Sebulan kemudian.....
Selepas sebulan Ara dan Jin pulang dari pulau Jeju, mereka selalu berjumpa tanpa pengetahuan Jungkook.
Gila. Kalau Jungkook tahu hubungan mereka ini. Habis diselidiknya pasal Jin nanti. Mereka akan beritahu bila dah tiba masanya nanti.
Ara dan Jin kini berada disuatu taman. Berjalan sambil memegang tangan. Taman itu merupakan tempat mereka selalu bertemu setiap minggu.
"Awak, bila awak nak jumpa oppa saya untuk bincang pasal kita?"tanya Ara sambil memadang ke arah Jin.
"Hurm....tak tahulah bila. Sebab sekarang saya sibuk sangat. Kerja dekat office tu bertimbun tak selesai lagi."kata Jin kepada Ara.
"Awak ni selalu sangat sibuk. Kalau selalu sibuk bila kita nak kahwin? Awak tak sayang saya ker?"soal Ara kepada Jin sambil memuncungkan bibirnya.
"Gila tak sayang girlfriend saya yang comel ni. Okay-okay esok saya ambik cuti ya sayang kur? Lepastu kita pergi jumpa oppa awak"kata Jin lalu mencium sekilas bibir yang memuncung itu.
"Betul ni? Esok awak ambik cuti erk. Jangan nak tipu pulak ya. Kalau saya tumbuk-tumbuk muka awak tu nanti biar tak handsome dah. Baru padan muka."kata Ara sambil menunjukan penumbuk kecilnya itu.
"Elehhhh...tak padan dengan pendek, ada hati nak tumbuk orang. Kalau sampai buat lah tak takut pun."ejek Jin sambil mejelir lidahnya.
Ara yang mendengar Jin menyebut perkataan 'pendek' itu terus berasap. Dia cukup pantang orang memanggilnya pendek. Ara yang tengah menahan geram itu memijak kuat kaki Jin lalu melarikan diri.
"Arghhh!!!"jerit Jin dalam kesakitan.
"Woiii!!! Sini kau budak pendek. Aduh, sakit kaki aku. Kau tunggu kejap Ara. Aku dapat kau siap aku kerjakan."marah Jin kepada Ara. Habis hilang percakapannya yang lemah-lembut itu apabila Ara melalukan begitu kepadanya.
"Cubalah kejar kalau boleh!!!"jerit Ara yang belari semakin jauh dari Jin. Jin pula bersungguh mengejar Ara.
Tanpa Ara perasan ada sepasang mata memerhatinya disebalik pokok yang agak besar berhampiran dengan hati panas membara-bara.
"Sepatutnya aku yang cium dia. Bukan kau lah jantan."marah Taehyung sambil mengetap rahangnya.
"Nampaknya buah hati kau akan kahwin tak lama lagi. Bahagia lah diorang nanti."Jimin yang tiba-tiba muncul dibelakangnya.
"Jangan sibuk dengan hal aku. Aku tak akan benarkan dia bahagia dengan jantan tu. Dia milik aku sorang"kata Taehyung kepada Jimin dengan suara menahan marah.
Jimin ketawa sinis apabila mendengar kata-kata Taehyung tadi.
"Kau ikut aku kenapa?"tanya Taehyung kepada Jimin.
"Ayah kau suruh pulang ke neraka balik. Ada benda dia nak kau uruskan."kata Jimin lalu menghilangkan diri sepantas kilat.
Puas memerhati pasangan kekasih itu, Taehyung membuat keputusan pergi dari situ untuk berjumpa dengan ayahnya.
Ara pulang ke rumahnya dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Hari ini dia sangat gembira kerana esok Jin akan datang berjumpa dengan abangnya.
"Ara dah balik!"jerit Ara apabila memasuki rumah.
"Amboi kau, tersenyum sampai ke telinga ni dah kenapa?"soal Jungkook kepada adiknya yang baru turun dari anak tangga.
"Hehehehe....tak ada apalah. Ouh, lupa nak bagitahu dekat oppa. Esok kawan Ara nak datang rumah kita."kata Ara kepada abangnya.
