Peperiksaan telah berakhir. Begitu juga zaman persekolahan sebagai pelajar sekolah rendah. Perkara ini menjurus kepada perpisahan antara Junsu dan Taeyeon. Keputusan peperiksaan juga telah keluar.
"Tahniah Taeyeon" ujar Junsu ikhlas. Sekarang, hubungan mereka sudah pulih.
"Tahniah untuk kamu juga" Taeyeon dan Junsu masing-masing telahpun melakar kecemerlangan dalam peperiksaan.
"Lepas ni study kat mana Junsu?"
"Kat Kirin Art High School.. Kau?"
"Wow, bakal celebrity. Kat Jeonju High School jer"
"Goodluck"
Junsu bangun dan perlahan-lahan melangkah keluar daripada kawasan sekolah. Seorang gadis cantik menyapa Junsu dan memeluknya. Barangkali teman wanita barunya.
Taeyeon berasa sayu kerana dia tahu bahawa inilah kali terakhir dia melihat Junsu. Dia dan Junsu bakal melanjutkan pelajaran di sekolah yang berbeza. Adakah mereka akan bertemu semula?
*********
"Kenapa kuyu je? Anak mama okay ke?" ujar Puan Kim yang risau melihat anak gadisnya yang selalunya ceria tiba-tiba membisu.
"Risaulah nak masuk sekolah menengah ma"
"Apa yang nak dirisaukan. Semuanya akan okay. Anak mamakan baik, bijak dan comel?"
"Alah, mama sorang jer yang cakap saya cantik"
"Mestilah mama puji kamu. Dan mama akan selalu puji kamu. Seumur hidup mama akan dipenuhi dengan pujian untuk kamu. Bidadari kecil mama"
Taeyeon memeluk Puan Kim erat. Dia sememangnya begitu menyayangi ibunya itu.
"Taeyeon!!!" tiba-tiba suatu suara sumbang memecahkan suasana romantis antara ibu dan anak itu.
"Mama, saya lupalah. Hari ni saya dan Jessie nak keluar. Main salji. Nak main perang dengan kawan-kawan. Bye ma."
Satu kucupan singgah di dahi Puan Kim. Ikhlas daripada bidadari kecilmu yang semakin membesar.
"Ish, dah besar pun nak main perang-perang. Tak sedar diri betul anak aku sorang ni"
*********
Taeyeon dan kawan-kawannya begitu girang bermain salji. Mereka masing-masing berbalas lontaran. Tiba-tiba satu kereta hitam mewah melintasi kawasan itu. Itulah kereta Junsu.
"Be strong Tae" ujar rakan-rakannya. Mereka tahu bahawa amat sukar untuk Taeyeon menghadapi situasi ini. Taeyeon akan kehilangan cinta pertamanya yang semangnya tidak pernah dimiliki olehnya.
"Takde apalah, dia tuh bukannya ada apa-apa dengan saya. Setiap hari asyik cari gaduh dengan saya."
Meskipun dia cuba menceriakan diri sendiri, hatinya menangis sekuat hati.