07

6 1 0
                                    

Kisah Ali Bin Abi Thalib


Khalifah Ali Bin Abi Talib

1. PENGENALAN
Khalifah terakhir dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau lahir pada 602 Masihi iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad menjadi rasul. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal daripada keturunan Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau telah berkhidmat sebagai khalifah selama hampir lima tahun hingga 661 Masihi sebelum wafat pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah kerana dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan di Kufah. Saidina Ali bin Abi Talib juga turut diberi gelaran sebagai Abu Thurab dan Abu Hasan.
Beliau juga merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau didoakan sebagai karamah allahu wajhah yang membawa maksud orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh Allah karana tidak pernah menyembah berhala. Malah, beliau juga sangat terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya dan berwatak tegas serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam. Berkaitan dengan cara pemilihannya pula, Saidina Ali dipilih dan rela menjadi khalifah dalam keadaan negara yang huru hara akibat kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang tidak mewasiatkan waris penggantinya.
2. SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Di antara sumbangan dan jasa Khalifah Ali bin Abi Talib dalam siri pemerintahannya ialah:
2.1. Sanggup Menerima Jawatan Khalifah Dalam Keadaan Kegoyahan
Sumbangan terbesar saidina Ali bin Abi Talib kepada kerajaan Islam ialah beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua. Saidina Ali bin Abi Talib telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga dibunuh hanya kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah dibina oleh junjungan mulia Nabi Muhammad.
2.2. Menghentikan Peperangan Di Antara Umat Islam
Beliau juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara; iaitu Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan.
2.3. Membina Markas Tentera Di Parsi Dan Syria.
Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
2.4. Meneruskan Cukai Jizyah Kepada Zimmi.
Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada al-Asytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.
3. KESIMPULAN
Pada tahun 661M setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, maka, berakhirlah kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut sistem syura. Kaedah itu telah diganti dengan sistem warisan. Berdasarkan sistem warisan, jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun atau dikenali sebagai pemerintahan monarki


kisah 4 sahabatTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang