3 bulan yang lalu
"Ekin, korang jalan lah dulu. Nanti aku follow korang" kata Sha kepada sahabat baiknya Ekin.
"Kau nak pergi mana?"
"Aku nak pergi library jap, pulangkan buku"
"Tapi Sha tempat tu-"
"It's okay Ekin, Insyaallah aku tak jadi apa apa. Kau percaya aku kan?"
Ekin berat hati melepaskan Sha. Belum sempat dia menghalang untuk kali kedua, Sha sudah pergi meninggalkannya.
Melambai ke arahnya untuk kali terakhir.
Sha mengetuk pintu library sebelum dia masuk. Sunyi tidak ada orang.
Sesudah dia kembalikan buku tersebut (Sha pengawas pusat sumber) dia ingin mengambil langkah meninggalkan library tersebut.
Tapi, ada suara yang membuatkan dia berhenti melangkah. Suara dari bilik rujukan, bilik yang jarang sekali digunakan apa lagi di masuki. Dia mendengar teriakan meminta bantuan.
Tanpa berlengah, dia membuka sedikit langsir cermin bilik tersebut. Dia melihat Azry, ketua pengawas pusat sumber bersama gf ke-3 nya, Yana.
Sha melihat seperti Yana, berlari ke sana sini, mengelak daripada Azry menyentuhnya. Sha mendengar semua perbualan mereka.
Dia ingin menolong Yana, tetapi sebelum dia lakukannya, dia keluarkan sesuatu dari poketnya. Agar dirinya tidak terkena apa apa tuduhan.
Dia membuka pintu bilik tersebut dengan cepat. Dia melihat Yana sudah menangis dengan bajunya yang sudah sedikit terbuka.
"Kau buat apa ni?" Tanya Sha.
Azry melepaskan Yana yang dalam pangkuannya. Yana berlari ke arah Sha meminta bantuan. Kelihatan muka Yana yang sedikit lebam dan ketakutan manakala Azry, berusaha terlihat tenang tapi itu tidak berhasil.
"Sha, please Sha, aku boleh jelaskan" kata Azry.
"Tolong jangan kacau Yana lagi. Kalau tak, kau akan terima padahnya" ugut Sha lalu menarik tangan Yana keluar dari library tersebut.
Setelah kejadian tersebut, Yana mengalami trauma dan perlu direhatkan dan tidak perlu ke sekolah sehingga keadaannya betul betul pulih.
Lorong 4 Kedai 88
Sha melalui lorong tersebut buat pertama kalinya secara sendirian. Tapi ada sesuatu yang membuat jalannya terhenti.
"We meet again Sha" Azry di depannya. Dengan wajah yang penuh keyakinan. Bukan lagi wajah ketakutan.
"Napa?" Sebal Sha.
"Aku kurang percaya sikit apa yang kau cakap kemarin petang"
"So?"
"Daddy" Azry memanggil seorang lelaki yang bercakap dengan seorang pakcik. Seperti mengugut sesuatu.
"Jap"
Daddy Azry jalan menghampiri mereka berdua. Bukan sahaja Daddy kepada Azry melainkan Pengetua sekolah mereka.
"Oh Farisha"
"Selamat petang cikgu" Sha sedikit tunduk hormat kepadanya.
"Tak payah panggil cikgu, kita dekat luar sekarang ni"
"So, Azry ini lah?"
Azry menangguk paham.
"Saya tak nak cakap banyak. Yang pentingnya saya tak percaya dengan apa yang awak cakap pada anak saya petang samalam"
Sha mengerut dahi, kurang paham.
"Beginilah, saya yakin yang awak dah sebarkan cerita tentang anak saya berbuat benda tak elok dekat bilik rujukan"
"Tak ci-"
"Dah saya tahu awak tak mengaku. Untuk tutup kes tersebut, saya-"
Azroy (Daddy Azry) menunjukkan Farisya sesuatu artikel palsu lalu send perkara tersebut di status whatsaap.
"Awak masih boleh bersekolah dekat sekolah tu, tapi awak kena terima nasib dia"
"Tapi, anak cikgu dah jelas jelas buat kesilapan! Kenapa cikgu masih nak manjakan dia?! Begini ka cara cikgu sebagai seorang bapa mendidik anak ci-"
Buk!
Belum sempat Sha menghabiskan perkataannya, Azroy menumbuk tepat di pipinya sehingga dia hilang keseimbangan dan jatuh.
"Itu anak saya, awak tiada hak nak cakap benda yang saya sepatutnya buat"
"Dah lah tu daddy, tinggalkan dia dekat sini. Jom balik" Ajak Azry. Bukan sebab kesian tapi dia merasa annoying dengan perkara tersebut.
Sebelum mereka berdua pergi, mereka memberi tendangan di perut dan dadanya. Lalu pergi meninggalkan Sha yang kesakitan.
Setelah mereka jauh, datang dua orang lelaki menyelamatkan Sha yang sudah terbaring lemah.
"Sis? are you okay?"
Sha memandang dia,
Dia, Hade bersama Han.
"Boleh tolong saya berdiri?" Pinta Sha
Han memegang tangan Sha menolongnya untuk berdiri.
"Rumah kau dekat mana?" Tanya Han sambil memegang tangan Sha agar tidak terjatuh.
"It's okay, aku boleh balik sendiri"
"Sure?"
"Yup"
"Oh okay" Han teragak agak melepaskan Sha. Dia memandang Hade.
"Okay take care" ucap Hade
"You too, thanks sebab tolong aku" Sha menghantar senyuman ke arah mereka.
Mereka berdua membalas senyuman tersebut.
____
#exclusivesaward2020 #teta2020

YOU ARE READING
[OG]𝙛𝙡𝙮𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙖𝙢𝙚 𝙨𝙠𝙮🌙
Подростковая литератураSekolah yang penuh dengan kekejaman hanya disebabkan oleh pengetua sekolah yang tidak bertanggungjawap. Mengabaikan tanggungjawap sebagai seorang guru, pembulian dilakukan hanya kepada seorang murid malang. Satu sekolah mengabai dan membulinya dari...