Sesi persekolahan bagi pelajar baru Jeonju High School bermula hari ini. Taeyeon berasa sungguh teruja untuk memulakan sesi persekolahan baru sekali gus memulakan sesi kehidupan sebagai seorang remaja. Minggu pertama sesi persekolahan merupakan minggu orientasi bagi pelajar-pelajar baru.
"Selamat datang pelajar tahun 1 Jeonju High School. Saya Lee Huiyeol ialah pengetua sekolah kamu. Saya harap kamu semua gembira belajar di sini dan berazam tidak ada niat sedikit pun untuk mencemarkan maruah sekolah ini."
Bla bla bla
Ucapan demi ucapan diberikan kepada para pelajar oleh hampir semua guru penting di sekolah ini. Taeyeon mula berasa bosan dengan situasi tersebut lantas dia mengambil kesempatan yang ada untuk melihat sekeliling.
Dia ternampak seorang lelaki yamg kelihatan begitu khusyuk mendengar ucapan para guru tanpa berasa jemu.
"Hihihi" entah apa yang kelakarnya sehingga tawa kecil terkeluar dari mulutnya itu. Barangkali lagak lelaki itu yang kelihatan 'nerd' kelakar baginya. Mata Taeyeon yang tadinya kuyu tiba-tiba menjadi segar kembali. Tetapi matanya mengalami satu masalah yang baru iaitu tidak dapat dialihkan daripada terus memerhatikan lelaki tadi.
..........
Hari kedua Minggu Orientasi...
"Hei Taeng, jom ke kantin. Awak belanja" Jessica mengajak Taeyeon ke kantin bersama-sama Stephanie yang lebih mesra dipanggil Tiffany, dan juga Sungyu atau Sunny. Dia memperoleh gelaran Sunny disebabkan oleh identiti dirinya yang sentiasa ceria.
"Kenapa saya yang kena belanja?" Taeyeon berasa tidak puas hati dengan Jessica yang merengek untuk dibelanja.
"Sebab, awak dah jumpa ubat"
"Ubat apa?"
"Ubat hati"
"Hati apa? Hati ayam?"
"Eleh, ingat kitorang tak tahu, ada seorang budak semalam kan.. Asik betul dia merenung mamat kat belakang tuh" sampuk Tiffany sambil menuding jari ke arah seorang lelaki dibelakangnya yang berada kira-kira 10 meter dari yempat duduk mereka.
Tiffany dan yang lain sememangnya dah lama menyedari pergerakan anak mata Taeyeon.
Pipi Taeyeon terasa panas begitu juga telinya. Dia berasa malu dan terhina. Dia tak adalah terhina sangat. Dia malu sebenarnya.
"Apa pulak ubatnya. Mamat tuh asyik betul membaca. Kalau ada gempa bumi pun dia tak akan sedar agaknya" kata Taeyeon. "Eh, laparlah. Jom ke kantin." Taeyeon menjeling ke arah Jessica yang sedang meminta simpati. "Okeylah saya belanja korang semua"
"Hooray!!" mereka bertiga serentak melafazkan kegembiraan apabila mendengar pengumuman makanan percuma.
..........
Hari ini merupakan hari terakhir minggu orientasi. Pada hari ini, semua pelajar tahun satu perlu mendaftarkan diri mereka untuk menyertai sebarang kelab ataupun persatuan.
Semua pelajar berpusu-pusu mendaftarkan diri mereka untuk menyertai persatuan kegemaran mereka. Dalam kesesakan itu, seoramg lelaki tiba-tiba melanggar Taeyeon.
"Ko Namsun" Taeyeon perlahan-lahan membaca nama lelaki itu.
"Maafkan saya" lelaki itu berkata. Suara lelaki itu agak kelakar, begitu berbeza dengan Junsu. Taeyeon cuba melihat wajah lelaki itu. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapat tahu bahawa itulah lelaki yang menjadi mangsa intipannya baru-baru ini.
"Ubat..." selamba perkataan itu tergelincir keluar dari bibir Taeyeon.
"Apa? Ubat apa?" soal Ko Namsun keliru.
"Ubat....ubat... Ubat nyamuk saya kat rumah tak ingat padam tadi. Takut rumah terbakar"
Jawapan apakah ini Taeyeon!!! Taeyeon segera berlalu pergi dari situ dengan penuh rasa malu dengan kebodohannya berbicara.
"Taeyeon!!!" Jessica segera mengejar Taeyeon. "Kau tergesa-gesa nak pergi mana?"
"Aku nak pergi padamkan ubat nyamuk"
"Ubat nyamuk? Maba ada orang pasang ubat nyamuk kat sekolah ni"
Jessica berasa hairam dengan perangai Taeyeon.
"Sebenarnya..." Taeyeon mula memberi penjelasan kepada Jessica tentang situasi ubat nyamuk.
"Bhahahahahaha" buruk betul ketawa si Jessica ni. Walaupun begitu, kecantikannya masih terserlah.
"Jangan bagitahu sesiapa. Okay"
"Yaksub" maka termeterailah perjanjian antara Taeyeon dan Jessica.
..........
Pelajar tahun satu akan dibahagikan mengikut kelas masing-masing. Taeyeon dan Jessica berasa gembira kerana ditempatkan di kelas yang sama. Tiffany dan Sunny pula ditempatkan di kelas yang sama tetapi berbeza dengan Taeyeon dan Jessica.
"Kitorang sekelas dengan ubat awaklah Tae" ujar Sunny.
"Ahh, untunglah awak" rungut Taeyeon dalam nada mengada-ngada. Sememangnya dia tidak memiliki sebarang perasaan terhadap ubat itu. Pembetulan. Belum lagi.
"Ko Namsun"
"Siapa?" soal Sunny.
"Nama sebenar ubatlah" jawab Taeyeon.
Walaupun mereka tidak sekelas, mereka tetap gembira kerana kelas mereka hanyalah bersebelahan. Tiffany hanya diam dari tadi. Dia kelihatan sedih.
"Sunny, maaf sebab awak terpaksa cari rakan semeja yamg lain" Tiffany mula bersuara. Taeyeon dan yang lain kebingungan.
Perlahan-lahan Tiffany cuba menjelaskan situasinya. Dia telah didaftarkan ke sebuah sekolah elit di luar negara. Semua orang berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan salah seorang rakan baik mereka.
"Stephanie Hwang, awak mesti janji tidak akan lupakan kami semua di sini. Awak diwajibkan ber'Skype' dengan kami sekurang-kurangnya sebulan sekali" kata Jessica.
"Yaksub?" Taeyeon bertanya.
"Yaksub" mereka bersuara serentak untuk mematerai sebuah perjanjian bersahabat.
Mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing. Tiffany bakal berangkat ke luar negara pada malam ini. Mereka langsung tidak sempat mengadakan majlis perpisahan.
Petang itu Taeyeon hanya menghabiskan masanya berkurung di dalam bilik. Masanya dihabiskan dengan tangisan. Sesiapa pun pasti akan berasa sedih untuk berpisah demgan seorang rakan yang selama ini sentiasa berada di sisi untuk menemani tatkala waktu suka atau duka.