01

221 45 82
                                    

"Oppa ! Ara keluar dulu ya ? Ara dah lambat ni nak jumpa Hoseok !" laung Ara kepada Jungkook sambil tergesa-gesa menuruni anak tangga.

"Ya, hati-hati bawa kereta tu tau ? Jangan balik lewat sebab Ara dah janji yang malam ni kita nak _dinner_ sama-sama !" pesan Jungkook kepada adik satu - satunya itu.

"Okie, Kookie oppa. Ara janji Ara balik awal malam ni kita _dinner_ sama-sama ya ? Okay lah dah lewat ni, Ara pergi dulu eh ? Annyeong, muahh !" ujar Ara lalu memeluk dan mencium pipi Jungkook lantas terus keluar dari rumah.

"Jangan lupa bawa kereta elok-elok !" jerit Jungkook kepada Cho Ara.

Tanpa membuang masa Ara menghidupkan enjin keretanya dan terus memecut ke jalan raya. Sedang Ara memandu keretanya dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor telefon Hoseok.

Trutt....Trutt...Trutt..


"Hoi, kau dekat mana hah Ara ? Aku dah sampai berjanggut tunggu kau ni tak sampai-sampai lagi ! Dasar janji melayu !" sergah Hoseok, sedikit bengang.

" _Sorry_ , aku terlupa tadi. Aku dah _on the way ni_ nak sampai sana. Sabar jap lah kau ni nanti aku sampai." kata Ara sambil fokus memandu kereta dijalan raya.

"Otak kau sabar aku dah tunggu sampai 2 jam tahu tak ? Nak sabar apa lagi batang hidung kau pun belum nampak lagi ni ! Janji pukul 3 sekarang dah pukul 5 tahu tak ? Kau jangan bagi aku _cancel meet_ kita hari ni haduh !" bebel Hoseok yang agak marah kepada Ara yang masij belum tiba ke destinasi yang dijanjikan mereka berdua.

"Yahh! Sabar lah aku dah nak sampai ! Kau tunggu jelah dekat sana. Tak payah nak membebel banyak sangat boleh tak ? Mengalahkan Kookie oppa kau membebelnya halahai ! Aku tampar kau kang ! Haishh..." bentak Ara kepada Hoseok.

Tiba - tiba, sedang Ara fokus memandu,  melintas seorang budak lelaki di tengah jalan raya menghampiri keretanya dari arah kanan. Ara yang tersedar akan budak lelaki itu terus memutarkan stereng ke arah kiri untuk mengelak dari melanggar budak lelaki itu lalu memberhentikan kereta secara mengejut.

"Hello? Hello? Ara kau okay tak?! Apa dah jadi Ara ?! Woii jawablah aku tanya ni ! Kau jangan bagi aku risau boleh tak?" paksa Hoseok yang masih dalam talian.

"Hah? Ak..aku okay tak ada apa - apa pun cuma ada seorang budak lelaki ni melintas jalan raya sesuka hati mak bapak dia saja ni !" kata Ara yang baru sedar dari lamunannya.

Namun....




PIN ! PIN ! PIN !


BAMMMM !

"ARA!!!" jerit Hoseok di dalam talian.

Kereta yang dinaiki oleh Ara terlambung tinggi apabila sebuah kereta hitam datang merempuh keretanya. Kereta Ara bergolek beberapa kali di atas jalan disebabkan kereta berwarna hitam itu.

Tubuh gadis itu tercampak keluar dari keretanya membuatkan ramai manusia berkerumun pada Ara yang sedang terlantar di atas jalan dengan tubuh penuh berlumuran darah.

BOMMMM !

Kereta yang dinaiki oleh Ara itu meletup di atas jalan raya secara tiba-tiba.

"Ya Tuhan !!! Dia berdarah, _someone please call ambulance ! RIGHT NOW!!!_ Cik? Cik bertahan sekejap saja, Cik. Kami dah panggil _ambulance_ !" kata seorang lelaki yang agak berumur.

"Haah...haah...haah.." Ara tercungap-cungap mengambil nafas. Gadis itu mengerutkan dahinya, menahan sakit. Kepalanya  berdenyut - denyut kerana terkena hentakan kuat diatas jalan.

MIMPIWhere stories live. Discover now