"Datang nak buat apa?"tanya Jungkook.
"Adalah. Esok oppa tahu lah sebab apa kawan Ara datang."kata Ara.
Jungkook mengerut dahinya. Pelik dengan adiknya kerana suka berahsia dengan dirinya.
"Yelah, pergi naik atas bersihkan diri pastu turun makan."kata Jungkook lalu pergi ke arah dapur.
Ara hanya mengangguk kepala lalu naik ke biliknya.
Jin berjalan ke tempat parking keretanya di tepi jalan raya
yang agak sunyi dan gelap. Langkahnya semakin lama semakin laju. Dia dapat merasai dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang.Sedang dia leka berjalan tiba-tiba ada sebuah kereta muncul dari arah belakangnya dengan kelajuan yang sangat tinggi.
PIN!...PIN!...PIN!
Jin jatuh terduduk di tepi jalan. Nasib baik dia dapat mengelakkan diri daripada nyaris kena dilanggar kereta tersebut. Cuma sikunya saja yang cedera sedikit.
Jin terus berdiri. Dia melihat
sekeliling mencari kereta yang ingin melanggarnya tadi. Tapi tidak kelihatan. Hilang terus dari padangannya.Jin berasa tidak sedap hati. Sejak dia pulang dari bercuti di pulau Jeju itu, dirinya sering ditimpa perbagai kemalangan.
Seperti di pejabatnya, semasa dia ingin menuruni anak tangga. Tiba-tiba dirinya merasakan bagai ada seseorang menolaknya dari arah belakang. Mujur saja dia sempat memegang besi di tepinya. Bila ditoleh ke belakangnya, tiada sesiapa.
Bukan itu saja. Semasa dia keluar shopping bersama Ara di mall, tiba-tiba kepingan kaca yang agak besar jatuh dari tingkat atas. Nasib saja mereka sempat mengelaknya.
Jin dengan perasan takut terus masuk ke dalam keretanya lalu memandu pulang ke rumah.
Taehyung memasuki bilik Ara dengan penuh berhati-hati. Dilihatnya satu susuk tubuh seseorang sedang tidur di atas katil dengan tenangnya.
Dia mendekati katil itu lalu duduk disamping katil. Ditiliknya setiap inci wajah gadis yang bernama Cho Ara itu. Cukup sempurna dan cantik sekali.
Taehyung mengusap lembut pipi gadis itu. Semakin lama usapannya jatuh ke bibir Ara. Tiba-tiba dia teringat kejadian siang tadi. Dimana Jin mencium bibir milik gadis kesayangannya.
Taehyung mengetap giginya. Panas hatinya mengingati kejadian itu.
"Sepatutnya bibir kau ni aku yang rasmikan dulu. Bukan jantan tu."kata Taehyung perlahan menahan marah yang masih lagi mengusap bibir Ara.
Taehyung mengeluh perlahan lalu merapatkan wajahnya dengan wajah Ara secara perlahan-lahan sambil menutup kelopak matanya.
Cup!
Taehyung mencium sekilas bibir merah milik Ara itu lalu membuka matanya.
Ara yang merasakan tidurnya diganggu terus merengek kecil.
"Shhhh." Taehyung menepuk-nepuk perlahan tubuh gadis itu supaya tidur kembali.
"Aku tak akan biarkan kau bahagia dengan jantan tu. Kau tunggu dan lihat saja nanti." kata Taehyung lalu bangun dari tempat duduknya dan menghilangkan diri.
Sorry author lambat update.... Mesti korang tengah tunggu author update kan? Jangan marah ya. Teruskan baca ya.....Jangan lupa vote and comment ya....rajin ii lah comment and vote cerita author ni😅 SELAMAT HARI RAYA!!!
YOU ARE READING
MIMPI
FantasyMimpi... Mimpi namun ia seperti nyata.. Jejaka itu.. Figura itu selalu muncul didalam mimpi aku. Aku tidak mengenalinya namun hairannya dia seakan mengenali aku. Semua ini terjadi tepat ketika selepas aku tersedar dari koma akibat sebuah kemalangan...