NINONINO.....NINONINO.....
NINONINO.....NINONINO.....Ambulans mehentikan kenderaan di pintu utama hospital terbesar di Seoul.
"Tepi-tepi. Beri laluan. Beri laluan!! Nurse tolong panggil doktor Hoseok sekarang!! Cepat!! Pesakit cedera teruk di kepala. Pesakit terkena hentakkan kuat di atas permukaan jalan raya. Tangan kanan pesakit ada retakkan kecil. Cepat sikit nurse!!"laung seorang lelaki yang keluar dari ambulans lalu menolak Ara yang terlentang di atas stretcher masuk ke dalam hospital.
"Baik!! Saya dah panggil doktor Hoseok. Dia dalam perjalanan datang ke sini. Awak bawak pesakit ni ke wad kecemasan sekarang. Nanti doktor Hoseok akan ambik alih kes ni"kata seorang nurse perempuan yang membantu lelaki tersebut yang menolak stretcher yang diduduki Ara
HOSEOK POV
Aku berhentikan kereta aku di tempat parking kereta secara mengejut sampai tayar kereta aku bergesel dengan permukaan jalan. Aku cepat-cepat matikan enjin kereta dan terus keluar dari kereta.
Aku berlari pecut masuk ke dalam hospital dimana Ara dimasukan dan jugak tempat aku bekerja disitu. Mata aku meliar mencari nurse yang menelefon aku dan menyuruh aku datang ke hospital untuk mengambil kes kemalangan yang dialami Ara sekarang.
Tiba-tiba mata aku menangkap dua figura seorang lelaki dan seorang perempuan yang telefon aku tadi sedang menolak pesakit yang terlentang di atas stretcher. Mata aku membulat apabila melihat pesakit yang berada di atas stretcher itu.
Pesakit itu.........
adalah Ara. Aku cepat-cepat belari ke arah mereka yang menolak tubuh Ara menggunakan stretcher masuk ke dalam wad kecemasan.
Sedang aku tengah berlari ke Ara yang berada di atas stretcher. Aku ternampak seorang lelaki berpakaian serba hitam yang berada di luar dinding kaca hospital itu.
Lelaki itu sedang memerhatikan ke arah Ara yang terbaring tidak sedarkan diri di atas stretcher. Lelaki itu tersenyum sinis dengan penuh makna di bibirnya. Aku mengerut dahi. Kenapa lelaki itu tersenyum macam tu ke arah Ara?
Lelaki berpakaian serba hitam tu musuh Ara kerr? Apa kaitan dia dengan Ara? Arghh....lantaklah tak ada apa-apa pun. Yang peting sekarang aku kena selamatkan nyawa Ara. Ara dalam bahaya sekarang.
"Nurse macam mna keadaan pesakit sekarang? Apa kecederaan yang dialami oleh pesakit? Tekanan darah dan nadi pesakit ok tak?"tanya aku bertubi-tubi kepada nurse perempuan yang telefon aku tadi.
"Keadaan pesakit kritikal sekarang doktor. Pesakit alami kecederaan teruk di bahagian kepala disebabkan terkena hentakkan yang kuat di atas permukaan jalan raya dan pesakit jugak mengalami rentakkan di tangan di sebelah kanan"kata nurse perempuan itu.
"Tekanan darah pesakit semakin rendah doktor dan nadi pesakit semakin lemah. Pesakit kehilangan banyak darah doktor"kata nurse perempuan itu sambil menolak stretcher masuk ke dalam wad kecemasan.
"Nurse, awak tolong sediakan peralatan untuk jalankan pembedahan ke atas pesakit. Dan awak maklumkan kepada waris pesakit untuk dermakan darah untuk pesakit. Awak kena get ready dapatkan stock darah dari pihak hospital. Faham?"kata aku.
"Faham doktor. Saya pergi dulu"kata nurse perempuan itu berlari beredar dari situ secepat yang mungkin. Aku hanya menganggukkan kepala melihat susuk tubuh nurse perempuan semakin menghilang dari padangan aku.
Aku cepat-cepat pergi ke pejabat aku untuk menukar pakaian aku. Aku perlu bersedia untuk menjalankan pembedahan terhadap Ara. Selepas aku siap menukar pakaian aku. Aku menilik jam di tangan aku. Kenapa Jungkook tak datang lagi nih? Aku dah lah nak buat pembedahan dekat adik dia.
YOU ARE READING
MIMPI
FantasyMimpi... Mimpi namun ia seperti nyata.. Jejaka itu.. Figura itu selalu muncul didalam mimpi aku. Aku tidak mengenalinya namun hairannya dia seakan mengenali aku. Semua ini terjadi tepat ketika selepas aku tersedar dari koma akibat sebuah kemalangan...