Sudah lebih 9 bulan Taeyeon dan Junsu menjadi rakan makmal bagi matapelajaran sains. Peperiksaan akhir semakin hampir. Debaran makin terasa. Entah mengapa Taeyeon berasa sedih setiap kali dia memikirkan bahawa dia dan Junsu akan berpisah. Banyak kenangan bersama antara mereka berdua, kenangan manis dan pahit. Sebenarnya, kenangan pahit antara mereka lebih banyak.
"Amboi, jauh termenung. Ingat Junsu?" teguran daripada Jessica menamatkan lamunan Taeyeon.
"Tak ada maknanya nak teringatkan lelaki kasanova tu" muka Taeyeon berasa panas setiap kali nama Junsu disebut.
"Rindulah tu. Janganla risau, Junsu tak datang hari ni sebab dia demam. Esok datanglah dia. Lagipun matapelajaran sains tiada hari ini" sampuk Stephanie.
Mungkinkah Junsu turut merasai kerinduan yang dialami oleh Taeyeon? Tak mungkinlah, lagipun dia ada teman wanita keliling pinggang. Taeyeon juga tidak berminat untuk mempunyai sebarang perhubungan kerana beranggapan bahawa umurnya belum matang untuk perkara-perkara sebegini.
*********
"Hoi!! Ada gula-gula tak? Aku mengantuk ni"ujar Junsu.
"Kalau nak mintaklah elok-elok" Taeyeon membalas dengan nada acuh tak acuh.
"Eleh, kau ingat aku ni terdesak sangatkah nak mintak dengan engkau?"
"Ceh"....jauh di sudut hati Taeyeon yang paling dalam dia sememangnya ingin memberikan kesemua gula-gula tersebut kepada Junsu.
"Kau ni tak reti berlembut sikit dengan perempuan? Mentang-mentanglah dia bukan makwe engkau tak bermakna engkau tak perlu hormat dia" sampuk Wooyoung iaitu sahabat baik Junsu yang duduk di hadapan kumpulan Taeyeon dan Junsu.
"Kalau kau sayang sangat kat dia, kau lamarlah dia jadi kekasih engkau wahai Wooyoung tercinta"
"Uwekk!!! Tak inginlah aku bercinta dengan gadis gigi besi bermata empat macam ni"
"Habis yang engkau bela dia tadi apahal?"
"Aku bela bukan bermaksud aku suka"
Mereka terus berbicara tanpa menghiraukan perasaan Taeyeon yang cukup terluka dengan hatinya yang disiat-disiat mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Wooyoung yang kononnya pencinta wanita. Telinganya merah kerana terpaksa menadah setiap hinaan yang diluahkan oleh lelaki yang amat dibencinya dan juga merupakan cinta pertamanya.
Wooyoung lantas menyiku Junsu tatkala dia mula perasaan terhadap perubahan riak wajah Taeyeon. Dia segera memberi isyarat kepada Junsu bahawa dia ingin beredar.
"Aku minta maaf" Junsu turut segera beredar meninggalkan Taeyeon sendirian setelah melafazkan kata maafnya.
"Saya suka awak" ucap Taeyeon dalam nada berbisik apabila Junsu mula menjauh.