17

1 1 0
                                    

Kisah Umar Bin Khatab


Saidina Umar Al Khatab Dapat Melihat Tentera Yang Jauhnya Berbatu-Batu

Kelebihan Umar Al Khatab memang telah diketahui oleh Rasullulah saw ketika baginda masih hidup . Sebab itu Rasullulah saw pernah bersabda maksudnya:
" Ada di kalangan umat-umat sebelum kamu mereka yang mendapat ilham . Andainya di kalangan umatku ada seorang daripada mereka, maka orang itu ialah Umar ibnu Al Khattab ."
Ibnu Asakir meriwayatkan dari Yahya bin Ayyub Al-khuzai bahawa Umar Al Khattab pernah berteriak di atas seorang pemuda :" Hai pemuda , bagi seorang yang takut pada Tuhannya , kamu akan mendapat dua syurga. "
Mayat pemuda di dalam kubur itu menjawab :"Hai Umar Allah telah mengurniakan kepada dua syurga."
Dalam satu kisah lain disebut bahawa Umar Al Khattab sedang memberi khutubah di atas mimbar masjid al Madinah , tiba-tiba orang ramai melihat beliau berpaling ke arah laindan berteriak dengan suara keras:"Wahai Sairyah, arahkan tenteramu mendaki bukit!"
Orang ramai terkejut melihat perbuatannya. Tetapi kemudian mereka teringat bahawa Umar telah mengirim sepasukan tentera muslimin ke Nahawunda untuk menghadapi tentera Parsi . Pasukan itu diketuai oleh panglima Sariyah bin Zanim Al Khulaji .
Dalam pertempuran yang berlaku , tentera muslimin sangat terdesak oleh tentera Parsi hingga hampir tewas .
Rupanya , pada itu Allah membukakan hijab bagi Umar yang sedang berkhutubah di masjid hingga beliau dapat melihat keadaan tentera muslim itu, lalu Umar pun berteriak menyuruh panglima mereka , Sariyah sendiri .
Mereka pun bergegas mendaki bukit di belakang mereka . Tindakan mereka itu menjadikan kedudukan tentera muslimin lebih baik daripada musuh mereka . Dalam pertempuran berikutnya tentera muslimin akhirnya mencapai kemenangan .
Imam Tajus-Subki menulis bahawa kebolehan Umar melihat keadaan di medan perang di Nahawunda yang letaknya beribu-ribu batu jauhnya dari Madinah itu, dan suara teriakannya dapat didengari oleh tentera muslimin di sana, adalah berkat karamah Umar yang dikurniakan Allah kepadanya.
Golongan orang yang menyangkal kisah ini berkata bahawa Umar Al Khattab tidak mungkin berteriak demikian di hadapan orang ramai, kerana dengan perbuatan itu seolah-olah hendak menunjuk-nunjuk kepada orang ramia akan karamahnya itu .
Tetapi menurut Imam Tajus-Subki, teriakan Umar itu dilakukan secara spontan, bukan untuk menunjuk-nunjuk . Beliau telah dibukakan hijabnya oleh Allah dan melihat bahawa pertempuran di Nahawanda pada saat itu membahayakan tentera muslimin .
Maka secara spontan beliau melihat tidak ada cara jalan lain melainkan tentera muslimin harus mendaki bukit di belakang mereka untuk menyelamatkan diri dari kebinasaan dan kekalahan yang memalukan .
Pada saat, itu beliau mungkin terasa seolah-olah beliau sendiri berada di tengah medan pertempuran itu, lalu beliau pun berteriak, dan berkat karamahnya , teriakannya itu didengari oleh tentera muslimin di sana .


kisah 4 sahabatTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang