Ubat

271 7 0
                                    

Sudah setahun setengah Tiffany meninggalkan Korea. Namun, hubungan Tiffany dan rakan-rakannya di Jeonju masih akrab seperti dulu. Sunny pula semakin jarang meluangkan waktu bersama Taeyeon dan Jessica. Dia semakin rapat dengan rakan-rakan sekelasnya. Banyak waktu lapangnya diluangkan bersama kawan-kawan baru dek kerana kekangan waktu. Jadual belajar kelas mereka tidak sama. Kelas Sunny merupakan kelas muzik manakal kelas yang lain pula kelas biasa sahaja.

Sejak kebelakangan ini, Taeyeon asyik terpandang Namsun namun bayangan Junsu tidak lekang dari minda Taeyeon. Oleh itu, dia tidak begitu memberi perhatian terhadap Namsun. Terdapat satu perasaan aneh yang dialami oleh Taeyeon setiap kali Namsun berada berdekatan. Imej Namsun dan Junsu sangat berbeza. Junsu merupakan seorang lelaki yang suka berceloteh manakala Namsun pula lebih gemar bersendiri. Menurut Sunny, Namsun jarang bersuara di dalam kelas.

*********

Pada petang ini, Taeyeon akan menghadiri perjumpaan Kelab Seni Lakonan. Pada awalnya dia tidak menggemari aktiviti persatuan ini. Sejak dia mendapati bahawa Namsun turut menyertai kelab yang sama, dia berasa seolah-olah terdapat satu angin semangat telah bertiup.

"Hai Taeyeon" inilah Yoona. Yoona merupakan rakan sekelas Namsun yang sangat cantik. Dia merupakan seorang yang berbakat. Dia sering dipilih sebagai pelakon utama untuk pementasan. Baru-baru ini dia telah terpilih sebagai Aurora dalam pementasan Puteri Beradu. Namsun pula dipertanggungjawab dengan bunyi latar dan kesan bunyi. Nasib Taeyeon pula hanyalah sebagai pelakon tambahan. Semasa pementasan Puteri Beradu yang lalu, dia terpaksa memegang watak sebagai salah satu pari-pari baik disebabkan oleh tubuhnya yang kecil. Pementasan itu hanya dipersembahkan kepada pengetua Lee Huiyeol dan sekumpulan pelajar dari Incheon yang hadir pada beberapa minggu yang lalu untuk melawat. Sekarang mereka akan berlatih untuk pementasan Kisah Puteri Salju.

"Maaf puan Jang, saya tak dapat turut serta untuk pementasan kali ini. Saya telah didaftarkan untuk turut serta dalam sebuah kem bina diri" ujar Yoona.

"Malangnya. Mungkin kita terpaksa tarik diri untuk pertandingan kali ini" Puan Jang Na Ra kelihatan cukup kecewa.

"Puan jangan risau. Ramai lagi yang berbakat untuk pegang watak Puteri Salju" Yoona tiba-tiba menarik tangan Taeyeon. "Taeyeon pun boleh gantikan tempat saya. Suara dia cukup lantang dan jelas pada pementasan yang lalu. Tambahan pula dia seorang yang kuat memori. Pasti dia mampu menghafal skrip sekelip mata sahaja."

"Baiklah kalau macam tu. Saya akan memberikan kamu peluang Si Kecil" Puan Jang menuding jarinya ke arah Taeyeon.

"Baiklah Puan Jang. saya akan cuba lakukan yang terbaik" Taeyeon sebenarnya tidak langsung berminat untuk memegang watak utama. Dia lebih gemar memegang watak sampingan kerana kurang menjadi tumpuan.

"Beres. Kalau macamtu, Yoona. Saya nak kamu melatih Taeyeon dan memperbaiki skill lakonannya."

"Saya menurut perintah Puan" Yoona membuat gaya ala-ala kadet yang akur terhadap arahan sarjannya.

"Dan. Tolong dia urus rambut. Bagitahu dia gaya ekor kuda tak sesuai dengan cermin mata dia" kenyataan daripada Puan Jang amatlah menusuk kalbu Taeyeon. Dia berasa bagai nak meletup di situ.

