| D U A |

39 3 0
                                    

"Semua murid berdiri, selamat pagi cikgu!"

"Selamat pagi cikgu"

"Selamat pagi semua duduk"

"Terima kasih cikgu"

"Ok hari ni, kamu kedatangan murid baru, ok sila kenalkan diri kamu"

"Assalamualaikum, selamat pagi semua. Nama saya Alysha Maisara. Korang boleh Sara. Saya harap kita semua boleh berkenalan. Terima kasih" Alysha menunduk sedikit.

"Ok korang ada soalan?"

"Ok, tiada. jadi Sara awak boleh duduk dekat" Cikgu Ed memandang sekeliling "korang takde meja kosong eh?" Cikgu itu bertanya. Hakikatnya ada meja kosong di sebelah Sha.

Mereka semua memandang sekeliling dan hanya ada meja satu satunya meja kosong di belakang Sha, tiada meja kosong lainnya.

"Ok nampaknya TIADA PILIHAN LAIN. Sara boleh duduk tempat kosong belakang tu"

"Terima kasih cikgu"

"Ok Sara, welcome to Class 3. Saya harap kamu bergaul dengan orang yang BAIK sahaja dan tidak dipengaruhi oleh lingkungan yang NEGATIF di SEKELILING kamu. Okay! Mari kita sambung pembelajaran kita!"

Kelas 3 ketawa sinis dengan apa yang dikatakan oleh cikgu Ed sebentar tadi.

Sara ingin menegur Sha tapi dia batalkan niat seakan melihat Sha fokus terhadap lukisannya.

lukisan seseorang yang berpeluk dengan diri sendiri sambil menangis.

___

Sha POV.

Suasana sama ada di luar mahupun di dalam sangat bising. Semua nak berebut hendak pulang. Budak baru sebelah aku ni pulak tertengok sana sini, tunggu kawan dia kot. Aku kadang kadang terlupa yang sekarang ni aku hidup sorang sorang. Kadang kadang nak tegur semua orang yang aku kenal tapi aku kembali ke dunia reality.

Aku sengaja lambat keluar kelas sebab aku nak berjalan dengan aman damai tanpa gangguan ke astenien aku.


Dan aku akan agak budak sebelah ni akan-"Hai!"


Belum sempat aku cakap dah dia buat. Aku bukan tak nak jawap, tapi aku tak nak dia masuk dalam kehidupan aku.

"Nama aku Sara, kau?"


Aku abaikan soalan tu, aku ambil sticky note bawah meja yang sudah aku sediakan tadi dan aku sedekahkan satu lolipop aku.

Aku boleh rasa reaksi Sara bila mengambil sticky note tersebut lalu dia membacanya.

"Sara!" Sapa seorang lelaki dengan mesa, rasanya budak baru kelas berlainan.

"Erm" jawap Sara acuh tak acuh.

"Korang balik terus ke or singgah menyinggah lagi?"

"Erul nak pergi koperasi"

Aku dengar  suara lain menjawap. Aku paksa diri supaya tak nak tengok diorang. Tapi aku nak juga.

Jadi aku pandang lah diorang, lepastu 3 dari 4 orang tu pandang aku balik. Tapi pandangan aku terhenti dengan dua orang tersebut. Ah sudah dalam ramai ramai orang kenapa dua orang ni juga.

"Sara kawan kau eh" tanya Ash.

"Ha ah kawan aku nama dia Sha, Sha kenalkan ni-"

"Bye" kataku lalu pergi.

[OG]𝙛𝙡𝙮𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙖𝙢𝙚 𝙨𝙠𝙮🌙Where stories live. Discover now