bahawa dia dan Jess takkan terpisah selama dua minggu.

"Cuba tengok senarai nama kelas kita, tengok nama awk dan kat atas awak" tambah Jessica.

"Ko Namsun!!" Taeyeon kaget mengetahui bahawa dia dan Namsun berkesempatan untuk belajar bersama-sama dalam satu kelas untuk dua minggu.. Hanya dua minggu sahaja. Tapi itu cukup bermakna untuk seorang gadis yang baru belajar untuk mendalami rasa cinta terhadap seorang jejaka yang berjaya mencuri hatinya pada pertemuan pertama.

Maka, besok bermulalah kelas ranking untuk dua minggu. Seminggu selepas kelas ranking berakhir, sebuah lagi peperiksaan penting akan mereka hadapi demi memilih haluan masing-masing untuk menjejakkan kaki ke menengah atas.

**************

Hari ini ialah hari yang amat mendebarkan buat Taeyeon. Taeyeon bangun pagi dengan penuh rasa semangat. Tidak pernah dia berasa bersemangat seperti ini. Setibanya di depan kelas, langkah Taeyeon tiba-tiba berat. Hatinya terasa bagai nak luruh. Mungkin inilah yang dikatakan penangan cinta. Walau bagaimanapun, dia memberanikan diri melangkah ke kelas. Sebaik sahaja dia melangkah memasuki kelas, dia melihat sekeliling namun "ubat"nya tiada di situ. Hatinya agak hampa tapi dia cuba tersenyum menyapa kawan-kawannya.

Sementara Taeyeon sedang rancak berborak bersama kawan-kawannya, pintu kelas dibuka perlahan. Mata Taeyeon tak berkelip memandang "ubat"nya melangkah masuk dan meletakkan begnya di atas meja.

"alahai, tak berkelip mata memandang buah hati" Jessica mengusik sahabatnya yang tidak berhenti memandang Namsun tercinta.

"Hesh. Mana ada" Taeyeon cuba menafikan kata-kata Jessica.

Jessica langsung tidak mempedulikan penafian Taeyeon itu kerana dia sudah maklum dengan perangai kawan baiknya itu.

Maka, hari itu berjalan seperti hari pembelajaran yang biasa untuk semua pelajar kecuali seorang. Pelajar itu tidak lain dan tidak bukan Taeyeon. Mana mungkin hari itu sama seperti hari-hari lain. Hari lain dia tidak sekelas dengan Namsun, tapi hari ini dia boleh memandang Namsun sepanjang hari.

*************

Pengalaman sekelas dengan Namsun adalah pengalaman terbaik bagi Taeyeon tapi tidak juga. Kerana...kerana... Yoona juga berada dalam kelas yang sama. Dia berasa tidak tenteram berada dalam kelas itu kerana Yoona dan Namsun asyik berbual. Bukan itu sahaja, malah setiap tugas yang diberikan secara berpasangan, Yoona dan Namsun sentiasa bersama. Taeyeon dapat merasakan sesuatu berlaku antara mereka. Dia harus menyelidiki perkara ini hingga ke akar umbi dan dia tahu satu sumber untuk mendapatkan maklumat itu.

**************

Dalam perjalanan pulang ke sekolah Taeyeon bergegas seperti sedang mengejar sesuatu. Sebenarnya dia memang sedang mengejar sesuatu. Dia sedang mengejar matlamat hidupnya. Dia sedang mengejar sumber. Dia sedang mengejar sumber maklumat. Sumber maklumat mengenai Yoona dan Namsun. Sumber itu ialah Sunny. Sahabat kecil moleknya. Hashtag-queen-of-aegyo.

"Sungyu-ya!" Taeyeon memanggil Sunny dengan semputnya kerana terlalu jauh berlari.

"Apa Taeng?" Sunny tertanya-tanya kenapa Taeyeon memanggilnya.

"Jom singgah kafe jap. Kita borak" Taeyeon mengajak Sunny ke sebuah kafe berdekatan untuk berborak-borak.

**********

Di kafe...

Taeyeon dan Sunny berborak borak kosong sebelum Taeyeon mengajulan soalan yang sebenar untuk memecahkan cengkerang curiga dalam benak fikirannya. Tidak berapa lama kemudian seorang pelayan wanita menghulurkan segelas ais Americano yang dipesan oleh Sunny dan segelas Grapefruit Mojito yang dipesan oleh Taeyeon.

"Sebenarnya Sungyu, saya nak tanya... sesuatu ni..." Taeyeon teragak-agak untuk bertanya.

"YoonA tu ada hubungan ke dengan Namsun?" sambung Taeyeon.

"Ohh, jangan risaulah, diorang cuma kawan. Mesti awak tanya ni sebab masa kelas ranking mereka asyik berbual berdua betul tak tekaan saya? Namsunkan jenis tak pandai bergaul jadi dia berborak dengan YoonA memandangkan kawan-kawan dia yang lain semuanya kelas lain-lain" Sunny menjawab pertanyaan Taeyeon berserta penjelasan jelas untuk mengelak daripada terus menerus disoal siasat oleh Detektif Taeng Holmes.

Lantas Taeyeon menghembua nafas lega. Mereka terus pupang ke rumah sebaik sahaja minuman mereka habis diminum.

**********

Dua minggu kelas ranking berlalu begitu sahaja tanpa sempat Taeyeon mendekati Namsun. Taeyeon kesal kerana dia gagal berkenalan dengan Namsun. Tiga tahun menaruh hati terhadap Namsun namun tidak sekalipun dia pernah berborak panjang dengan Namsun. Boleh dikatakan dia tidak ingat bagaimana suara Namsun.

Sedar atau tidak, peperiksaan terakhir sebelum menjejaki alam sekolah tinggi sudah tiba. Selama seminggu pelajar-pelajar yang sebaya dengan Taeyeon akan menduduki peperiksaan tersebut. Selepas seminggu mereka tidak akan bertemu lagi di sekolah sehinggalah hari keputusan keluar. Dengan kata lain, selama empat bulan Taeyeon tidak akan bertemu Namsun. Namun, Taeyeon tidak bersedih kerana dia bukanlah jenis orang yang terlalu mendambakan cinta sang kekasih sehingga lupa akan cinta lain disekelilingnya. Tanpa cinta dari seorang kekasih, Taeyeon masih akan menerima cinta daripada keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

**************

Empat bulan berlalu, hari ini keputusan peperiksaan telah keluar. Taeyeon berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kawan-kawan Taeyeon yang lain juga turut memperoleh kejayaan dalam ujian itu. Begitu juga YoonA, Woobin dan Namsun. Kejayaan mereka memberikan satu kemungkinan kepda Taeyeon, iaitu kemungkinan bahawa dia dan Namsun akan masuk ke sekolah tinggi yang sama pada tahun hadapan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Epilog Cinta RemajaWhere stories live. Discover now