**********

Hari ini Taeyeon berasa bersemangat untuk menghadiri sesi latihan bersama Namsun. Setibanya di bilik latihan, alangkah hampanya tatkala dia melihat Namsun dan Yoona yang akrab sekali. Senyuman yang diukir oleh Namsun itu amat manis sekali. Sayangnya senyuman itu bukanlah miliknya.

"Taeyeon!" Yoona memanggil Taeyeon sambil membuat isyarat supaya Taeyeon mendekatinya.

"Rancaknya berbual. Apa yang dibualkan?" Taeyeon berusaha menguatkan dirinya untuk berpura-pura seolah dia tidak berasa terkesan dengan keakraban mereka berdua. Namsun pula sekadar berdiam diri dan meneliti gitarnya dengan khusyuk. Taeyeon berasa seolah-olah dirinya hanya mengganggu.

"Jom berlatih" Taeyeon berusaha menyusun kata untuk memecahkan situasi janggal itu.

Mereka berlatih dengan elok sekali. Bakat Taeyeon sebagai pelakon semakin terserlah. Seusai berlatih, Puan Jang Na Ra memanggil para pelakon dan semua yang terlibat untuk berkumpul. Tatkala itu, Yoona terpaksa beredar kerana ada urusan penting.

"Saya cukup kagum dengan hasil usaha kalian. Saya berbangga sekali. Memandangkan ini latihan terakhir kita sebelum pertandingan... Taeyeon, kamu dah sediakan kanta lekap?" ujar Puan Jang Na Ra

"Sudah puan" sebenarnya Taeyeon kurang senang dengan pertanyaan itu. Dia berasa rimas dengan kanta lekap dan lebih selesa memakai kaca mata.

"Baguslah kalau macam tu. Esok kita semua berehat. Pastikan kamu semua mendapat rehat yang cukup untuk pementasan termasuklah pelakon ganti kerana kita akan bertanding pada hari berikutnya. Okay, kamu semua boleh bersurai. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya saya" itulah ucapan ringkas Puan Jang Na Ra.

Semua orang segera bergerak meninggalkan pentas. Kaki Taeyeon tiba-tiba tersadung sesuatu. Dia hampir terjatuh ke bawah pentas. Mujurlah ada seseorang sempat memegang tangannya. Hah!!!! Namsun memegang Taeyeon. Dia telah menyelamatkan Taeyeon. Namsun menarik tangan Taeyeon dan segera melepaskannya. Dia segera beredar pergi tanpa Taeyeon sempat mengucapkan terima kasih. Jantung Taeyeon berdegup laju. Dia berasa terkejut dengan kemalangan itu. Tindakan Namsun yang telah menyelamatkannya telah menjadi penyumbang kepada pertambahan kelajuan degupan jantungnya.

**********

"Hai Sunny"

"Hai Tae. Mana Jessie?"

"Dia tak ada. Pergi kem dengan Yoona. Sunny, ada benda saya nak tanya awak"

"Nak tanya apa?"

"Pasal Namsun"

"Kenapa tiba-tiba ni. Rindu ke?"

"Bukanlah. Dia ada apa-apa dengan Yoona?"

"Tak ada apa pun. Diorang memang rapat. Kawan jer. Awk jangan risaulah dengan ubat awak tuh" Sunny menjawab dengan selamba. Jawapan Sunny membuatkan hati Taeyeon berasa resah. Sejak kebelakangan ini visual Junsu sudah tidak memghantui hidupnya.

Ubat... Namsun adalah ubatku. Dia telah menyelamatkanku. Fikiran Taeyeon berada di awang-awangan setiap kali terbayangkan kejadian itu.

"Buat yang terbaik Tae untuk esok. Hwaiting!" Sunny meniupkan kata-kata semangat ke dalam diri Taeyeon. Sunny dan Taeyeon terpaksa berpisah di situ. Mereka menghala ke arah kelas masing-masing.

Epilog Cinta RemajaWhere stories live. Discover now