ARA POV
Aku membuka mata aku secara perlahan-lahan. Selepas aku membuka mata, aku tengok keadaan sekeliling aku. Aku dekat mana ni? Kenapa aku tidor dekat sini? Ni tempat apa? Kenapa dekat sini tak ada langsung pintu ataupun jalan keluar?
Aku terus bangun dari posisi baring aku lalu berdiri sambil mata melihat keadaan sekeliling. Tempat ni sangat gelap,sunyi dan luas. Aku berjalan melihat keadaan sekeliling. Sesekali aku menjerit menanya jika ada orang.
"Hello!! Ade sape-sape kerr dekat sini?jerit aku. Sedang aku berjalan,mata aku ternampak satu figura. Aku tengok figura itu sedang berdiri membelakangi tubuhnya menghadap ke arah aku dengan berpakaian serba hitam.
Figura itu berdiri agak jauh dari aku di tempat gelap ini. Dengan kejauhan jarak di antara kami menyusahkan aku untuk melihat wajah si dia. Aku mengerut dahi aku. Siapakah itu? Dia sesat kerr macam aku?
Dengan beraninya aku mendekatinya secara perlahan-lahan. "Aw-awak ni siapa? Boleh saya tahu kita dekat mana sekarang? Aw-awak sesat jugak kerr?"tanya aku dengan kaki masih lagi mengorak langkah ke arahnya.
Sunyi. Dia tidak membalas pertanyaan aku. Dia tak boleh cakap Kerr? Ishh mulut kau Ara,tak baiklah kata macam tu dekat dia. Tak pe, ape kata aku cuba tanya dia lagi mana tahu tadi dia tak dengar aku tanya.
"Hey-
"Kau sekarang ade dalam dunia aku iaitu neraka aku. Lama kita tak berjumpa Cho Ara. My sweetheart. Sorry pasal kemalangan tu, mesti kau sakit kan? Kena campak keluar dari kereta. Tangan pulak retak. Hahahaha..."lelaki itu sambil ketawakan aku.
Mendengar kata-katanya langkah aku berhenti. Macam mana dia tahu nama aku? Dan bila masa pulak aku terlibat dalam kemalangan? Siapa lelaki ni?
"Awak ni sapa hah? Macam mana awak tahu nama saya? Dan bila masa pulak saya terlibat dalam kemalangan? Apa mengena awak dengan saya?"tanya aku bertubi-tubi melemparkan soalan yang terlintas fikirannya kepada lelaki itu.
Mendengar soalan Ara itu lelaki itu mengalihkan badannya menghadap Ara. Tetapi tidak dapat dilihat muka lelaki itu kerana lelaki itu memakai topeng dimukanya. "Siapa aku? Hmmm"kata lelaki itu sambil berfikir lalu mengusap perlahan dagunya yang berlapik topeng muka itu.
"Aku rasa belum masa lagi kau kenal aku sayang. Bila dah sampai masanya kau akan tahu siapa aku dan macam mana aku kenal kau tu pun kau tak perlu tahu"kata lelaki itu.
"Ouh!! Pasal macam mana kau terlibat dalam kemalangan tu kau akan tahu semua bila kau sedar dari mimpi ni. Untuk pengetahuan kau aku pinjam sekejap roh kau untuk datang ke neraka aku"kata lelaki itu sambil memulakan langkahnya menghampiri ke arah aku.
"Jangan datang dekat dengan aku!!! Haaah...haaah...haaah"kata aku yang dapat merasakan dadaku sudah mula sesak nafas kerana ketakutan. Aku berundur ke belakang setiap kali lelaki ini melangkah ke hadapan aku. Aku dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada aku. Oppa,Ara takut. Tolong Ara oppa.
"Kenapa sayang? Kau takut dengan aku? Jangan takut aku tak akan buat apa-apa pun cuma nak seksa kau sikit jer.HAHAHAHAHAHA...'kata lelaki itu kepada aku lalu ketawa dengan begitu kuat macam orang gila. Aku takut. Tangan aku sudah menggigil teruk kerana terlalu ketakutan.
Lelaki itu semakin melangkah laju ke arah aku. Aku beralih ke belakang bersedia untuk melarikan diri. Tidak sempat aku ingin berlari lelaki itu sudah berada dihadapan aku.
Damn dia ni manusia ker ape. Begitu cepat dia berada di depan mata aku."Kau nak lari mana hah Ara? Kau tak boleh lari dari aku Ara. Hahahahaahaha..."kata lelaki itu lalu menghampiri aku.
"Ka-kau jangan datang dekat dengan aku lah bodoh!!!!"jerit aku dan semakin berundur ke belakang.
YOU ARE READING
MIMPI
FantasyMimpi... Mimpi namun ia seperti nyata.. Jejaka itu.. Figura itu selalu muncul didalam mimpi aku. Aku tidak mengenalinya namun hairannya dia seakan mengenali aku. Semua ini terjadi tepat ketika selepas aku tersedar dari koma akibat sebuah kemalangan...