"Weh Han, kau seriouslah nak follow dia masuk sini?" Hade tanya Han dengan ragu ragu.
"Kenapa?"
"Tak lah tapi tempat ni seram siot! Dah lah sunyi. Jauh dari blok sekolah kita pulak tu"
"Tak apa"
Itulah sifat Han, sedikit pendiam kena soal banyak jawap sepatah. Berat sangat mulut nak bercakap.
Bila mereka berdua hendak membelok selekoh, ada dua tangan yang memegang bahu mereka dari belakang.
"Huah!!!! JANGAN LAH MAKAN AKU! AKU BELUM KAWIN!!! BELUM SEMPAT LAGI AKU NAK TENGOK ANAK ANAK AKU MEMBESAR SAMPAI DIORANG KAWIN SAMPAI ADA CUCU AKU!!! LEPASTU NAK JUGA NAMPAK CICIT AKU HUAHH!!!" Hade melutut sambil mengenggam kedua tangannya.
Hade kau terlebih over serious aku cakap (aku baca skrip yang kau bagi ja)(tapi masalahnya skrip aku tu tak adalah over melatah macam ni)(...)
"Kau dah kenapa?"
Hade membuka matanya. Dia segera berdiri. Memaksa diri untuk tertawa.
"Ha haaa ta- ta- di aku be- berlakon jerh tu, haaa- ha ha"
Suasana krik krik sementara.
"Korang macam mana ada dekat sini?" Hade mengubah topik.
"Follow koranglah. Dah lah lari macam tu je. Cakap pun tak" kata Ash.
"Kitaorang pusing blok 4 tu cari korang. Tub tub dekat sini" sampuk Erul
"Jauh sangat korang melencong" Ash kata kembali
"Dan kenapa korang tak habiskan perkataan korang dalam satu ayat?" Sampuk Sara.
Keadaan kembali krik ~ krik
"Kenapa follow aku?"
Mereka berlima menoleh ke arah sumber suara tersebut.
Sha berdiri menyandar badan di kontena tersebut.
"Haaaa ha- ha manada kitaorang follow kau"
Hade memberikan mereka isyarat untuk mengerti apa yang hendak dia nyatakan.
"Haaa- ha ha betul tu Fa-Fa- Farisha. Kitaorang orentasi persendirian. Melihat pemandangan yang indah di sekolah baru kitaorang ni" Ash membantu Hade cover.
"Ha ah hahah betul kan Sara" kata Erul pula.
"Ha? Ha ha? Iya, iya"
Sha memandang mereka semua dengan reaksi yang mencurigakan. Kecuali yang paling tinggi di antara mereka, Han. Hanya diam memerhatikan dia dalam dalam.
"Jadi? Korang ingat aku terpedaya?" tegas Sha.
Suasana kembali krik ~ krik untuk scene yang ketiga.
"Aku risaukan kau" ujar Han
Han pula menjadi yang menjadi tumpuan. Tiba tiba mengeluarkan kata kata. Sha mengangkat keningnya.
Krik ~ Krik untuk scene ke-4
"Jom" Sha memusingkan badannya membawa mereka semua ke suatu tempat.
Tapi mereka masih terpaku di tempat mereka berdiri, masih lagi memandang Han yang hanya membuat muka tidak berperasaan.
"Tadi nak sangat ikut, kenapa dah nak pulang? Baguslah" Sha pergi meninggalkan mereka.
"Eh, eh Farisya-"
"Sha" Sara membetulkan panggilan namanya
"Eh Sha tunggulah kitaorang" ujar Ash.
Mereka semua lari pergi ke arah Sha
yang membawa mereka ke suatu tempat yang tidak diketahui orang lain"
___
______________
|ASTENIEN|Mereka terpesona dengan kawasan tersebut. Walaupun hanya dalaman kontena biasa. Tapi yang menarik perhatian ialah kawasan atasnya.
Kawasan dalaman mempunyai tangga yang membolehkan mereka naik ke atas kontena tersebut. Ditambah dengan bawah tadahan pokok. Sesuai untuk menenangkan pikiran.
Sha memerhati mereka satu persatu.
"Duduk sini" ajak Sha.
Mereka kembali sedar bahawa mereka bukan di alam khayalan.
Empat orang lelaki tersebut duduk di kerusi yang hanya memuat 2 orang sahaja. Manakala Sara lebih selesa duduk di lantai.
"Thanks sebab tolong aku tadi" ucap Sha, tanpa memandang mereka.
"You most welcome" ucap Ash walaupun bukan dia yang menolong tadi.
"Btw, aku Erul, ni Ash, yang tinggi tu Han dan Hade sebelah dia, dua orang yang tolong kau tadi"
"Aku?" Sara menunjuk arah dirinya sendiri.
"Oh ni makhluk segala makhluk satu satunya perempuan yang ada dalam kalangan kitaorang, dia ialah Alysha Maisara binti Muhammad Iskandar, beliau mempunyai 4 orang adik beradik 3 orang lelaki dan dia satu satunya perempuan. Itu sudah ter-"
"Thanks for the NICE introduce Ash" ucap Sara dengan sepenuh IKHHHLASSSS.
Sha tersenyum sedikit.
"Takkan nama kitaorang ja? Kau?" Tanya Hade.
"Oh, Sha just panggil Sha. Tak payah panggil Farisha"
Mereka meng 'oooooo' panjang. Walaupun mereka sudah tahu namanya.
"Nice place" ucap Han.
"Thanks" Sha berkata sambil senyum. Mereka terpaku melihat senyuman tersebut. Muka yang kaku dan dingin itu memberi senyuman yang manis kepada mereka.
"Aku harap korang boleh jaga rahsia tempat ni"
"Belum ada orang tahu tempat ni?" tanya Sara.
Sha geleng kepala, "Korang orang pertama tahu tempat ni"
"Wah! Nice!"
"Btw Sha, boleh kitaorang berkawan dengan kau?" Pinta Ash.
Sha ketawa kecil, "no korang tak boleh berkawan dengan aku"
Mereka terkejut.
"Sebab kes lorong hari tu?"
Mereka memandang Hade, memberi pandangan penjelasan darinya, Han hanya diam.
'Watdafish Hade?! Kau tak pernah pernah berahsia dekat kitaorang?! Sampai hati?!' Kata hati mereka.
___
#exclusivesaward2020 #teta2020
YOU ARE READING
[OG]𝙛𝙡𝙮𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙖𝙢𝙚 𝙨𝙠𝙮🌙
Novela JuvenilSekolah yang penuh dengan kekejaman hanya disebabkan oleh pengetua sekolah yang tidak bertanggungjawap. Mengabaikan tanggungjawap sebagai seorang guru, pembulian dilakukan hanya kepada seorang murid malang. Satu sekolah mengabai dan membulinya dari...